KL OGOS 16 10: Adalah tidak mudah untuk para hakim mempertahankan konsep kebebasan kehakiman, ini kerana dalam kes-kes kritikal mereka tidak mampu untuk berbuat demikian; sama ada kerana sayangkan kedudukan mereka atau mereka menganut fahaman kerajaan yang memerintah.
Demikian ditegaskan Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas tentang kes Abdul Malek Hussin yang gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan. Sebagaimana kes-kes kritikal yang lain, keputusan kes ini, di mana Mahkamah Tinggi membenarkan tuntutan sebanyak RM2.5 juta kerana beliau ditahan secara tidak sah, berubah di peringkat rayuan. Seperti dilaporkan oleh Blog sanggahtoksago.com hari ini.
Sehingga ini, katanya fenomena itulah yang berlaku. Apa yang diputuskan dalam kes saman Abdul Malek itu memperlihatkan aliran yang sama dengan krisis politik di Perak, membabitkan Dato Seri Mohamed Nizar Jamaluddin yang menang di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun di peringkat rayuan, yakni di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, kedudukan Dato Dr Zambry dipulihkan kembali.
"Sebenarnya kes-kes yang disebutkan itu boleh diputuskan dengan lebih dari satu cara. Khususnya apabila is bergantung kepada kuasa budi bicara. Sebagai mana dalam hukum; ada dua atau tiga qaul yang boleh dipakai," katanya. Bagaimanapun, Aziz menjelaskan, ada pandangan tertentu yang lebih adil dan lebih sesuai dengan sesuatu keadaan.
"Keadaan yang kritikal ini memerlukan hakim-hakim yang berani dan mempunyai ilmu yang mantap. Hakim yang penakut dan tidak dalam ilmunya, walaupun secara rasmi bergelar Yang Arif atau Yang Amat Arif, akan berasa ketakutan. Ada juga hakim yang berani tetapi mereka mungkin condong kepada faham politik tertentu," tegasnya lagi.
Pakar perlembagaan itu berkata, apa yang berlaku di Malaysia sekarang pernah berlaku di negara lain termasuk di Amerika Syarikat pada pertengahan kurun ke 19.
"Ketika itulah Mahkamah Agung Amerika Syarikat memutuskan amalan hamba abdi selaras dengan peruntukan perlembagaan negara itu dan keputusan itu membawa kepada perang saudara," jelasnya.
Aziz berkata pengalaman itu menunjukkan bahawa rakyat perlu tampil ke depan untuk membetulkan keadaan yang sudah tidak mampu ditangani oleh mahkamah. Beliau mengingatkan dengan beberapa kes tertentu, yang melibatkan kerajaan kalah, tetapi ini tidak bermakna bahawa kebebasan telah pun pulih.
"Kerajaan bersedia untuk kalah dan membayar wang hanya untuk menunjukkan bahawa kebebasan itu wujud. Tapi dalam kes-kes tertentu di mana maruah kerajaan amat penting, hakim tidak berani untuk mengambil keputusan yang betul meskipun ia berlandaskan perlembagaan selaku undang-undang tertinggi negara", tambahnya.
Aziz merujuk kepada kes di Mahkamah Tinggi baru-baru ini di mana seorang pegawai tentera menang dalam samannya terhadap kerajaan. Bagaimanapun mahkamah yang sama tidak bersedia untuk mengharamkan PPSMI meskipun ia jelas melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Berbalik kepada kes Abdul Malek, Profesor Undang-undang itu berkata keputusan Mahkamah Tinggi oleh Dato Hishammuddin Yunus adalah keputusan yang baik dan kreatif.
"Saya fikir hakim tersebut bukan sahaja melaksanakan apa yang disebut dalam peruntukan tetapi juga melaksanakan semangat dan ruhnya sama. Malangnya ini dibatalkan di peringkat rayuan," kata Aziz. Apa yang berlaku ini, termasuk kes-kes yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim, perlu dikaji secara terperinci dan mendalam.
"Kajian akademik ini bukan sahaja menumpukan aspek perundangan yang terpapar dalam penghakiman tetapi juga latar belakang dan peribadi hakim-hakim yang terlibat. Selain itu, senario politik semasa juga perlu diambil kira," ujarnya.
Aziz berkata, di negara-negara maju kajian sedemikian amat popular dan dapat memberi gambaran sebenar tentang sesuatu kes itu. Tegasnya, antara kajian yang terkenal ialah Politics of the Judiciary yang ditulis oleh Profesor John Griffith dari Universiti London. (AK)

No comments:
Post a Comment