Kosmo! Online: Ayam Ramadan semakin mahal
KL OGOS 12 10: Kenaikan harga ayam pada minggu pertama bulan Ramadan berlaku lagi dengan para pembeli di beberapa negeri terpaksa membayar sehingga RM7.50 atau 70 sen melebihi harga biasa bagi setiap kilogram sejak kelmarin.
Senario itu dikatakan gambaran awal bahawa harga ayam boleh mencecah RM10 sekilogram menjelang Syawal selepas harganya kini ditentukan oleh pasaran dan bukan lagi sebagai barangan kawalan sejak 15 Julai lalu. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, keputusan itu diambil memandangkan bekalan ayam semakin stabil.
Bagaimanapun, kesannya kini ramai penjual mendakwa tersepit di antara harga pemborong yang lebih tinggi serta menjadi sasaran kemarahan pelanggan. Dalam tinjauan Kosmo! di Kuala Terengganu semalam, ayam dijual RM7.50 sekilogram berbanding RM6.90 iaitu kenaikan sebanyak 50 sen.
Peniaga ayam di Pasar Bukit Besar yang dikenali sebagai Pok berkata, kenaikan itu terpaksa dibuat memandangkan mereka membeli pada harga semakin tinggi daripada pemborong. "Ada dua pemborong ayam yang aktif di Kuala Terengganu dan hampir kesemua peniaga mendapatkan bekalan daripada mereka," katanya.
Di Pulau Pinang, tinjauan di Pasar Bayan Baru pula mendapati ayam dijual di antara RM6.90 hingga RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelum ini. Keadaan sama juga berlaku di Pasar Awam Tun Sardon apabila pengguna terpaksa membayar lebih 70 sen kerana harga ayam dijual mencecah RM7.20 sekilogram berbanding RM6.50 sebelumnya.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah puas cerita fasal ayam tiap-tiap tahun. Nampaknya pemimpin politik kita kalah dengan politik beberapa kerat taukeh-taukeh ayam yang menguasai perniagaan ayam di negara ini. Harga tidak dapat dikawal. Itulah alasan yang diberi tiap-tiap tahun. Otak menteri pun menjadi macam 'otak ayam' berbanding dengan taukeh ayam itu.
Apakah mereka benar-benat tidak mampu mengawal harga, atau di'tidak mampu'kan? Kerajaan ke yang berkuasa atau taukeh ayam yang berkuasa? Atau hanya jadi macam 'ibu ayam' yang hanya mampu mengutip cukai kepada langganan ayam-ayamnya sahaja? Kalau tak mampu juga, berhentilah jadi menteri, bagilah kumpulan parti lain memerintah.
Saya dah tulis fasal ayam ini pada 17-9-2007 'Politik Ayam: Ayam, Bermacam Ayam!' lagi. Boleh renung-renung balik,,begini sedutannya..
[Pertama.. Cuba lihat, kenapa harga ayam cuma naik pada bulan Ramadzan dan Hari Raya orang Islam sahaja, tidak pada Tahun Baru Cina? Kalau betul harga terpaksa naik, mengapa harga daging-daging lain seperti lembu, kambing dan lain-lain tidak naik? Harga ayam naik begini, berlaku setiap tahun। Tetapi tidak pada Tahun Baru Cina, bahkan turun pula. Contohnya, pada Tahun Baru Cina awal Januari lalu Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia mengumumkan penurunan harga ayam di seluruh Malaysia antara 80 sen hingga RM1.06 tiap satu kilogram.
Kedua.. Kenapa kerajaan jadi bengap macam tak boleh buat apa-apa? Tidak menasabah langsung pihak berkuasa sudah takde kuasa, tidak boleh bertindak? KPDNHEP sudah khianati amanah rakyat ke? Atau bahagian pengguna, hanya pegang kuasa tak tahu nak guna? Kalau nak halang ceramah pembangkang seperti yang berlaku baru-baru ini di Terangganu, atau di lain-lain tempat sebelumnya mereka cepat bertindak।
Ketga.. Adakah mereka tidak bertindak kerana kebanyakan pemborong atau persatuan penternakan ayam adalah bukan dari kalangan orang Melayu? Hingga perniagaan ayam terpaksa dipolitikkan? Kalau bertindak, mereka akan dituduh perkauman, hingga menyebabkan kedudukan parti pemerintah tergugat? Apakah ianya juga seperti yang berlaku pada operasi babi di Paya Mengkuang, Ayer Molek dan Bukit Beruang Melaka baru-baru ini, tidak mampu dilaksanakan walau Unit Simpanan Persekutuan (FRU), rela dan lain-lain dikerahkan ke sana?
Hanya semata-mata kerana 120,000 ekor babi milik orang bukan Melayu? Tetapi kalau kepada setinggan-setinggan Melayu Kampung Berembang Selangor sanggup mereka lanyak habis-habisan? Apakah orang-orang Melayu Islam sudah menjadi warga kelas dua di bumi sendiri??
Akhirnya dalam kes ayam ini, tukang-tukang kipas kerajaan, hanya mampu menyalahkan pengguna-pengguna Islam yang guna ayam lebih di hari perayaan। Itu lagi bengap! Sanggup menyalahkan dan tangkap peniaga-peniaga kecil orang Islam saja. Taukeh-taukeh judi pengekploit harga ayam (pemborong) tak kena apa-apa pun. Inilah jadahnya bila lantik pemimpin-pemimpin yang tidak boleh buat apa-apa.. pemimpin bengap!]
Kesimpunnya, hukum pemimpin-pemimpin begap ini pada PRU 13 akan datang. Maaf, tulisan agak kasar sikit, kerana pengguna ayam, atau rakyat miskin ditindas jauh lebih kasar lagi dari hanya kata-kata ini.
PRU 13.. tolak tersungkurkan BN!!
4 comments:
ppemimpim hampeh jer semua tu.. tak pandai mentadbir negara..
Hapuskan sahaja jawatan menteri pengguna tu dan gantikan dengan jawatan menteri jaga peniaga dan pembekal. itu sahajalah yang sesuai bagi pemimpin-pemimpin melayu yang tak habis-habis mengkhianati bangsanya dari dulu kini dan selamanya....melayu bodoh!, lagi ditindas, lagi kuat menyokong UBN. Takut sangat kepada pembangkang, macamlah boleh hidup 1000 tahun lagi!
Kenapa nak tolak BN? kita semua perpaduan Melayu. Pimpinan PAS ramai yang setuju. Kenapa masih ada pengikut PAS yang tidak patuh kpd pucuk pimpinan????Tok Guru Hj Hadi, Cikgu Pa, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Ust.Tantawi, Ustaz Bakar Chik Perpaduan dan Ustaz harun Taib adalah pemimpin perpaduan yang terbaik
anon.1043AM.
Kita bicara tentang ayam naik harga bukan perpaduan ayam...para you.
Lain kali kita sembang pasai perpaduan. selamat berpuasa. Jangan marah, kalu marah nanti kena jual macam ayam.
Post a Comment