Monday, August 30, 2010

Kesan Boikot, Israel Bimbang & Hentikan Eksport Ke Eropah


Tel Aviv Ahad 29 Ogos 10: PENGUSAHA dan pemilik kilang di Israel kini bimbang berterusannya boikot ke atas barangan produk-produk Israel di Eropah. Sebahagian kilang di Israel bukan hanya merugi, bahkan terpaksa menghentikan eksportnya ke Eropah.

IRNA melaporkan, kian meluasnya aktiviti kelompok-kelompok penyokong Palestin di Eropah menyebabkan peningkatan boikot terhadap produk-produk Israel. Akibatnya, tingkat eksport sektor industri rejim Zionis Israel telah menurun secara drastik. Kelompok-kelompok pro-Palestin itu menyebarkan pentingnya boikot barangan produk Israel.

Akhbar Maariv terbitan Tel Aviv dalam laporannya kemarin (Ahad, 29 Ogos) menyebutkan bahaya boikot tersebut bagi perekonomian Israel, menekankan, "Jumlah perusahaan Eropah yang menarik sahamnya dari perusahaan-perusan Zionis dalam beberapa bulan terakhir terus bertambah."

Komen Blog Ibnu Hasyim: Teruskan boikot barangan pengganas Israel bangsat itu di Malaysia! (IRIB/AK)

No comments:

Post a Comment