Monday, August 16, 2010

Masalah Buang Bayi: Kerana Diset Menjadi Kera..

CATATAN SANTAI

RAMADHAN, bulan turunnya Al-Quran. Umat Islam digalakkan membaca Al-Quran. Sedang saya baca-baca sampal kepada Surah Al-Baqarah (2) Ayat 65, yang ertinya..

"Dan sesungguhnya kamu telah mengetahui (bagaimana buruknya akibat) orang-orang di antara kamu yang melanggar (larangan) pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka, "Jadilah kamu kera yang hina".

Ayat ini mengimbas kembali kisah kaum Yahudi, Allah uji iman mereka dengan mengadakan peraturan dan larangan saperti yang disebut dalam ayat lain lagi, supaya jangan menangkap ikan pada hari Sabtu. Tetapi mereka langgar juga, akhirnya disumpah Allah Taala menjadi 'kera yang hina'.

Saya fikir-fikir, hal ini ada kena-mengena dengan kes buang bayi seperti yang dihebuhkan sekarang. Kebetulan semalam kelab kami (Grup Universiti Ulu Klang) bermesyuarat mengenai isu semasa antaranya, masalah buang bayi yang terjadi melampau-lampau di kalangan remaja Malaysia sekarang ini. Melibatkan orang Melayu beragama Islam. Mengapa terjadi, dan bagaimana mengatasinya?

Seorang kawan kami bercerita dalam mesyuarat ..

"Semasa saya keluar pejabat petang tadi, saya melintasi seorang staf saya sedang mencetak keluar surat yang ditaip di komputernya. Melihat saya dia sambil-sambil kerja bertanya, "Bos, apa pandangan bos mengenai masalah buang bayi?".

Setelah saya hampir dengannya belum sempat jawab, tba-tiba dia terkejut menjerit, "Allah!".

"Kenapa?" Saya tanya.

"Tulisan ini salah.. salah taip!" Jawabnya sambil membelek surat yang sudah dicetak.


"Takpa. Padam dan betulkan dengan tulisan. Sikit saja!" Saya beri cadangan dengan tenang.

"Memang boleh, tapi.. tak cantik, tak sempurna. Kita nak pakai banyak. Kita kena betulkan tulisan di komputer itu dulu. " Katanya tercengang. Mungkin kotak otaknya berfikir, apa dah jadi dengan bos aku ni, selalunya tak macam tu.

Saya terus mengarah, "Kau cetak juga! Lihat, apa yang keluar?"


"Tentulah keluar macam yang salah tadi??" Jawabnya lembut tapi membantah.

"Ha!" Saya jelaskan. "Itulah jawapan kepada masalah buang bayi yang kamu tanya tadi! Apabila setting awalnya salah, bagaimana boleh lahirkan cetakan yang betul? Itulah sebabnya masalah buang bayi tidak boleh diselesaikan. Kerana asas awalnya tidak betul. Bagaimana acaun begitulah kuehnya."

Hari ini keluar kenyaaan pelajar-pelajar mengandung pun boleh masuk kelas. Nak buka pula sekolah anak haram. Kuatkan undang hingga hukuman bunuh.


"Boleh ke, kalau asasnya belum dirancang pancang betu-betul. Perlukan perundangan Islam. Sistem pelajaran, media dalam segala macam lagi yang berasaskan Islam. Tak usah risau dengan orang bukan Islam, mereka diberi kebebasan, walaupunpun hendak pilih peraturan agama mereka sendiri." Saya jelaskan jalan penyelesaian.


Jadi saya fikir-fikir lagi. Pikir-pikir begini juga adalah zikir. Saya lihat dan baca ayat Quran di atas. Saya buka beberapa tafsir. Saya tertarik dengan 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran' terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Pusat Islam Malaysia, KL. Kerajaan Malaysia keluarkan.

Huraiannya begini...

[Satu: Kaum Yahudi telah dilarang oleh Allah Taala menangkap ikan pada hari Sabtu untuk menguji iman mereka, tetapi kerana tamak, mereka telah melaggar perintah Allah itu.

Kedua
:

(i) ..Menurut kebanyakan alim ulama, ahli tafsir, bahawa sesungguhnya dari kaum Yahudi Bani Israel yang menderhaka itu telah berubah rupa mereka menjadi kera.

(ii) Dalam pada itu ada setengah ahli tafsir yang berpendapat bahawa hanya hati dan perangai mereka yang berubah seperti kera.


Kejadian ini memberi pengajaran bahawa sesiapa yang melanggar hukum Allah dan tidak menurut aturan yang telah diperundang-undangkannya, nescaya Allah mengubah keadaan orang itu dengan menurunkan darjatnya ke peringkat yang se hina-hinaya. ]
-Cabutan dari 'Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran'.

Jadi, orang yang disumpah menjadi kera tadi adalah yang 'melanggar hukum Allah dan tidak menurut aturan yang telah diperundang-undangkan'. Kalau kita beli kereta, mesti ikut peraturan guna kereta yang ditentukan pembuatnya. Kalau tidak ikut, rosak program atau gagal projeknya. Manusia ini adalah barangan produk Allah mesti ikut peraturan Allah. Apa dia peraturan Allah? Itulah Islam, 'tunduk patuh' atau 'selamat'. Tidak ikut Islam, ertinya tidak pilih jalan selamat.

Berbalik masalah buang bayi, mengapa jadi begitu? Kerana tidak ikut peraturan Islam. Tidak ikut peraturan' larangan berzina' seperti yang ditentukan Islam melalui hudud dan sebagainya. Untuk laksanakan larangan zina, kena ada terlebih dulu larangan 'dekati zina'. Seperti kawal pergaulan bebas lelaki perempuan, kawal media, lagu, vcd, aurat, pendidikan, tarbiah dan lain-lain. Bukan remaja sahaja, orang tua dan pemimpin pun kena juga. Perkara begitu yang kena set dalam komputer perundangan kerajaan Malaysia.

Kalau peraturan Islam tidak dimasukkan dalam program, bagaimana boleh lahir atau hasil cetakan Muslimin yang baik dari program tersebut? Kalau tidak diprogramkan larangan berzina dan segala yang berkaitan dengannya, bagaimana boleh melahir remaja yang tidak berzina, secara keseluruhannya. Bagaimana boleh melahirkan anak manusia kalau ibubapanya adalah kera atau beruk? Anak kera atau beruk, walau di make up bagaimana sekali pun ia takkan jadi manusia.

Menubuhkan sekolah anak-anak haram, membenarkan pelajar mengandung bersekolah dan subsidi berkahwin, contohnya sama dengan make up anak kera menjadi manusia. Tidak akan berjaya kalau tidak dibetulkan asasnya. Iaitu kembali kepada Islam sebagai asas pentadbiran negara. Al-Quran ayat di atas mengatakan orang yang tidak melaksanakan hukum Allah akan menjadi kera. Samada manusia itu tumbuh bulu, lompat jadi betul-betul kera.. Atau hati dan perangainya telah berubah macam kera, tetapinya masih dengan rupa manusia. Ertinya manusia itu sudah jatuh ke peringkat yang paling hina, kalau tidak mengikut perturan Allah SWT.

Bolehkah dikatakan masalah buang bayi ini timbul, apabila manusia itu sudah tidak diset atau diprogramkan mengikut peraturan Allah? Yakni telah diset untuk menjadi kera dalam kontek ayat Al-Quran surah Al-Baqarah (2) Ayat 65, seperti di atas.

Sekian.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 15, 2010

Ada kaitan..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails