Friday, August 20, 2010

Pelik, Seorang Tentera Israel Mohon Suaka Politik Di Lubnan.

Gambar atas: Rafik Hariri bersama Hizbullah.

Republik Ceko 19 OGOS 10: Seorang tentera Zionis Israel, kini menjadi saksi baru kes pembunuhan ganas terhadap Mantan Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri, memohon untuk jadi suaka politik kepada Lubnan.

Tv Al-Alam
melaporkan, tentera Israel itu masa ini berada di Republik Ceko memohon suaka politik di Kedutaan Lubnan di negara ini. Akhbar Al-Deyar menulis, perkara yang sama, dan permohonan itu kemudian diserahkan ke Kementerian Luar Negara Lubnan. Menurut laporan tersebut, tentera itu akan bertolak terus ke Lubnan bila mendapat suaka politik dari Beirut. Dia mengaku mempunyai data berkenaan terhadap aksi teroris terhadap Rafiq Hariri pada tahun 2005 dan sedia menyampaikan di depan wartawan.

Belum lama sebelum ini, Pemimpin Hizbullah, Sayid Hasan Nasrullah dalam pidatonya mengungkap data kuat berkait keterlibatan Rejim Zionis Israel dalam kes teror Rafiq Hariri. Menyusul ungkapan itu, Perdana Menteri, Saad Hariri menilai pidato Sayid Hasan Nasrullah itu sangat penting dan vital. Ditekankannya pula bahawa pengadilan internasional perlu meneliti masalah yang diungkap oleh Sayid Nasrullah.

Akhbar As-Safir terbitan Lubnan 12 Ogos mengutip pernyataan Saad Hariri menulis, "Dengan kekuatan penuh saya menyambut proses penyelidikan baru tentang teror Hariri sampai proses penyelidikan tersebut berakhir." Dikatakannya pula, "Pidato Sayid Nasrullah merefleksikan pendapat majoriti warga Lubnan, mengandung informasi dan dokumen yang tidak boleh dipermudahkan."

Mantan Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri, terkorban akibat ledakan bom di Beirut pada tahun 2005. (Al-Alam/Dll/AK)

2 comments:

  1. apa yg peliknya? Iran, Hezbollah, Fatah, Wahabi adalah talibarut zionis. cuba kaji latar belakang Mahmoud Ahmadinejad. Siapa yg bekerjasama menjatuhkan krjnTurki Uthmaniyah dan Palestin klu x Putera Amir Faisal (saud), wikileaks pon mdedahkan kaitan Fatah dgn Zionis...

    ReplyDelete
  2. permainan politik.... aku rasa-rasalah. ada tahi di sebalik tunggul kayu lah...

    ReplyDelete