KOTA BHARU 29 Ogos 10: BAYANGKAN kalau yang sedang terbaring di gambar di atas itu adalah anak anda, di bulan Ramadhan ini. Apa rasa anda?
Dia, seorang remaja berusia 15 tahun koma selepas kepalanya didakwa diketuk menggunakan cota oleh seorang anggota polis di Jalan Machang-Kota Bharu, kira-kira jam 2.45 pagi, pada 20 Ogos lalu.
Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.
Katanya, dia hanya mengetahui kejadian itu selepas isterinya, Maznah Ibrahim, 40, menghubunginya sambil memaklumkan anak mereka terbabit dalam kemalangan.
“Saya yang bekerja sebagai pemandu kereta sewa ketika itu dalam perjalanan untuk mengambil penumpang.
“Isteri menghubungi kira-kira jam 3 pagi memaklumkan kejadian itu dan saya bergegas ke Klinik Ketereh untuk melihat anak,” katanya ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.
Riduan berkata, pada mulanya dia tidak tahu punca anaknya mengalami kecederaan teruk itu sehingga diberitahu oleh rakan sebaya anaknya yang bersama-sama menaiki motosikal berkenaan. Katanya, mereka berdua ditahan polis ketika dalam perjalanan ke rumah, namun kedua-dua remaja terbabit enggan memberhentikan motosikal.
“Rakannya memberitahu, polis terbabit terus bertindak ganas memukul kepala Muhammad Raimie dengan sebatang kayu menyebabkannya jatuh tersembam ke atas jalan raya.
“Anak saya kemudian dihantar ke klinik itu sebelum dipindahkan ke HUSM untuk menjalani pembedahan akibat pendarahan otak,” katanya.
Berikutan kejadian itu, Riduan membuat laporan polis di Balai Polis Kota Bharu pada jam 11.41 pagi pada hari berkenaan. Selain itu, Riduan berkata, anaknya yang mula sedar selepas tiga hari terlantar koma masih tidak dapat bercakap.
Katanya, dia kesal dengan kejadian itu apabila anaknya terpaksa menderita teruk akibat tindakan anggota polis berkenaan. “Walaupun sedar, dia masih tidak boleh bercakap. Saya kesal dengan kejadian ini dan bercadang menuntut keadilan dengan mengambil tindakan undang-undang,” katanya. (AK)
Komen Blog Ibnu Hasyim: Harap pagar, pagar makan padi.. Pengendali keamanan, membuat rakyat tidak aman?
Kata Allah SWT.. Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, pesan-memesan dalam perkara kebenaran dan pesan-memesan dalam perkara kesabaran.
Pesan memesan dan suruh menyuruh.. supaya tegakkan kebenaran dan keadilan. Juga bersabarlah!
16 comments:
Sheikh, anta punya article ini dah keluar kat Malaysian Today. Tadi aku komen kata tak patut anak kita berumur 15 tahun keluar malam-malam. Lepas tu saya perhati link kat bawah nampak hamg punya. Wah.. hebat anta ni.. dah dapat perhatian RPK punya blog! :)
salah budak tuh jugakk lahh taknak bentikan motor..tapi polis tuh pun salah jugakk sbb hentak pakai cota..mak bapak pun salah jugakk sbb biarkan anak merayau pagi2 buta...
amboi, semua hang borong salah.. benda salah betul ni bukan boleh suka tunjuk, tapi kena ada hujah dan hakim.. yang penting, semua kena bertanggungjawab.. polis kena tanggungjawab bayar pampasan, walau RM3-4juta pun, kena bayar.. mak ayah kena bayar juga saman/denda klu anak naik motor tak ada lesen.. kena tgk la sapa yang bawak.. klu budak tu, 15 tahun mana layak mohon lesen lagi..
kita pun kena ambik iktibar.. tgk anak jiran/kengkawan.. jgn dok merayau tgh malam..
Kalau budak 15 tahun kurang hajar, Polis tua tua takda otak lagi kurang hajar tak mau ketinggalan samseng woo...
Jangan biarkan anak-anak mudah keluar malam. maklumlah malam malam butak banyak bahaya. apakan jadi kalau terserempak samseng, peragut, perompak, serta perogol. dan tak ketinggalan juga Polis samseng jalanan.
salam
yg nak kata budak salah, mak bapak salah, jawab soalan nie dulu
"macam nie punya kecederaan, mungkin kena dgn satu pukulan, atau dipukul bertalu talu?"
layak ker kesalahan tak nak berhenti motorsikal di pukul camni.
tak berhenti motorsikal ambil no plate, trace alamat rumah, cari dan saman. kalau nak bagi warning dtg la dgn kereta polis kasi budak gempak.
ini tak nak berhenti belasah sampai camnie. tembak kasi mati.
aku berdoa pd polis ini agar anak dia dibelasah camnie satu hari
bila jadi kejadian mcm nie, semuanya jadi kesalahan, baik polis maupun budak tu...tp, ingat kembali kisah budah mati kena tembak polis di selangor tu......Polis menjalankan kewajipan & jika pihak polis terlalu berhati2 dlm jlnkan tugas, kita org awam juga susah....di SURE punyalah budak tu tak pakai helmet....& kenapa la lari pula.....pasti jadi 'suspect' & polis bertindak la.....Ni sure jadi issue & dipolitikkan lah....& bagi si bapa pula, berpihak kepada kebenaran bukan untuk menutupi kebenaran.....
Menurut bapanya, Riduan Zawawi, 43, dalam kejadian itu, anaknya yang membonceng motosikal bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang dari kedai makan di Ketereh ke rumah di Kampung Galang, Pulai Chondong, Machang.
yg nak kata budak salah, mak bapak salah, jawab soalan nie dulu
"macam nie punya kecederaan, mungkin kena dgn satu pukulan, atau dipukul bertalu talu?"
layak ker kesalahan tak nak berhenti motorsikal di pukul camni.
tak berhenti motorsikal ambil no plate, trace alamat rumah, cari dan saman. kalau nak bagi warning dtg la dgn kereta polis kasi budak gempak.
bila jadi kejadian mcm nie, semuanya jadi kesalahan, baik polis maupun budak tu...tp, ingat kembali kisah budah mati kena tembak polis di selangor tu......Polis menjalankan kewajipan & jika pihak polis terlalu berhati2 dlm jlnkan tugas, kita org awam juga susah....di SURE punyalah budak tu tak pakai helmet....& kenapa la lari pula.....pasti jadi 'suspect' & polis bertindak la.....Ni sure jadi issue & dipolitikkan lah.
Etika kepolisian kini sudah tersasar dari yg sepatutnya dijadikan asas tindakan. Ini kerana seorg polis bebal yg bertindak diluar batasan sebenarnya menggambarkan kredibiliti maupun integriti pihak penguasa undang ini secara keseluruhan. Itu pandangan rakyat..
Ikut citer, bapak seorg pemandu teksi. Malam lagi..
Barangkali Ibu dan adik beradik rasa kelaparan. Maka itulah sebab dia keluar beli makanan untuk keluarga..
Walaupun polis dibayar gaji untuk mengesyaki, Polis tak seharusnya bertindak diluar batasan kerana dia tidak diancam oleh budak berdua nie ketika situasi itu.Jd, tak perlu hentak dia..
Etika kepolisian kini sudah tersasar dari yg sepatutnya dijadikan asas tindakan. Ini kerana seorg polis bebal yg bertindak diluar batasan sebenarnya menggambarkan kredibiliti maupun integriti pihak penguasa undang ini secara keseluruhan. Itu pandangan rakyat..
Kan...saya setuju dengan awak..tindakan polis buat mcam ni adalah tindakan yg salah.dan saya mendoakan agar keluargnya akan mengalami benda yg sama.baru dia akan rasa apa yg dy pernah buat dekat tge boy dan family boy ni..ingatlah hidup seperti roda..x nak mengaku salah..huhuhuhu..
Kan...saya setuju dengan awak..tindakan polis buat mcam ni adalah tindakan yg salah.dan saya mendoakan agar keluargnya akan mengalami benda yg sama.baru dia akan rasa apa yg dy pernah buat dekat tge boy dan family boy ni..ingatlah hidup seperti roda..x nak mengaku salah..huhuhuhu..
Betul la tu en.ali..kalau la mereka salah..trace no.motosikal dan ambil mereka ke balai..xperlu kot pukul mcm tu..dah la x bertnggungjawab..lepas pukul belah je mcm tu je..tak berhati perut langsung...nasib la org d kedai tu yg selamatkan bawa p hospital...tapi xpe..Ingatlah Allah ada..insha Allah..ada perbalsan untuk org yg x berhati perut mcm Dia..polis konon...tapi..pukul org..nak tunjuk gengstr...xde etika kerja ke
Post a Comment