KEMASKINI
KL, 3 Ogos 10: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantu (PA)nya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh hari ini.
Polis percaya ia sebagai kejadian bunuh dan membunuh diri. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri. Difahamkan kereta dipandu Abdul Azin (gambar) bekas wakil rakyat Umno-BN dari Selangor, dipercayai terlepas kawalan dan merempuh pembahagi lebuh raya di Kilometer 455 Lebuh Raya Utara Selatan, ke arah Rawang kira-kira 11 pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira tujuh kilometer selepas kawasan rehat dan rawat Sungai Buloh. Polis juga menemui sepucuk pistol .38 dalam kereta Toyota Caldina itu, dipercayai milik Abdul Aziz yang merupakan bekas setiausaha politik kepada bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abu Hassan Omar.
Tiga peluru dari pistol didapat telah digunakan. Abu Hassan juga merupakan anggota Kabinet persekutuan sebelum dilantik sebagai menteri besar Selangor. Abdul Aziz merupakan wakil rakyat Permatang selama dua penggal dan digugurkan pada 2008.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam Facebooknya memberitahu, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa “terkena” tembakan di bahagian kepala. Polis mendapati tembakan datang dari dalam kereta yang mereka naiki kerana kesan tembakan tidak dikesan pada badan kereta.
“Siasatan juga mendapati tembakan dilepaskan dari bahagian dalam kenderaan yang dinaiki mangsa,” kata Khalid.
Beliau berkata wanita yang bersama dengan Abdul Aziz itu merupakan pembantu peribadinya dan siasatan lanjut masih dijalankan berhubung punca kejadian tersebut. Mayat kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Sungai Buloh. Anggota keluarga yang ditemui wartawan di rumah Abdul Aziz di Seksyen 9, Shah Alam enggan bercakap dengan wakil media.
Polis menyiasat kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. “Buat masa sekarang kami mengetepikan politik sebagai motif kejadian,” kata Khalid.
“Kami percaya ia satu kes bunuh dan membunuh diri,” kata Khalid sambil memberitahu pihaknya ada bukti bahawa hanya dua orang berada dalam kereta ketika kejadian.
“Jangan buat spekulasi (mengenai kes ini). Saksi yang ditemu bual di tempat kejadian mengesahkan tiada orang lain dalam kereta,” kata Khalid lagi dalam Facebooknya.
Khalid yang menyambung tulis dalam Facebook memberitahu, laporan bedah siasat awal menunjukkan ada dua kesan tembakan manakala pembantunya hanya satu.
Sementara itu, menurut sumber lain Siti Rohana yang merupakan janda anak empat menetap di Kampung Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang pula merupakan Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjung Karang. Dia juga dikatakan seorang ahli perniagaan, menaiki kereta bersama bekas ADUN Permatang itu, dipercayai untuk mendaftarkan syarikatnya. (AK)
bleh tak bg link fb dato khalid
ReplyDelete