Sunday, August 08, 2010

Israel: Siap Pelatihan Untuk 'Perang Masa Depan'


TEL AVIV OGOS 5 10: Negara-negara Eropah tidak pernah tahu apa yang bersembunyi di balik sesi pelatihan yang diselenggarakan di wilayah mereka. Hungry, Rumania, Yunani, Italy dan Jerman adalah salah satu lokasi di mana Angkatan Udara Israel telah mengadakan latihan tentera sehinga kini. Demikian, tulis sebuah artikel yang dipublisitikan di media Ynet Israel pada Khamis 5 Ogos lalu.

Kemalangan helikopter tentera Israel di Rumania mengorbankan 6 tentara Israel dan satu petugas Rumania Julai lalu, membuktikan Tel Aviv telah beroperasi di udara sebagai tempat latihan di negara-negara Eropah untuk persiapkan diri menghadapi 'perang masa depan' atau perang akan datang.

"Pada umumnya, sesi-sesi pelatihan tidak termasuk latihan bersama antara angkatan udara Israel dan Angkatan Udara tempatan, melainkan negara tuan rumah menyediakan angkatan udara Israel dengan platform pelatihan selama dua minggu atau lebih," menurut artikel itu lagi.

Media Israel menggambarkan operasi bulan Julai itu sebahagian dari latihan rutin angkatan udara Israel, namun tujuan pelatihan tersebut tidak dijelaskan. Artikel itu menyimpulkan bahawa helikopter Israel sedang memantau melalui ribuan kilometer atas segala kemungkinan, isi bahan bakar di udara dan dan lain-lain. Tel Aviv sedang bersiap-siap untuk memulai lagi konflik tentera dalam waktu terdekat. (AK)

2 comments:

PRA U said...

Assalamuaikum
saya mohd Yusri bin Ibrahim,pelajar master tamadun islam ,kajian saya ialah mengenai pemikiran ustaz fadzil dan sumbangannya kepada masyarakat Islam,Saya memohon kepada saudara ibnu hashim sekiranya ada bahan-bahan berkaitan ustaz fadzil khasnya kertas kerja permikiran ustaz fadzil yang telah diadakan pada 6 jun 2010 yang lalu,harakah sepanjang zaman ustaz fadzil atau minit mesyuarat sepanjang ustaz fadzil menjadi presiden pas untuk melengkapkan kajian m.a saya.kerjasama saudara ibnu hasyim dalam penyaluran bahan ini sangat saya hargai khasnya demi keunggulan perjuangan islam.No phone saya 013-4425160.jazaka allah khairon kasiro.wasalam

Anonymous said...

Kita negara Islam...apakah persiapan untuk perkemaskan misi mengalahkan Israel?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails