Ketika dihubungi, pengurusnya, Fred Chong mengesahkan kedatangan tiga kereta peronda polis ke rumah Wee hampir tengah malam tadi tetapi Namewee yang nama penunya Wee Meng Chee, tiada di rumah ketika itu.
"Saya tidak tahu di mana dia berada tapi dia mungkin mencari peguam untuk memahami prosedur yang betul (dalam menangani situasinya)," kata Chong.
Sementara itu, laman Facebook Wee, 27, menyiarkan mesej yang menyebut mengenai kedatangan tiga kereta polis berbunyi: "Three police cars have finally come to my Muar home to arrest me' just before midnight." (Tiga kereta polis akhirnya datang ke rumah saya di Muar untuk menangkap saya 'sejurus sebelum tengah malam).
Dalam beberapa minit sahaja, mesej tersebut telah mengumpulkan lebih 800 komen.
Pada sekitar jam 1 tengah malam, Wee mengemaskini mesej dalam bahasa Cina yang bermaksud: "Polis 15 minit menjelang Hari Kebangsaan, datang untuk menangkap saya, tapi saya tidak ada di rumah, saya tahu saya akan ditangkap pada bila-bila masa, ini mungkin mesej terakhir saya. .. Saya ucapkan kepada anda semua Selamat Hari Kebangsaan '.
Sebelum ini, polis mengatakan bahawa Wee disiasat atas dakwaan hasutan, selepas memuat-naik klip videonya di YouTube yang mencetuskan tuduhan yang ia boleh menyebabkan ketegangan kaum.
Wee, lulusan dari Taiwan, menjadi tumpuan laporan media tiga tahun lalu ekoran klip videonya di YouTube yang mempersendakan lagu Negaraku yang menurut pihak berkuasa berunsur hasutan.
Dia memohon maaf atas kejadian itu, tetapi berdepan dengan masalah lagi apabila menyiarkan lagu rap berjudul 'Nah' yang mengkritik seorang pengetua sekolah yang membuat kenyataan berunsur perkauman terhadap pelajarnya baru-baru ini.
Pengarah Jabatan Siasatan jenayah, Datuk Bakri Zinin berkata Wee sedang disiasat di bawah Akta Hasutan. Wee berdepan dengan hukuman sehingga tiga tahun penjara jika didakwa dan sabit kesalahannya.
Wee telah membuang klip video itu dari YouTube pada hari Ahad, selepas dikecam oleh pelbagai pihak termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang dilaporkan menggesa tindakan diambil terhadap mereka yang mencetus ketegangan perkauman. (AK)
10 comments:
Yg racis sebelum kes namewee dah tangkap ker belum???
Apa citer pengetua racis...???
Apa citer nasir safar...???
Polis dah tangkap ker atau buat tak tau jer...???
namewee je yg kne tgkp? dah tu, pengetua2 yg secara publicnya bercakap pasal isu perkauman tu, nape xkne tgkp?
undang2 rimba!. dah tengok klip video tu dan takde yg racist...cuma namewee kutuk org yg racist....apa ke bangang umno ni. abis yg pengetua tu leh lak lepas...kepala bapak racist tu...ptuihhhhh
ini la bangsa melayu yang terlalu banyak sifat dengki dalam hati.yang budak melayu tudung hina zikir tak kena apa pun.bangsa didahulukan agama dimainkan.undilah BN
Sedih aku tengok komen dari para insan yg mengaku sebagai Melayu-Islam.
Oppss.. sorilah kalau tak mengaku Melayu pasal semata2 UMNO. maklumlah, dp sstgh penyokong PAS ni, Bangsa = Asabiyah. Apa punya sempit pemikiran.
Aku nak tanya, kalau hari ni aku buat report polis yg korg buat kenyataan perkauman, boleh ke korang semua terus disumbat dalam penjara???
Siasatan pasal kes pengetua tu pun tgh berjalan. Camne korg boleh judge yg dia bersalah??? kalau murid yg buat report tu sbnrnya sekadar buat fitnah, camne pulak???
Sesia je lah pahala puasa korang..
Wee Meng Chee, apek rasis yg terang2 hina Islam & Melayu tu pulak yg korg siduk nak defend? sebab apa? konon2nya korg tu terbuka, tak perkauman?
Tengok terjemahan lirik dia 'Negarakuku' :
Negara ini aku memang suka jam 5 pagi,
Ada morning-call akan suruh aku bangun,
Kadangkala beberapa buah nyanyi sama2,
Macam tengah duet lagu cinta,
Suara tinggi rendah macam tengah nyanyi lagu R&B,
Walaupun kadangkala sebahagiannya out-of-tune,
Walaupun kadangkala sebahagian mereka pecah suara,
Ada juga suara yang macam kokokan ayam,
Tetapi bangun lagi awal dari ayam.
Tu dia, terang2 Cina hina azan. Ohh.. takpe, dia pun dah mintak maap. OK, kita tengok pulak terjemahan lirik lagu terbaru Namewee, Kawanku :
OK, kini giliran Bumi(putera) pula,
Katakanlah lagi,
Cina pergi balik Negara China,
Kalau kami semua balik,
Di sini bukan lagi Malaysia,
Aku bimbang bagaimana kamu akan mencari kerja,
Tapi biasalah,
Orang Melayu bukannya suka kerja pun,
Kamu semua boleh balik ke hutan,
Dan hidup macam orang sakai,
Kalau kamu nak main gitar,
Pun dah tak ada kedai,
Kalau kamu nak jadi Mat Rempit,
Pun dah tak ada motosikal,
Kurang satu cuti am,
Kerana tak ada Tahun Baru Cina.
Tuu dia, lepas hina Islam, hina Melayu pulak. Ohh.. takpelah, pada kitorg, Melayu ni tak penting sangat pon... Baguslah, Alhamdulillah aku ucapkan.
Klip video Nah... tu terang2 sindir umat Islam cakap mana ada Bulan Puasa. Ohh.. takpelah kan pada korang...
Korang reti ke cakap Mandarin? Tahu ke baca Bahasa Cina? Kalau korang tahu, korang semua boleh tengok betapa banyaknya komen2 & artikel yg menghina Islam & Melayu kat Facebook, Twitter, blog dan macam2 lagi. Derang bukan kira korang Melayu UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke, sume diorg pukul rata.
So, bila Polis ambil keterangan (baru ambil keterangan, belum tindakan lagi), korang dah berkokok satu alam ni semua semata2 kerana plan UMNO? Melayu ke yang rasis?
betapa berjayanya Zionis memcah belahkan kita semua... Yg UMNO, dijauhkan dengan ISlam. Yg PAS, dijauhkan dengan Melayu.
akhirnya, apa juga isu berbangkit ttg kepentingan Melayu & Islam, kita tak akan bersatu sampai akhirat...
Moga ALLAH melindungi kita semua...
Namewee menolak perkauman. Huahahaha!!!! Itulah kenyataan yang pantas disambut oleh segelintir Melayu-Islam yang masih terkongkong dgn sentimen UMNO-PAS yg dicipta oleh Zionis di Malaysia.
Lepas ni, kalau Perdana Menteri Israel kata dia menolak perkauman, tak anti-Palestin, tak mustahil akan ada juga segelintir Melayu-Islam yg akan ghairah sokong.
Kita semua dah dalam fasa akhir zaman, zaman fitnah. Kita keliru, kita tak pasti mana yang betul, mana yang salah. Hinggakan orang yang terang2 hina Islam & Melayu, kita angkat, sokong dia bila dia cakap dia tak rasis.
Sedangkan dalam video klip Nah!!!... langsung tak ada adab sopan, macam tu ke yg Islam ajar bila kita mengkritik & tak setuju dgn sesuatu?
Adakah kita bodoh? Kita buta? atau memang kita tak mahu sedar???!!!
orang cina buat hal kita sesama melayu nak bertekak. tak heran kalau bangsa melayu susah nak maju kehadapan seperti kaum lain.
Post a Comment