Nik Aziz berkata Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.
“Kadang-kadang tingkah laku pemimpin Umno mudah untuk dijangka, apa saja yang baik datang dari Kelantan pasti akan dibangkang habis-habisan oleh Umno.
“Sebut sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan Kelantan, berduyun-duyun pemimpin Umno menunjukkan cerdik memberi komen,” kata beliau dalam kenyaatan dikeluarkan hari ini.
Menurutnya, sejak PAS memerintah Kelantan pada tahun 1990 sehingga kini ada sahaja bangkangan yang dibuat kerajaan pusat.
“Cuti dua hari seminggu digelar sebagai ‘budaya pemalas’, akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya.
“Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru,” katanya.
Mursyidul Am PAS itu berkata, bantahan terbaru yang dibuat terhadap kerajaan Kelantan adalah mengenai penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham di negeri itu.
“Bila kerajaan negeri lancarkan penggunaan penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham, maka bersatulah pemimpin Umno untuk menghentam langkah ini.
“Ramadan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta kerajaan pusat dan pemimpin Umno menghentam kerajaan Kelantan,” katanya.
Nik Aziz juga mempersoalkan tindakan kerajaan pusat yang menghalang usaha kerajaan negeri Kelantan untuk membuat perubahan dalam pembangunan ekonomi negeri itu. “Saya ingin nyatakan, apa salahnya jika Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika kerajaan pusat atau pemimpin Umno enggan memulakannya, janganlah menidakkan usaha pihak lain,” katanya.
Beliau juga menegaskan bahawa penggunaan mata wang syariah bukan mata wang, tetapi hanya pengenalan kepada sistem pertukaran barang.
“Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini.
“Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan. Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.
“Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan bilion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti,” tegasnya.
Minggu lalu Nik Aziz melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham yang akan digunakan dalam transaksi seharian termasuk pembayaran gaji kepada kakitangan awam. Kira-kira 1,000 peniaga di bandar ini dilaporkan bersetuju untuk menerima dinar emas dan dirham perak dalam transaksi perniagaan mereka. Dinar dan dirham itu dikeluarkan oleh anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Kelantan Golden Trade.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan Datuk Husam Musa berkata pelancaran mata wang syariah tersebut adalah pengenalan kepada sistem pertukaran barang yang menggunakan dinar dan dirham itu.
Namun Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed mengingatkan kerajaan Kelantan tidak sewenang-wenangnya membuat peraturan baru seperti penggunaan mata wang syariah dinar dan dirham tanpa merujuk kepada pusat. Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa dinar emas dan dirham perak itu akan dijadikan sebagai mata wang alternatif adalah jelas melanggar peraturan Bank Negara.
Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata hanya Bank Negara yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini. (AK)
Lihat sebelum ini...
- Sokong Atau Tidak Dinar Kelantan? Klik Di sini..
- Dinar: Ibnu Hasyim Sokong Kenyataan Pemuda K'tan.
- Dinar K'tan: Najib Tolak Kepada BNM
- Husam Nafi Dinar Jadi Mata Wang Kedua
- Dinar K'tan: Indo, Portugis, Sepanyol, Belanda, Tu...
- Tok Guru, Husam, Dinar, M'sia, S'pura, Australia &...
- Tok Guru Lancar Dinar & Dirham K'tan, RM100,000 Di...
- Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang
- 'Dinar Emas' Pertemu Antara 2 Pimpinan Serambi Mekah
Umno akan terus membangkang apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu. pada pendapat saya ialah
ReplyDeleteUmno akan terus membanggangkan diri apa sahaja usaha baik yang dilakukan kerajaan negeri untuk rakyat di negeri itu.
huhuhu.... publisiti murahan...
ReplyDelete