Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan promosi pinjaman peribadi bagi mengelak terbeban pada kemudian hari
Kosmo! Online: Promosi pinjaman Ramadan menakutkan
KL OGOS 13 10: Syarikat-syarikat pinjaman wang berlesen serta koperasi kini dilihat ligat mempromosikan pinjaman peribadi mereka kepada orang ramai sempena bulan Ramadan dan jualan mega yang berlangsung ketika ini.
Slogan seperti 'Jangan ketinggalan, promosi pinjaman peribadi kami - Ramadan Special' yang menawarkan kadar faedah rendah disebar menerusi pelbagai cara termasuk di Internet. Promosi serupa turut disertai sektor perbankan yang menggunakan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dan media massa untuk memberitahu pelanggan tentang pinjaman kecil mereka.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman berkata, ramai yang telah terpikat akhirnya terperangkap dengan hutang setiap kali musim perayaan. "Daripada apa yang kita perhatikan memang ramai penjawat awam terlibat dengan hutang, tambahan pula pada musim perayaan. Bila ditolak segala hutang, wang gaji yang tinggal tidak sampai 40 peratus," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ramai penjawat awam akan bertindak serupa tahun ini memandangkan Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 10 September iaitu hampir dua minggu sebelum gaji yang seterusnya.
Blog Ibnu Hasyim: Perangkap ceti guna nama Islam dan Ramadhan, pihak berwajib kena pantau segera.
Salam Ramadhan saudara Ibnu Hasyim...
ReplyDeleteBagaimana pula dgn ceti besar kroni para toghut yg juga menjual nama Islam dgn berbagai istilah dlm "menghalalkan" riba dlm skim perbankan Islam???
Bank2 ternama yg menyediakan skim2 pinjaman spt pinjaman perumahan yg berlindung atas nama perbankan Islam juga wajib di benteras.
Berselindung di sebalik nama yg berbagai kunun nye islamik tetapi hakikat nye berdiri atas urusan riba.Sebagai seorang yg pernah terkena saya harap agar setiap muslim tidak terperangkap dgn permainan licik mereka ini.