Sunday, August 08, 2010

Rabbi Arthur Waskow Sokong Bina Masjid, Hentikan Asobiah..

Rabbi Arthur Waskow dalam sebuah rapat umum

Philadelphia Ogos8 10: SEKELOMPOK aktivis Yahudi dan tokoh masyarakat menyuarakan Sokongan mereka bagi membangun sebuah masjid yang dirancang dibina di Ground Zero.

Rabbi Arthur Waskow, dari Shalom Center yang berpusat di Philadelphia, bergabung dengan sekitar 30 pemimpin agama dan aktivis Yahudi lain pada Khamis lalu (5/8) di lokasi di mana Cordoba Initiative berharap tempat itu akan dapat dibina sebuah Islamic Center yang akan mencakup sebuah masjid, pusat olahraga, sebuah sekolah kuliner dan studio seni.

Waskow mengatakan pembangunan masjid akan membantu orang belajar lebih banyak tentang Islam.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Suatu contoh baik untuk rakyat Malayisa, hentikan perkauman asobiah, cari titik pertemuan. Elak perselisihan agama yang memang berbeda dari dulu lagi, namun keadilan tetap ditegakkan. Biar yang bertarung ialah kebenaran menentang kezaliman. (Era Muslim/AK)

2 comments:

Zulkifli Mohd Noor said...
This comment has been removed by the author.
Zulkifli Mohd Noor said...

Salam. Kita bukan melihat dari kacamata Assobiyah atau sebagainya. Tetapi kita melihat kenapa begitu lantang mereka menyokong pembinaan masjid di tapak semua orang tahu punca Afghanistan dan Iraq di serang. Inilah tempat bermulanya Islam di katakan sebagai 'terrorist'. Inilah tempaqt bermulanya Islam dipandang serong oleh masyarakat dunia.

Oleh sebab itulah mereka bersungguh-sungguh ingin sebuah masjid dan pusat Islam dibina disini supaya masyarakat dunia boleh terus mengenang Islam dengan pandangan serong.

Mereka boleh monitor siapa yang kerap dan rajin mengimarahkan masjid di sini. Mereka boleh mengintip setiap pergerakan dan tindak tanduk umat Islam di sekitar pusat Islam ini. kenapa tidak di bina synagog Yahudi di sini? Kenapa tidak di bina sebuah gereja Kristian di sini? Kuil Hindu atau Budha? Kenapa mesti masjid?

Inilah tipu helah puak Yahudi untuk memastikan Islam akan terus dipandang hina dan dituduh sebagai pengganas. Mereka akan berkata, 'LIHAT! Inilah tapak pengganas Islam meruntuhkan pusat dagangan New York dan kini mereka membina masjid di atas tapak runtuhan tersebut'. Inilah yang dikatakan sebagai masjid dhirar yang dibina di zaman Rasulullah oleh puak munafiq supaya Islam akan sentiasa dipandang hina dan memecah belahkan umat Islam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails