Teo mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di sini siang tadi sejurus Nik Aziz memfailkan saman ke atas Petronas di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini. Minggu lalu Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mempertahankan tindakan Teo atas alasan ia tidak menyalahi ajaran Islam.
Teo ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu dengan Nik Aziz selain memperoleh pandangan jelas.
“Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.
“Beliau beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi,” kata wakil rakyat penggal pertama itu.
Menurutnya, dalam pertemuan itu juga Nik Aziz ada memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno. Kata Teo, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.
“Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia,” jelas Teo.
Pada 22 Ogos lalu, Teo berkunjung ke Surau Al-Huda di Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut dan menyampaikan ucapan atas jemputan jawatankuasa surau. Insiden itu bagaimanapun didakwa Umno dan Perkasa sebagai satu kesalahan dan mencemar imej Islam.
Teo menjelaskan, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.
“Saya masih menjalankan tugas saya sebagai Ahli Parlimen bila dijemput.
“Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat,” katanya. (AK)
Bodoh punya UMNO. Bongok punya Perkasa. Jahil nak mampuih!!
ReplyDelete