KUALA LUMPUR, 10 Ogos 10 — Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan esok bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Beliau membuat pengumuman itu melalui siaran langsung RTM1 malam ini.
Pada 3 Ogos lepas Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia menetapkan hari ini untuk melihat anak bulan serta menetapkan beberapa tempat untuk tujuan tersebut termasuk di Menara Kuala Lumpur.
Majlis Raja-Raja juga telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab.
Berikutan dengan pengumunan itu, seluruh masjid di negara ini mula mengadakan sembahyang terawih yang merupakan solat sunat yang dikerjakan sepanjang bulan Ramadan. — Bernama
Doa untuk Webmaster sekeluarga serta saya sendiri semoga menjadikan bulan ramadhan ini peluang dalam memaksimumkan ibadat kita terutama pada 10 malam terakhir.
ReplyDeletePersediaan pada 10 malam pertama untuk beribadat dalam 10 malam terakhir.
Sama-sama. Alhamdulillah.
ReplyDelete