Lagi kes rumah urut dan pusat hiburan.. Wanita warga Thailand yang ditahan dalam operasi, kelmarin sebuah pusat refleksologi di Seri Kembangan.
KL OGOS9 10: Tarian poco-poco kini popular sebagai aktiviti senaman, namun di sebuah pusat hiburan di Taman Melawati, dekat sini, gerak tari berasal dari Indonesia itu dieksploitasi dengan unsur berahi untuk memancing pengunjung.
Sekumpulan penari wanita warga Indonesia bukan saja berpakaian seksi dan mempersembah aksi tarian separuh lucah, malah bahagian tertentu tubuh mereka boleh dipegang serta diraba pengunjung.
Shahrom berkata, serbuan itu dilakukan ketika pusat hiburan itu menganjurkan malam persembahan istimewa ‘ladies night’ atau malam wanita dengan pengunjung wanita diberi kemasukan percuma.
Menurutnya, serbuan dibuat selepas pihaknya mendapat maklumat berkaitan pusat hiburan itu menjadi tumpuan umat Islam meneguk minuman keras secara terbuka dan melakukan maksiat.
“Ketika serbuan, sekumpulan sembilan penari poco-poco warga Indonesia membuat persembahan. Mereka berpakaian seksi hingga menampakkan payu dara dan menari penuh ghairah sambil membiarkan tubuh diraba pelanggan lelaki.
“Cahaya samar-samar di pusat hiburan itu menimbulkan suasana ghairah dengan sebahagian besar pengunjung khayal melayan nafsu selepas meneguk minuman keras,” katanya ketika dihubungi.
Shahrom berkata, disebabkan sebahagian besar pengunjung pusat hiburan itu mabuk atau khayal pihaknya terpaksa membuat pengumuman terbuka bagi menyedarkan mereka.
Lebih mengaibkan, katanya, segelintir pengunjung wanita di pusat hiburan itu tanpa segan silu cuba menggoda anggota penguat kuasa Jais selepas masing-masing khayal akibat minum minuman keras.
“Kami difahamkan, penari poco-poco warga Indonesia yang membuat persembahan di situ pada setiap malam diupah khas pemilik pusat hiburan itu yang bukan beragama Islam.
“Tugas mereka bukan sekadar menari, tapi lebih penting, mereka sedia untuk diraba serta digomol pelanggan lelaki dan itu yang menjadi tarikan utama,” katanya.
Menurutnya, ketika disoal siasat pengurus pusat hiburan itu mendakwa premisnya tidak pernah dikenakan sebarang tindakan oleh mana-mana pihak berkuasa walaupun beroperasi lebih enam bulan di kawasan penempatan masyarakat Melayu itu.
Shahrom berkata, siasatan mendapati, ada ruang khas untuk ‘pengunjung istimewa’ memuaskan nafsu mereka, tetapi tidak beroperasi ketika serbuan.
“Hasil serbuan itu, Jais menahan sembilan pelanggan lelaki dan 13 wanita termasuk penari poco-poco selepas ujian ke atas mereka menunjukkan mereka positif mengambil minuman beralkohol. Mereka yang berusia 22 hingga 35 tahun kini disiasat mengikut Seksyen 18 (1), Enakmen Jenayah Syariah Selangor,” katanya.
Selain itu, katanya, 31 pelanggan beragama Islam lain diberikan bimbingan kaunseling susulan perbuatan mereka di pusat hiburan terbabit.
Shahrom berkata, Jais juga mendapatkan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) supaya memberi amaran kepada pemilik pusat hiburan itu supaya tidak membenarkan pelanggan beragama Islam memasukinya bagi mengelakkan ia menjadi sarang arak dan maksiat. (Sumber myMetro/AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Poco-poco, raba-raba, pusat hiburan maksiat dan segalanya tidak akan selesai selagi negara tidak melaksanakan Islam sepenuhnya seperti yang tercatat Islam sebagai Agama Persekutuan.
2 comments:
ustaz duduk depan PC jeee ... mcmana maksiat tak berleluasa.
maksiat berleluasa kerana ustaz duduk depan pc? adus! tolong panjangkan lirik supaya boleh lawan lagu bangau oh bangau
Post a Comment