Tuesday, August 17, 2010

Iran Sedia Bangunkan 10 Pusat Pengkayaan Uranium Baru

TEHRAN OGOS 16 10: Ali Akbar Salehi, Ketua Badan Energi Atom Iran memberitahu, bahawa telah ditetapkan 10 lokasi baru untuk membangun pusat pengayaan uranium. Hal ini disampaikan Salehi semasa sidang kabinet Isnin hari ini, demikian diberitakan kantor berita Mehr.

"Pembangunan satu dari pusat pengayaan uranium ini akan dimulai awal atau akhir tahun depan," jelas Salehi.
Mengenai perundingan dengan kelompok Wina dalam masalah pertukaran bahan bakar nuklear, Salehi mengatakan, "Pihak kelompok Wina telah mengumumkan melalui media-media, kesediannya berunding dengan Iran, namun sampai sekarang kami belum menerima apa-apa surat resmi."

Ketua Badan Energi Atom Iran menegaskan kesediaan Iran untuk berunding, "Langkah ini untuk membuktikan niat baik Iran dalam menyelesaikan dokumen buatan dan palsu yang dibuat Barat."

Salehi mengatakan, "Bila pihak Barat ingin selamat dari dokumen ini, maka perundingan merupakan langkah untuk menciptakan kepercayaan yang sangat bermanfaat bagi kedua pihak."

Sementara itu, mantan Duta Besar Indonesia untuk Iran, Basri Hasanuddin mengatakan, mengingat Republik Islam Iran di pihak benar dalam sengketa nuklear dengan Barat, maka perlu dipastikan negara ini akan memenangi sengketa tersebut dengan terhormat. Hal itu dikemukakan hari ini oleh Hasanuddin dalam wawancaranya dengan wartawan IRNA.

Sebelum itu, rejiim Zionis Israel dikatakan boleh melancarkan serangan tentera terhadap Republik Islam Iran dalam satu tahun mendatang sebagai usaha untuk menghentikan program nuklear Tehran, bahkan tanpa lampu hijau dari AS

Jeffrey Goldberg, penulis artikel yang diterbitkan dalam edisi September majalah Atlantik menulis, "Muncul konsensus soal adanya lebih dari 50% kemungkinan Israel akan melancarkan serangan pada bulan Julai tahun hadapan."

Goldberg mengatakan bahawa penilaiannya didasarkan pada percakapan dengan pembuat keputusan di Israel baik masa lalu atau sekarang, termasuk "sebuah diskusi panjang" dengan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu serta dengan banyak pejabat AS dan Arab. (IRIB & pelbagai sumber/AK)

2 comments:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Tidak hairan jika tentera Israel sendiri telah berada di Arab Saudi.
Semata-mata kerana benci kepada Iran.
Jika Syiaisme yang ditakuti Saudi, apakah mereka bersedia untuk berperang di Dhahran dan Bahrain?
Semua maklum bahawa Bahrain melebih 60% fahaman Syiah.
Jika Saudi begitu fanatik terhadap Syiah, Yahudi akan menang besar dan lebih lama BaitulMaqdis dibawah kuasa Yahudi lagi.
Mungkin revolusi di Jaziratul Arab dapat merubah semua ini.

Anonymous said...

Ya,
Kita juga ingin tahu apa terjadi kepada Duta Malaysia ke Vienna, Austria yang diepcat dari jawatannya dan dipanggil pulang kerana mengundi menyokong Iran dalam resolusi untuk memboikot Iran?
Saiap sebeanr agen Yahudi di Malaysia ini??? Selepas APCO?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails