Thursday, August 05, 2010

Masjid Cheng Ho & Masjid Di China.

CATATAN PERJALANAN CHINA 14
Masjid Muhammad Cheng Ho di Jl. Gading No. 8, Surabaya


ILHAM dari Masjid Niujie yang dibina pada tahun 996 Masehi di Beijing China itu, menyebabkan lahirnya sebuah Masjid Muhammad Cheng Ho di Jalan Gading Surabaya, Indonesia. Masjid yang seni binanya berlambangkan perpaduan gaya China dan Arab. Nampak jelas pada bahagian puncak, atau atap utama, dan mahkota masjid Cheng Ho di Indonesia ini. Juga terpengaruh oleh budaya setempat dari umatnya, seperti dalam tafsiran menurut masyarakat Jawa.

Walaupun jarak ribuan kilometer jauhnya antara negara China dan Indonesia, namun ada suatu sinar kesatuan yang mencantumkan. Kesatuan itu juga yang berlaku kepada delegasi kami dari Kelantan ke China, di mana saja bila ada peluang ketua kami, Datuk Husam Musa terus perkenalkan Cheng Ho sebagai lambang penyatuan melalui...

Pameran Laksamana Cheng Ho dan

Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober 2010


Masjid Cheng Ho adalah masjid bernuansa Muslim China berlokasi di Jalan Gading, Ketabang, Genteng, atau 1,000 m utara Gedung Balaikota Surabaya. Masjid ini didirikan atas prakarsa pengurus PITI (Pembina Imam Tauhid Islam), pengurus Yayasan Haji Muhammad Cheng Ho Indonesia Jawa Timur dan tokoh masyarakat China atau Tionghua di Surabaya.

Letak batu asas pertama pada 15 Oktober 2001 bertepatan dengan hari ulang tahun Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW. Sedangkan pembangunannya baru dilaksanakan pada 10 Mac 2002 dan diresmikan pada 13 Oktober 2002.

Di sudut kiri bangunan terdapat sebuah beduk sebagai pelengkap bangunan masjid.

Foto dari satelit 50 M di atas Masjid Cheng Ho di Jalan Gading, Ketabang,Genteng, Surabaya atau 1,000 m utara Gedung Balaikota Surabaya

Didirikan diatas tanah seluas 21 x 11 meter persegi, luas bangunan utama 11 x 9 meter persegi. Masjid Muhammad Cheng Hoo juga memiliki lapan sudut bahagian atas bangunan utama. Ketiga ukuran atau angka itu ada maksudnya. Dikatakan maknanya adalah angka 11 untuk ukuran Kaabah. Angka 9 melambangkan Wali Songo, dan angka 8 melambangkan Pat Kwa iaitu keberuntungan atau kejayaan dalam bahasa Tionghua.

Jangan terkejut, sekilas pandang bangunannya kelihatan seperti kelenteng, atau tempat ibadah umat Kong Hu Cu, dominasi merah, hijau, dan kuning dengan seni bina bangunan klasik Cina. Pintu masuknya menyerupai pagoda lengkap dengan patung naga dan singa. Namun kalau dilihat lebih teliti lagi, akan terbaca lafaz “ Allah â€, dalam huruf Arab di puncak pagoda. Jelas ia lambang Islam – bukan kuil penganut Tao, tetapi masjid Muslimin.

Yang jelas, rumah ibadah tidak terpaku pada dari mana agama itu berasal. Tetapi terpengaruh oleh budaya setempat dari umatnya, seperti dalam tafsiran Wali Songo dalam masyarakat Jawa seperti di atas.
"Kita ingin sampaikan kepada masyarakat Tionghua yang bukan Islam, bahawa nenek moyang kita itu juga adalah Islam.. sedangkan di Indonesia hampir semua Tionghua tidak dekat dengan Islam.." kata Willy Pengestu, Sekretaris PITI Cabang Jawa Timur dan pengurus Masjid Muhammad Cheng Ho, yang sudah membangkitkan kisah Dakwah Laksamansa Cheng Ho sejak 1995 lagi.
Sambungtnya, "Kita sampaikan kepada masyarakat Indonesia bahawa di Tiongkok itu ramai yang Islam, bahkan Wali Songo (dari Tanah Jawa) pun banyak yang (berbangsa) Cina. Cuma (hasutan pecah-belah) dari Belanda, (menyebabkan anggapan) seakan-akan orang Tionghua dan Islam adalah ibarat dua hal yang berlawanan."
Menurut beliau, kehidupan masyarakat plural di Indonesia mendorong masjid itu menyediakan tempat berkomunikasi antara kelompok yang berbeda aliran. Beliau juga menekankan pentingnya unsur pluralisme di kalangan Muslimin Indonesia diberikan perhatian, kerana Islam bukanlah asing kepada masyarakat Cina di Indonesia.
"Salah satu tolok ukurnya adalah hampir setiap Jumaat, paling tidak, seorang muallaf Cina datang memeluk agama Islam di masjid tersebut." Kata Willy Pengestu, walaupun Masjid Cheng Ho juga merupakan daya tarik kepada pelancong. Itu di Indonesia, sambuatan amat baik atas semangat Muhammad Cheng Ho yang menjadi idola umat Islam.
Sedangkan pada perjalanan kami di negara kelahiran Cheng Ho itu, sambutan di masjid-masjid kampung atau pekan kecilnya agak dhaif. Contohnya selepas kami melawat bandar Turfan yang penduduknya 70% Uighur Islam dalam negeri Xinjiang seperti yang disebutkan sebelum ini, maka masuk waktu zohor. Kami cari masjid di sebuah bandar. Masjidnya agak besar dan menarik. Ada gerai-gerai jualan untuk pelawat-pelawat.
Tetapi bila kami hendak berwuduk, bilik airnya berkunci, air tiada. Tiada orang bersembahyang jamaah pun. Lihat masjidnya, besar, cantik dan ramai pelawat pun. Dari kesan-kesan dalam masjid seolah-olah penghuninya cuma bersholat seminggu sekali sahaja. Mengapa jadi begitu?
Masjidnya agak besar, cantik dan ramai pelancong, tetapi nak sholat tidak dapat. Mengapa?
Gerai-gerai jualan di gerai yang di kawasan masjid. Penjual itu adalah seorang ibu dan dua anak. Anak perempuannya yang berbaju merah itu bernama 'Syuhadak'.
Kami ke masjid kecil di kampung lain pula.

Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 14
alamat e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos 05, 2010
Sumber Rujukan:
  • http://www.eastjava.com/news/2006/09/26/seri-masjid-di-indonesia-1-masjid-muhammad-cheng-ho-surabaya/
  • http://video.okezone.com
  • http://www.youtube.com

Sila lihat videoklip ini..











Siri ini...

1 comment:

Robbin Last said...



Saya telah mendengar tentang ini kosong kartu ATM untuk sementara dan aku tidak pernah benar-benar apa-apa faedah yang dibayar untuk itu karena keraguan saya. Sampai suatu hari, aku menemukan sebuah hacking pria yang dipanggil Mr. Michare, dia adalah benar-benar baik pada apa yang dia lakukan. Kembali ke titik, saya bertanya tentang Kosong Kartu ATM. Jika ia berfungsi atau Wujud. Mereka bilang Ya, dan yang satu kad diprogram untuk secara acak wang menarik diri tanpa disedari dan juga boleh digunakan untuk bebas dalam talian membeli apapun. Ini adalah mengejutkan dan aku masih punya keraguan saya. Lalu aku memberikan it a try dan meminta untuk kad yang ... ... dan setuju untuk mereka syarat dan kondisi. Berharap dan berdoa ia tidak palsu. Satu minggu kemudian, aku menerima kartu saya dan cuba dengan yang paling dekat mesin ATM dekat dengan saya, Ia bekerja seperti sihir. Saya dapat mengeluarkan sehingga $6000. Ini adalah luar biasa dan hari yang paling gembira dalam hidup saya dengan pacar saya Laurel. Setakat ini aku menjadi mampu untuk menarik diri sehingga $78000 tanpa apa-apa tekanan ditangkap. Aku tidak tahu mengapa aku posting ini di sini, aku hanya merasa ini mungkin membantu orang-orang kita perlu kestabilan kewangan. kosong ATM telah benar-benar mengubah hidup saya. Jika anda ingin menghubungi mereka, di Sini adalah alamat e-mel (job.blankatmcard@outlook.com). panggilan dan teks dia +2349030153850 ¿ Dan aku percaya mereka juga akan Mengubah hidup anda

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails