Cik Spring
LONDON OGOS7 10: Seorang lelaki Britain berjaya membida dara seorang remaja warga Hungary dengan harga £200,000 (RM1 juta). Bidaan yang pada awalnya dilakukan di eBay itu berakhir dengan urusan melalui e-mel selepas laman terbabit mengharamkan acara lelongan itu.
Seorang lagi pembida di Ireland juga cuba bersaing untuk mendapatkan dara remaja Hungary itu. Remaja 18 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Spring berkata dia dalam perjalanan ke Britain. Remaja berambut perang yang bercita-cita menjadi doktor dan sudah mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian ke universiti itu terpaksa menundakan hasratnya kerana perlu membantu keluarga.
“Keluarga saya ada banyak hutang dan kami tak mampu membayarnya. Ibu mempunyai hutang tertunda di Hungary dengan kadar faedah semakin meningkat.
“Kami dihalau dari rumah dan kini merempat di jalanan. Saya mahu membantu ibu mejelaskan semua hutangnya, jadi saya terpaksa menjual diri,” kata Spring.
“Saya berhubung dengan dua pembida terakhir iaitu lelaki Ireland dan British. Kedua-duanya bersimpati dengan nasib saya.
“Mereka juga berhasrat mengahwini saya dan membantu keluarga saya tetapi saya belum bersedia untuk berumah tangga,” katanya lagi. - Agensi
1 comment:
aku pun sanggup tapi dengan bayaran rm50
Post a Comment