KL 21 OGOS 10: Iran selepas revolusi kira-kira 30 tahun lebih, telah berjaya menguji pelancar roket terbaru ciptaannya yang diberi nama Qiyam-1 semalam, seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertahanannya Ahmad Vahidi di Tehran.
Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim, editor Blog Ibnu Hasyim sewaktu mendapat berita terkini dari Tehran. Menurut laporan Fars News, Ahmad Vahidi dalam pidatonya sebelum sholat Jumaat di Tehran menyatakan kejayaan Iran dalam ujicuba pelancar roket terbaru dari darat ke darat adalah hasil produksi dalam negeri.
Vahidi mengatakan, rudal atau pelancar roket tersebut adalah peluru jenis terbaru di Iran yang memiliki kelebihan tersendiri di banding dengan rudal lainnya. Menurutnya, sedikit sekali rudal yang memiliki kemampuan seperti Qiyam-1 dari jenis rudal dari darat ke darat, sambil menyebut kecanggihan sistem tersebut. Masih menurut Vahidi, kelebihan lain rudal Qiyam-1 adalah kecilnya kemungkinan rudal lain dapat menghantamnya.
"Kita Malaysia sudah merdeka hampir 53 tahun, tetapi nampaknya masih belum mampu sebegitu dari sudut ketenteraan." Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang.
By ASYOK KUMAR
No comments:
Post a Comment