Tuesday, August 24, 2010

Karpal Singh Nafi Tolak Hudud & N/Islam Bersendirian.

KL OGOS 24 10: Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh pada hari Isnin menafikan dakwaan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa beliau bersendirian dalam pendiriannya menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam yang dicadangkan PAS.

Karpal Singh berkata penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.

"Kenyataan oleh Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu menunjukkan bahawa saya bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam," katanya dalam kenyataan.

Karpal Singh mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz dua hari lepas bahawa beliau berpendapat kenyataan pemimpin DAP itu yang tidak bersetuju dengan cadangan PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan negara Islam adalah pandangan peribadi beliau.

"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.

Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: " PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."

"Langkah itu bercanggah dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan," katanya dan menurutnya beliau berharap PAS akan mempertimbangkan pendiriannya mengenai hukum hudud dan negara Islam. - BERNAMA

1 comment:

Anonymous said...

Asalamualaikum,
DAP adalah parti yang memperjuangkan hak Cina sekular.
DAP akan menyokong apa saja yang sekular dan kapialistik.
Walaupun nama organisasi Pemudanya adalah Angkatan Muda Sosialis DAP, tetapi pada dasarnya DAP memperjuangkan golongan sekular. Mereka tidak akan menyokong sebarang roh hatta masyarakat Cina ISlam di Beijing sendiri.
Jadi jika ramai orang Islam tanah besar Cina yang menyokong Chiang Kai Shek dan lari ke Taiwan supaya selaamt dari penindasan komunis Mao.
DAP akan tetap menyokong Cina komunis kerana mereka ini sekular.
Mungkin laman web ini perlu memasukkan bendera Republik Cina pimpinan Su Yet Sen yang mempunyai 5 warna. Termasuk satu warna bagi mewakili umat Islam dari kaum Cina iaitu Hui sendiri sebagai mengingatkan golongan sekular di Malaysia bahawa Sun Yet Sen sendiri mengiktirag ajaran Islam dan sekolah Islam di dalam Istana Besar Tiananmen itu semasa pemerintahannya sebelum dimusnahkan oleh parti komunis Mao.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails