Tuesday, August 03, 2010

Kembara Ke Pesantren Riau & Sumatera Barat

CATATAN PERJALANAN

Tiba di Pekan Baru Riau

ALHAMDULILLAH, misi kami ke Pekan Baru Riau & Bukit Tinggi telah selesai. Selama 4 hari 3 malam di sana kami telah melakukan lawatan ziarah anak-anak di pasentren dan juga rumah anak-anak yatim. Segala sumbangan telah disampaikan.

Keinsafan menyelubungi jiwa melihat kemiskinan dan usaha gigih Pak Saifullah pegelola Madrasah Huffaz dalam membantu menyediakan ruang pendidikan serta penginapan Show All anak-anak. Lalu hati mula berkata, "apa pula sumbangan aku kepada insan dhaif ini?'.

Masih ramai lagi anak-anak diluar sana memerlukan pendidikan bagi mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya. Bantuan yang kita sampaikan harapnya dapat membantu mereka untuk mengubah kehidupan. Tanpa fasilitas dan makanan yang cukup bagaimana mampu anak-anak ini membesar dengan baik. Maka kita kena sentiasa mengenangkan masih ada tanggungjawab kita terhadap insan lemah seperti ini luar sana.

Kepenatan 4 hari 3 malam kami disana tidak pernah mematahkan semangat untuk terus menabur bakti. Para sahabat Alif juga perlu mengambil ikhtibar bahawa usaha gigih kita perlu dilipat gandakan untuk membantu insan-insan lain. Pengalaman yang kita lalui bukan sekadar untuk dikongsi sahaja tetapi menjadikan kita semakin maju kehadapan untuk membela insan yang memerlukan.

Apa pun jua kita telah mencipta lakaran sejarah dalam hidup ini dan mudah mudahan diterima sebagai amal soleh. Kepada para penyumbang kami telah menyampaikan segala sumbangan anda kepada mereka yang memerlukan.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar lawatan ziarah kami.


Pengurus Alif Kembara di Pasentren Darul Huffaz

Beri Sumbangan Pada Bapak Saifullah Pengelola Darul Hufaz


Anak Anak Darul Hufaz

Anak-Anak Miskin/Yatim di Pasentren Darul Hufaz Pekan Baru



Sumbangan Rumah Anak Yatim Muhammadiyyah Bukit Tinggi


Rehat di Bukit Tinggi


Ziarah Rumah Kelahiran Buya HAMKA

Sahabat Alif di Rumah Anak Yatim Aisyiyah Pekan Baru


Sumbanagan ke Rumah Anak Yatim Aisyiyah


Sumbangan ke Rumah Anak Yatim Harapan

Rumah anak-anak Yatim Harapan


Lawatan ke Konsulat Malaysia Pekan Baru

Saya muatkan catatan perjalanan kumpulan ALIF, sebagai suatu contoh perjalanan dan kembara yang digalakkan oleh agama Islam.

Selamat berkelana atas tuntutan agama. Wallahu 'aklam.

Ibnu Hasyim
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos3, 10

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails