Thursday, August 12, 2010

Rai Hari Raya Bersama Tiger Beer


NILAI Ogos 12 10: Seorang pengunjung ke sebuah pasar raya Bandar Baru Nilai terkejut malam semalam bila mendapati tanda harga promosi istimewa pada minuman keras 'Tiger beer' dengan menggunakan ayat bertulis "Meraikan Raya Dinikmati Bersama", menurut Harakahdaily.net hari ini.

“Ini sungguh bercanggah dengan matlamat berpuasa dan berhari raya di mana umat Islam dilarang meminum minuman keras.” ujar pengunjung itu menerusi emel yang dihantar kepada Harakahdaily.

Beliau yang pergi dengan isterinya mempersoalkan adakah pihak pengurusan pasar raya itu tidak sensitif langsung pada umat Islam, seolah-olah umat Islam berbuka puasa atau beraya bersama Tiger beer. “Mengapakah pihak pengurusan pasar raya itu mengadakan promosi Tiger beer terutama pada bulan Ramadan? Walaupun Tiger beer dibeli oleh orang bukan Islam, tetapi mengapakah perkataan "Raya" diletakkan pada minuman keras tersebut?” soalnya.

Selain itu, soalnya lagi adalah lebih wajar dan bertanggungjawab jika pihak pengurusan pasar raya meletakkan Tiger beer tersebut di tempat berasingan atau khas bawah kategori 'non-halal' seperti pasar raya terkemuka lain di Malaysia.

“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphonenya. (AK)

Lihat sebelum ini..

No comments:

Post a Comment