Sunday, August 01, 2010

Klip 'Keong Racun' Cetus Gila Baru Indonesia. Mengapa?


Jovita (kiri) dan Shinta pada mulanya sekadar bergurau menyanyikan semula lagu Keong Racun sebelum menjadi popular setelah disiarkan menerusi laman YouTube.

Klip Keong Racun cetus kegilaan baru

BANDUNG, OGOS1 10: Selepas gempar dengan klip video seks tiga artis terkenal menerusi Internet sejak bulan lalu, Indonesia kini menjadi tumpuan jutaan peminat laman web sosial YouTube dari seluruh dunia gara-gara kemunculan klip Keong Racun.

Klip lagu dangdut lama itu telah dilayari lebih sejuta kali sejak disiarkan pada 18 Jun lalu selepas dinyanyikan semula secara mimik bibir selama 5 minit 14 saat oleh dua penuntut universiti swasta di sini, Jovita Adityasari dan Shinta Nuriansyah, kedua-duanya berusia 19 tahun.

Populariti klip itu turut mendapat liputan pelbagai akhbar di Britain dan laman Twitter apabila ia mengatasi angka capaian klip-klip lain dalam tempoh singkat termasuk filem box office Hollywood, Inception lakonan aktor Leonardo DiCaprio.

Malah, fenomena Keong Racun menaikkan semula nama Lissa, penyanyi asal lagu ciptaan komposer Subur Tahroni pada 2008, yang kini mendapat perhatian apabila sebahagian besar stesen radio tempatan kembali memutarkan semula lagu puisi itu.

"Keong bererti siput mengisahkan seorang lelaki mata keranjang yang mempermainkan cinta wanita. Saya berhasrat menemui dua pelajar itu kerana melariskan lagu ini sehingga rezeki saya bertambah baik," kata Lissa kepada wartawan. - Agensi

SINTA AND JOJO KEONG RACUN.wmv


No comments:

Post a Comment