KL 17OGOS 10: ISLAM tidak menghalang kegiatan sukan. Akhirnya, pasukan bola sepak wanita Iran, memperkenalkan jersi mereka yang dilengkapi dengan tudung pada Sukan Olimpik Remaja di Singaqpura.
Hal selesai selepas beberapa hari, dikatakan menimbulkan persoalan mengenai cara pakaian mereka, yang menutup seluruh badan, dan kini Iran mengalahkan Papua New Guinea 1-0 menerusi gol pada babak kedua semalam.
"Sejak beberapa hari lalu, semua orang bertanya mengenai jersi kami dan bukannya cara permainan bola sepak kami.
"Saya tidak mahu bercakap mengenai pakaian pasukan bola sepak kami. Kami ke sini untuk bermain bola sepak. Apa kaitannya bertudung dan pakaian yang menutup seluruh badan?,'' kata jurulatih Iran, Shahrzad Mozafar.
Badan bola sepak dunia FIFA, pernah mengharamkan pasukan tersebut daripada mengambil bahagian pada kejohanan di Singapura, kerana ketegasan mereka untuk tetap memakai tudung ketika beraksi. FIFA mengharamkan pemakaian tudung ketika beraksi pada 2007, atas alasan keselamatan serta mengelak unsur agama di atas padang.
Ekoran itu, pereka fesyen Iran mencipta pakaian baru yang dilengkapi dengan tudung, bahagian atas badan berkain keras dan tebal, seluar panjang yang dilengkapi stoking. FIFA meluluskan pakaian tersebut tetapi bantahan daripada beberapa pegawai Iran sendiri hampir menghalang aksi mereka di Singapura.
Di atas padang, kemenangan pertama Iran pada acara yang disertai enam negara, menghidupkan peluang mereka memenangi pingat. Meski kalah kepada pasukan Turki, pasukan bola sepak wanita berjaya berjaya mengalahkan pasukan Papua, kini mendapat perhatian FIFA.
Menurut Fars News, sebelum berangkat ke Singapura, pasukannya berjanji kepada rakyat Iran akan tampil membuat kejutan. Kemenangan ini telah menutup kekalahan sebelumnya. Menurut FIFA dalam laporannya menulis, pasukan Iran tampil dengan baik namun masih belum beruntung. Pasukan Iran tampil menggunakan kostum Islam dengan hijab dan topi khas, dan mendapat sorotan tajam dari wartawan.
Jurulatihnya Shahrzad Mozafari mengatakan, kemenangan ini bukan hanya memulihkan kepercayaan pasukan kini, namun untuk kedepan pun sangat bermafaat. Penampilan pasukan wanita Iran dengan memakai pakaian Muslim telah memupuk kepercayaan atlet wanita Iran lainnya, supaya tampil dalam pertandinagan internasional. (IRIB/Fars & pelbagai sumber/AK)
4 comments:
hebat :)
iran memang negara yg maju dunia...
maju akhirat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
malaysia harus mencontohinya..............

Post a Comment