KULIM 23 OGOS 10: Usianya baru menjengah 12 tahun, namun gelora nafsu seorang gadis sunti yang juga murid tahun enam, tidak dapat membendungnya daripada melakukan maksiat.
Lebih mengejutkan, ketika umat Islam menahan lapar dan dahaga kerana menunaikan ibadah puasa, murid sebuah sekolah rendah di Kuala Ketil, dekat sini, bertindak di luar dugaan apabila berkhalwat bersama dua lelaki sekali gus pada siang hari.Malah, ketika operasi mencegah maksiat dilakukan, remaja terbabit didapati sedang melakukan hubungan seks dengan seorang daripada lelaki berkenaan dalam sebuah rumah di Taman Desa Aman, Karangan, dekat sini.
Dalam operasi dijalankan Penguat kuasa Pejabat Agama Islam Daerah Kulim Kedah (PADK) kira-kira jam 11 pagi Khamis lalu, murid perempuan berkenaan didapati sedang bersetubuh dengan lelaki terbabit, manakala seorang lelaki lagi turut berada dalam rumah itu.
Ketua Unit Penguat kuasa PADK, Azmi Rejab berkata, pihaknya menerima aduan orang awam mengenai perbuatan terkutuk remaja terbabit pada jam 10.35 pagi sebelum pegawai PADK, diketuai Sheikh Radzi Abdul Mutalib bersama tujuh anggota, membuat pemeriksaan di rumah berkenaan kira-kira jam 11 pagi.
Katanya, melalui intipan sebelum melakukan serbuan, pihaknya mendapati remaja perempuan itu bersama seorang lelaki berusia 23 tahun dalam sebuah bilik, manakala seorang lagi lelaki turut berada dalam rumah sama.
"Gadis sunti itu baru mengenali lelaki berusia 23 tahun terbabit sebelum mereka melakukan hubungan seks,” katanya.
Azmi berkata, seorang lagi lelaki berusia 20 tahun menjemput remaja berkenaan di Kuala Ketil sebelum membawanya ke rumah sewa lelaki itu di sin.
"Berdasarkan siasatan, lelaki berusia 20 tahun itu turut mengaku tidur bersama remaja perempuan terbabit pada malam sebelum itu.
Menurutnya, gadis berkenaan dihantar ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut manakala kedua-dua lelaki terbabit ditahan di lokap Balai Polis Kulim.
Difahamkan, polis mengklasifikasikan kes sebagai rogol kerana membabitkan remaja perempuan bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasangan.
“Ibu remaja itu memukul kepala, muka serta badan lelaki yang ditahan menggunakan kasut kerana tidak puas hati selepas anaknya didapati bersekedudukan, namun kekecohan berjaya dileraikan pegawai bertugas,” katanya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Gadis 12 tahun bawah umur berzina, bermukah, mengapa menteri pembangunan wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak siasat? Tak macam kahwin bawah umur... Siapa yang bersalah dalam kes ini?
5 comments:
Sharizar adalah menteri yang pernah menghentam JAWI kerana tindakan mereka menangkap anak penakannya yang ditangkap minum arak di pub di sekitar Bukit Jln Sultan Ismail satu masa dulu.
Inilah contoh menteri yang belajr di sekolah Agama Al Mashoor Pulau Pinang satu masa dulu.
Mungkih ajaran Ustaz dan ustazah di sekolah tu tak masuk dalam hatinya
Atau memang dia ni jenis ketegak.
Kerja mak bapak pun Menteri/org lain kena buat ke? grow up la!
Dalam perkembangan sama, Azmi berkata sedikit kekecohan berlaku apabila ibu gadis terbabit dipanggil ke pejabat PADK berikutan ketidakpuasan hati wanita berkenaan terhadap tindakan anaknya dan pasanga
Sharizar adalah menteri yang pernah menghentam JAWI kerana tindakan mereka menangkap anak penakannya yang ditangkap minum arak di pub di sekitar Bukit Jln Sultan Ismail satu masa dulu.
Inilah contoh menteri yang belajr di sekolah Agama Al Mashoor Pulau Pinang satu masa dulu.
Inilah contoh menteri yang belajr di sekolah Agama Al Mashoor Pulau Pinang satu masa dulu.
Mungkih ajaran Ustaz dan ustazah di sekolah tu tak masuk dalam hatinya
Atau memang dia ni jenis ketegak.
Post a Comment