PENGGUNA
KL.OGOS 8 10: Import daging sebanyak 4,000 ton dari India telah memicu adanya kontroversi, pada saat dikeluarkan fatwa melarang mengkonsumsi daging tersebut atas alasan daging itu berasal dari 'orang musyrik'.
Syaikh Syamsuddin Bouroubi, ulama berpandangan kontroversi Rabu lalu telah menerbitkan fatwa peringatan kepada rakyat Aljazair mengharamkan daging sapi atau lembu-kerbau asal India. Kerana menurutnya haiwan itu 'kemungkinan besar' tidak disembelih sesuai dengan ajaran Islam.
"Mengkonsumsi daging yang metod penyembelihannya tidak diketahui, adalah 'Haram'." ujar fatwa tersebut. Penyembelihan haiwan secara Islam, juga disebut 'daging halal', perlu disembelih dengan berdarah dan nama Allah, disebutkan sebelum memulai proses penyembelihan.
Walaupun terbukti disembelih cara Islam, fatwa itu menambahkan, daging tersebut masih tetap haram kerana pemilik haiwan sembelihan itu adalah non-Muslim dan mereka juga ikut menyembelih.
"Daging tersebut berasal dari kaum musyrik yang menyembah sesuatu selain Allah seperti lembu atau burung atau tikus," tulis Bouroubi dalam fatwanya. "Mereka bukan penganut monoteis. Itulah sebabnya daging mereka 'Haram' bahkan jika disembelih menurut cara Islam sekalipun."
Pada konteks yang sama, harian independen Aljazair al-Fadjr menerbitkan sebuah laporan Rabu lalu dari Organisasi Pemuda Muslim Dunia (WAMY), sebuah organisasi pendidikan Islam yang berbasis di Great Britain, mengenai daging India yang dieksport ke negara-negara Muslim.
Laporan ini mendedahkan peranan sekte Ahmadiyah atau Qadiani, dalam bisnis daging. Menurut laporan tersebut, komunitiha ini, sebagian besar dari anak benua India, menggunakan label halal palsu untuk menipu negara-negara Islam agar percaya bahawa haiwan itu disembelih menurut cara Islam. Lebih dari 500 pekerja dari seluruh dunia terlibat, sebahagian besar transaksinya dibuat di London.
Djahid Zefzef, General Manager dari Perusahaan Daging Aljazair, mengatakan bahawa kontroversi tentang daging India tiada hubungan dengan soal penyembelihan sesuai sesuai Islam, tetapi lebih banyak kerana adanya perang antara pengimport-pengimport daging.
"Sebelumnya, kami telah mengimport daging dari negara-negara non-Muslim dan tidak ada masalah pun," katanya kepada Al Arabiya. "4,000 ton daging asal India semuanya sesuai dengan standart internasional." Mengenai daging India, katanya pemerintah Aljazair mengimport terus dari rumah pemotongan haiwan Muslim, khususnya di negara bahagian barat Maharashtra dan sebelah utara negara bahagian Uttar Pradesh.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Kira-kira setahun lalu, dikatakan Negeri Aceh membuat persetujuan mengimport daging lembu dari India, tapi terhalang 'kerana import daging ke Indonesia dimonopoli oleh daging Australia'. Benarkah? Bagaimana di Malaysia? Ini suatu contoh. Perkara ini perlu diselesaikan oleh negara-negara umat Islam demi membantu perusahaan ekonomi orang Islam di negara bukan Islam. (2MA)
1 comment:
dari sudut lain, lembu/kerbau dari india ialah barang riject masyarakat hindu. lembu/kobau sudah expire dan tidak diperlukan lagi. dihantar ke pusat sembelihan untuk dilupuskan. ditambah banyak bahan kimia pengawet. tak bagus untuk kesihatan.
Post a Comment