- Kawal Harga Ayam: Menteri Tak Pandai Tadbir Negara...
- Tahniah Kosmo! Bngkar Lagi Harga Ayam!
- Kawal Harga Ayam, Otak Menteri Macam Otak Ayam?
- Politik Ayam: Ayam, Bermacam Ayam!
Berita Kosmo! Online: Penternak ayam dituntut tunai janji.
KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan pengguna menuntut Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) menunaikan janji mereka untuk menurunkan harga ayam selepas seminggu umat Islam menjalani ibadah puasa.
Sehingga semalam, harga ayam di kebanyakan negeri masih tidak berubah dengan ada pembeli terpaksa membelanjakan RM7 sekilogram untuk membeli ayam.
Dalam reaksi segera terhadap isu harga ayam yang masih mahal, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George mendakwa ia menjadi bukti sikap penternak ayam yang terus memanipulasi pembeli.
"Harga ayam masih lagi sama, tiada tanda-tanda hendak turun.
"Setiap tahun situasi ini berulang dengan persatuan penternak masih berdolak-dalik untuk turunkan harga sebab permintaan tinggi,'' katanya ketika dihubungi di sini semalam.
(AK)
sbgai seorg pemerhati..mmg sy rasa kerajaan perlu penguasaan yg lebih tegas berkenaan hal ni.
ReplyDeletetp tajuk entri ni sy bleh senyum juga lah..ye lah azizan razak kan sgt pandai mentadbir negeri..tebang balak suka2 hati smpai jd banjir lumpur 6 buah kampung.nasib baik lah x dek yg mati..ooo sgt pandai pas mendtadbir negeri..
ah..ada satu lg contoh yg sgt baik..dulu bukan kemain janji..pas menang..esok pg2 kilang arak dah tutup..wah.. lg terer sbb kalid samad dah offer tapak baru arak yg lg besar siap buat lawatan lg..
sbgai seorg pemerhati juga..pd sy BN tu bukan lah perfect pon sbgai pemerintah..tp klau nak dibandingkan dgn pihak PR..Bn juga lah yg terbaik utk rakyat walaupun x se best mana.
buktinya?? apa yg korg nikmati hari ni..internet yg korg guna utk hentam2 kerajaan seolah2 x ada apa yg baiknya ni pon hasil drp inisiatif org yg korang gelar MAHAFIRAUN pun kan..
tu br pegang negeri..so klau dah tadbir m'sia t..ntah apa jadi..
sy tgk korg ni pandai je cakap..janji2 cam kacang putih..cam tu sy pon nak bertanding lah utk jd YB..janji mcm2 ikut suka hati janji org undi..mm..berkatalah benar walaupun pahit..
Kpd pemcinta kebenaran...
ReplyDeleteApakah BN di kira terbaik apabila mencerca Rasul saw....???
Apakah BN dikira terbaik apabila menghina kenderaan unta Rasul saw dan membandingkan dgn kereta proton keluaran Malaysia?
Apakah di kira terbaik apabila memperolok2kan hukum Islam yg terdapat dlm Al Qur'an...?
Merekayasa fitnah di sana sini....menzalimi org yg tidak di buktikan bersalah di mahkamah atas nama ISA.....
Bersekongkol dgn yahudi zionis laknatullah secara terang dan tersembunyi....
Apakah kemajuan duniawi yg di jadikan ukuran...?
Sekira nye begitu apa pula pandangan saudara terhadap nabi Musa as yg di selamatkan oleh firaun dan di besarkan bagai putera raja di istana nye yg serba mewah......kemajuan teknologi kerajaan fir'aun yg memberi kemewahan serta kehidupan yg selesa yg tidak pernah di saksikan selepas itu di Mesir....
Jika itu penilaian nye maka fir'aun jauh seribu kali lebih baik dari BN....apakah penilaian saudara dlm hal ini.....fir'aun lebih baik dan terbaik jika di bandingkan dgn nabi Musa as...???
Terlalu banyak kemungkaran dan kezaliman yg telah dan sedang di lakukan oleh BN....tak mampu utk di nyatakan satu persatu...
Bukan kamu shj yg menjadi pemerhati........ada ribuan lagi mereka yg tidak menyertai parti politik dan hanye menjadi pemerhati ...........namun keistimewaan akal yg di beri utk membezakan antara yg Haq dan bathil
akhir nye yg membezakan antara satu sama lain.
Terpulang lah kpd setiap insan utk memilih....menjadi khalifatullah atau meletakkan diri nye lebih rendah dari haiwan spt yg di wahyu kan oleh Allah swt kpd hambaNye ...
Asalamualaikum,
ReplyDeleteHarga makanan di Malaysia dimonopoli oleh golongan kapitalis yang berselindung di sebalik nama nasionalis. Hantu-hantu raya ini berkeliaran menggunakan segala kemudahan yang mereka sendiri reka dan kuatkuasakan.
CONTOH paling ketara. Malaysia negara tropika mengimpot ayam dari Cina yang separuh dari negaranya gurun. Penduduk Cina beratus kali lebih ramai.
Malaysia mengimpot beras dari Myanmar dan Thailand. Negara yang lebih padat penduduk.
Kita ada 3 Menteri dengan kementerian dan agensi masing-masing yang memang tidak efisiesn sama sekali.
Malaysia juga ada Menteri yang khusus menjaga hal Pengguna dan Koperasi
TETAPI kita tidak pernah dengan Koperasi2 ini diberikan kontrak besar termasuk mengeluarkan hasil makanan terus kepada pengguna.
Pasar tani itu telah berjaya TETAPI kenapa tidak dikembangkan?
Kita dulu ada pasaraya Koperasi dan Kohilal sendiri telah wujud.
Kenapa sekarang yang mendominasi pasaraya adalah Jepun, Inggeris dan Perancis?
Mujur kita ada saudara Aceh yang terus mempelopori kedai runcit Melayu di Lembah Kelang.
Jika tidak apa akan jadi?
Mungkin pada masa ini Sanusi Junid perlu diberi peranan oleh PAS sendiri untuk mengusahakan sesuatu?
Atau dia sendiri tidak bersedia?
menteri bangang
ReplyDelete