Monday, August 30, 2010

K'tan Saman Petronas, Bukan Kerajaan M'sia.

Nik Aziz yang diiringi oleh timbalannya, Datuk Ahmad Yaakob dan exco kanan kerajaan negeri, Datuk Husam Musa dan Datuk Takiyuddin Hassan, menyaksikan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Dagang Kuala Lumpur pagi ini. Turut hadir ialah bendahari PAS, Dr Mohd Hatta Ramlli. Peguam kanan Tommy Thomas mewakili kerajaan Kelantan.

Tok Guru ini saman Petronas sebentar tadi... demi kesejahteraan rakyat Kelantan..

KL, 30 Ogos 10: Kerajaan negeri Kelantan memfailkan saman terhadap syarikat petroleum nasional Petronas mendakwa tidak membuat pembayaran tunai terhadap hasil minyak diperoleh dari luar pesisir pantai Kelantan.

Menurut kerajaan negeri Kelantan, tindakan Petronas itu bukan sahaja melanggar undang-undang sedia ada, tetapi juga mendakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Kes difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar pukul 9.25 pagi tadi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri memfailkan writ saman di Bahagian Pendaftaran Dagang, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta. Kemudian beliau dan barisan Exco Kerajaan Negeri menuju ke Masjid Wilayah Persekutuan untuk menunaikan solat hajat.

Kerajaan Kelantan mengambil keputusan muktamad pada 25 Ogos lalu untuk mengemukakan saman terhadap Petronas pada hari ini berhubung tuntutan royalti minyak yang diperoleh dari perairan negeri itu.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri akan mengemukakan writ saman itu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta. Husam berkata, dalam kes saman itu kerajaan negeri tidak menetapkan jumlah tuntutan yang dibuat dan terserah kepada mahkamah yang akan menentukannya. Writ saman itu dikemukakan atas nama Petronas dan bukannya kerajaan Malaysia. (AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails