KOTA BHARU, 18 Ogos 10: Terdapat 2 berita menarik hari ini, dari Tok guru Nik Aziz MB Kelantan. Mengenai buku kata hikmat dan mengenai pakaian Ramadhan yang akan dimulai pemakaiannya esok.
Pertama, Pemuda PAS Kelantan menerbitkan sebuah buku khas yang berupa petikan kata-kata hikmat dari Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lagi kuat musuh-musuhnya marah, lagi banyak mutiara kata yang terhambur dari mulut beliau.
Buku bertajuk 'Himpunan 110 Mutiara Kata Nik Abdul Aziz Nik Mat Sepanjang 2010' itu disusun sendiri oleh Setiausaha Akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari. "Insya Allah ia akan dilancarkan Jumaat ini di Dataran Ilmu," kata Fadhli kepada Harakahdaily.
Jumaat ini sebagaimana biasa adalah hari kuliah mingguan yang diberikan oleh MB Kelantan itu. Ribuan umat Islam termasuk para peniaga kebiasaannya memenuhi perkarangan Pejabat PAS Kelantan yang dinamakan Dataran Ilmu pada setiap Jumaat untuk mendengar kuliah dari Nik Aziz.
Buku ini diterbitkan oleh Dewan Pemuda PAS negeri Kelantan (DPPNK) untuk sambutan 20 tahun kerajaan PAS Kelantan Oktober ini. Buku setebal 126 muka surat dijual dengan harga RM10. Sesiapa yang berminat boleh hubungi Fadhli Shaari melalui ahmadfadhli80@yahoo.com atau di talian 019-9070868.
Kedua: Kelantan sekali lagi mencetus kelainan sempena Ramadan tahun ini apabila menggantikan baju batik kepada pakaian kebangsaan yang perlu dipakai pada setiap hari Khamis. Kebiasaannya sebelum ini pada hari Khamis kakitangan kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun mengenakan baju batik bagi kakitangan lelaki.
Namun 9 Ramadan ini atau 19 Ogos (esok) kakitangan lelaki diarah memakai baju kebangsaan. Baju kebangsaan dimaksudkan mempunyai lima butang dan (lengkap dengan songkok serta samping) dipakai setiap Khamis sepanjang bulan Ramadan.
Pekeliling mengenai arahan terbaru itu ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Shafie Ismail bertarikh 12 Ogos 2010. Pekeliling yang diedar tersebut bertajuk ’Arahan Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Kelantan Bil 2 /2010’.
Pekeliling terbabit dituju kepada semua ketua jabatan negeri, pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun negeri. Difahamkan keputusan pemakaian baju kebangsaan tersebut dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) 11 Ogos lalu.
Difahamkan juga pemakaian baju kebangsaan akan dipraktik secara tetap pada setiap bulan Ramadan. Sementara itu beberapa kakitangan kerajaan di Kota Darulnaim ketika ditemui menyambut baik cadangan tersebut sebagai usaha menghidupkan kembali identiti bangsa Melayu.
”Kalau sebelum ini kita hanya tengok orang pakai baju kebangsaan pada Hari Raya dan jarang-jarang pada hari Jumaat, namun langkah terbaru dibuat kerajaan negeri memakai pada hari bekerja sesuatu yang dialu-alukan,” katanya yang enggan dikenali.(AK)
4 comments:
tingkatkan mutu kerja dulu baru nak cakap pasal pakaian nih...
dasar orang-orang besar takde idea nak meningkatkan mutu kerja, tu yang keluar idea-idea takde faedah pun.
haha..sek2 umno provoke,,blah la wes
set2 UMNO mmg xstuju dgn baju melayu ni sbb geng dia lebih suka btelanjang.. telanjang dpt duit..dpt glemer.. parti pornolitik
Tak perlu lah nak sebut parti politik di sini...
Tak perlu lah nak fitnah sampai mengatakan "telanjang dapat duit"..
Apalah salahnya jika orang cakap buruk, kita balas dengan baik..
moga orang tersebut akan rasa insaf dalam diri... jika api di balas api, maka api nerakalah jawabnya...
sebagai parti islam, kita kenelah tunjukkan keperibadian Islam yang diajar oleh Nabi s.a.w... musuh tetap ada, tapi cara kita nak tangani itulah yang penting... ikutilah nabi...
-UMNO sayang PAS
-PAS sayang UMNO..
Orang PAS dan UMNO pun boleh duduk sebumbung... Macam saya dan Isteri saya... (",) Fahaman politik berbeza tidak apa, yang penting akidah kita dijaga...
Orang Islam jangan berpecah, kita lawan kafir laknatullah..
Post a Comment