Wednesday, August 11, 2010

Bagaimana Ramadhan Di Masjid Aqsa Bawah Zionis?


BAITUL MAQDIS OGOS11 10: Polis Rejim Zionis Israel dalam arahannya memerintahkan semua ‎individu supaya menghadkan keluar-masuk masjid al-Aqsa di bulan ‎Ramadhan. Pejabat Berita Qodsna dari Baitul Maqdis melaporkan, ‎‎"Berdasarkan instruksi tersebut, lelaki di bawah umur 50 tahun tidak ‎boleh masuk masjid al-Aqsha dan tidak ada pelaksanaan sholat di masjid ‎al-Aqsa di bulan Ramadhan."‎

Laporan itu juga menyebutkan, peraturan itu juga berlaku untuk ‎perempuan dengan sedikit perbedaan. Berdasarkan peraturan tersebut, ‎perempuan di bawah umur 45 tahun tidak boleh masuk masjid Al-Aqsa ‎untuk melakukan sholat di tempat suci itu. Polis Zionis Israel juga ‎memerintahkan polis tempatan supaya melarang ulang-alik di Hari Raya ‎Idul Fitri. Jika melanggar instruksti itu, warga yang bersangkutan akan ‎ditangkap. Dengan peraturan tersebut, keluarga Palestin di Hari Raya ‎Idul Fitri tidak boleh mengunjungi famili dan saudara-saudaranya.‎

Lebih lanjut sumber itu menyebutkan, polis Israel tahun ini, lebih banyak ‎ditempatkan di kota Baitul Maqdis dan sekitaranya kerana dikhawatiri ‎akan ada operasi gugur syahid (bukan bunuh diri).‎ Instruksi diskriminatif itu dikeluarkan polis Zionis Israel semasa rejim ini ‎terus melanjutkan rancangan membangun perumahan-‎perumahan pendudukan Yahudi Zionis di Palestin.

Menurut laporan ‎instansi-instansi Zionis Israel, rejim ini sudah membongkar 150 makam di ‎kuburan Mamanallah. Sebelumnya, Zonis juga sudah merosakkan makam-‎makam di kuburan tersebut. (IRIB/2MA)‎

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails