Tuesday, August 24, 2010

Hudud: Dr Dzulkefly Mengulas Nik Aziz, Kit Siang & Karpal



KL. OGOS 24 10: Ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad menggesa pemimpin Pakatan Rakyat supaya menghentikan perbalahan mengenai ura-ura hukum hudud akan dilaksanakan jika mereka membentuk kerajaan persekutuan. Demikian pandangan Dr Dzulkefly melalui Malysiakini.com hari ini.

Menurut Dzulkefly sekiranya perbalahan umum itu berterusan, maka sejarah akan berulang yang menyaksikan pakatan pembangkang menumbangkan sesama mereka. Kali terakhir, kejadian seumpama itu berlaku pada 2001 apabila DAP meninggalkan pakatan Barisan Alternatif .

Katanya, pemimpin Pakatan sepatutnya menggunakan rangka kerja polisi umum (CPF) yang digubal pada Disember lalu sebagai panduan.

"Pakatan harus faham apa yang perlu mereka dilakukan dalam politik campuran kerana setiap parti mesti mendukung polisi dan objektif umum yang sama,” kata Dzulkefly, yang juga adalah anggota urusetia kepimpinan Pakatan ketika dihubungi.

"Dalam Pakatan, kita mempunyai alasan yang lebih daripada mencukupi untuk merangka polisi umum yang dapat diterima semua pihak.”

Sejarah mungkin berulang? Pada 2001, DAP meninggalkan Barisan Alternatif secara tergesa-gesa apabila PAS berkeras mempertahankan bahawa parti itu akan menubuhkan negara Islam yang berpaksikan undang-undang Islam dan hukum hudud jika berkuasa. Dzulkefly berkata pemimpin Pakatan mesti belajar dari sejarah dan mengelakkan pergeseran yang mungkin memecah-belahkan mereka sekali lagi.

Katanya, sekutu Pakatan - PAS, DAP dan PKR perlu fokus terhadap rangka polisi umum (CPF) dan matlamat mereka untuk pilihan raya umum akan datang, di samping menghormati ideologi masing-masing. Dzulkefly menggesa rakan-rakan parti lain supaya menerima hakikat bahawa PAS adalah “parti Islam demokratik” yang beroperasi dalam rangka kerja demokrasi.

"PAS pula mesti fahami bahawa apa yang kami lakukan, kita mesti lakukan dengan mandat orang ramai. Kita tidak boleh paksa orang ramai terima Islam. Ini akan timbulkan kegelisahan dan ketakutan di kalangan bukan Islam dan ada kalanya orang Islam sendiri.”

Beliau menjelaskan hudud dan penubuhan negara Islam bukan sebahagian dari CPF dan jika ditakdirkan PAS memenangi semua kerusi parlimen yang ditandinginya pada 2008, parti Islam itu masih tidak berupaya melasanakannya tanpa sokongan daripada sekutu mereka di Pakatan.

"Bagi pilihan raya ke-13, agenda ini bukannya relevan kerana kita bukan berlawan sesama sendiri. Selagi BN mengeksploitasi dikotomi ini, ia menjadi tumit Achilles bagi Pakatan.

"Dan selagi hudud dan penubuhan negara Islam menjadi satu momokan untuk DAP manakala PAS pula menentang negara sekular, maka kedua-dua mereka akan bertelagah sehingga hari kiamat, maka BN dan Umno akan terus menguasai negara ini dan kita boleh lupakan hasrat mengambil-alih kerajaan persekutuan.”

Pengerusi DAP Karpal Singh dan penasihat parti itu, Lim Kit Siang, baru-baru ini sekali lagi bertikam lidah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mencadangkan hukum hudud dilaksanakan jika ditakdirkan Pakatan mengambil-alih kerajaan persekutuan.

Menurut Nik Aziz undang-undang Islam diperlukan bagi membanteras gejala sosial, tetapi Karpal dan Lim bertegas, perlembagaan Malaysia menentukan bahawa negara ini akan ditadbir oleh undang-undang dan konvensyen sekular.

Sementara itu, The Malaysian Insider mengulangi pandangan Penasihat DAP Lim Kit Siang, bahawa parti itu menolak idea mahu melaksanakan undang-undang hudud dan negara Islam atas alasan ia tidak pernah disentuh dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat (PR). (AK)

7 comments:

Anonymous said...

rumusan saya? PAS sekarang dah tak ada beza ngan UMNO. dulu bukan main hentam UMNO kerjasama dgn MCA, MIC dll. skrg PAS lagi teruk kerjasama ngan DAP...

Dulu teruja jugak tengok PAS menang. tapi apa bezanya skrg? kilang arak still ada kat Selangor. Hukum hudud pun dah tak berani nak sebut dah (takut kena tinggal ngan DAP). Sampaikan Lim Guan Eng disebut dalam khutbah Jumaat pun nak dipertahankan. Apa la nak jadik ngan PAS ni skrg...

Rindukan PAS dulu2 yg istiqamah dalam pjuangan. PAS skrg? haprak!!! baik sokong MP Bebas cam Zulkifli Nordin...

Anonymous said...

Ohh... rupa2nya PAS tu “parti Islam demokratik”. baru saya tahu. saya ingatkan Islam tu satu je. rupanya skrg ni macam2 ada. Islam Sekular, Islam Liberal, & terbaru, Islam Demokratik.

Patut la PAS ni makin haru biru. apa jek yang DAP buat, boleh... doa pada Joseph Lim Guan Eng dalam khutbah jumaat pun boleh... Apa saja bkaitan UMNO, HARAM!!!! UMNO sajelah punca masalah kat negara kita.

Ohh, yelah tuan haji, saya lupe. PAS lebih yakin kerjasama dgn bukan Islam yg yakin ngan Islam (ikhlas ke?) bbanding org ISlam yang tolak Islam.. betullah tu.... =p

lepas ni, saya cadangkan, semua Imam PAS tak yah baca doa utk Agong atau Sultan masa solat Jumaat. Bolehlah doakan Barrack Obama, George Bush, Ariel Sharon, Benjamin Nentayahu pulak ye... Doakan lah moga2 mereka ni tertarik ngan Islam. Dakwah kan... =p

Bukhari Razali said...

UMNO bodoh , xyah provokasi disini

tungkaran hati said...

pelakon PAS terbaik..???
`PAS ITU ISLAM, ISLAM ITU PAS'
slogan yang sesat lagi menyesatkan!

Anonymous said...

Semasa PAS bersendirian dahulu, memang dihormati dan disokong oleh pencinta Islam atas ketegasan baik kepada UMNO yg fasik mahupun kuffar DAP.

Bila PAS bersama Pakatan, agak merisaukan melihat kemudi.

Bila menang PRU12, PAS ternyata amat menyedihkan.. Sayang kafir lebih dari pejuang muslim yg rindukan hudud.

Jadi apa lagi kelebihan PAS? Takde beza dengan UMNO dah. Sama bebal dan makin sesat haluan. Hudud entah kemana, Ekonomi ntah kemana, nasib melayu islam ntah kemana ? Yang untung cina DAP dan india PKR...Sesat dan bodoh

Anonymous said...

Aku kini sakit kepala dengan perangai Pas yang lidah bercabang. Dulu Pas segala-gala yang menyenth hati nurani kerana semangat keislamannya.

Kini aku tak faham!!. Mana pergi segala hukum Islam, mana kafir yang didakwa dana mana kafir yang sebenar?m mana kawan dana maan lawan/, semuanya asal kantong penuh. Itulah perjuangan yang dicanag selama ini.

Anonymous said...

Pas kini lain macam betul. Tak de banyak beza pun dengan yang lain.

KUCIWA dengan Pas. Musnahlah Harapan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails