يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُون [البقرة/183]
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
Umat Islam khususnya di zaman Rasulullah dan sampai sekitar 13 abad selepasnya sangat memahami esensi bulan Ramadhan. Di antaranya sebagai media pendidikan jihad melawan syahwat duniawi dan sekaligus jihad fi sabilillah.
Mengapa dikatakan bulan menang?
Sekurang-kurangnya 3 peristiwa kemenangan kaum Muslimin dalam menghadapi musuh, terjadi pada bulan Ramadhan..
Satu: Perang Badar Kubra yang terjadi pada 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah.
Dianggap perang terbesar dan kemenangan terbesar yang diraih kaum Muslimin sejak kemenangan tentera Thalut atas tentara kafirin Jalut beberapa abad sebelumnya. Menariknya, menurut riwayat, jumlah tentara Thalut sama dengan mujahidin yang terjun dalam peristiwa perang Badar Kubra yang dipimpin terus oleh Nabi Muhammad SAW, yakni sekitar 315 Mujahidin.
Allah abadikan kemenangan bersejarah itu dalam A-Quran antaranya...
وَاعْلَمُوا أَنَّمَا غَنِمْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَأَنَّ لِلَّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ إِنْ كُنْتُمْ آَمَنْتُمْ بِاللَّهِ وَمَا أَنْزَلْنَا عَلَى عَبْدِنَا يَوْمَ الْفُرْقَانِ يَوْمَ الْتَقَى الْجَمْعَانِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ [الأنفال/41]
"Dan ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan binus sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) di hari Furqaan. Iaitu di hari bertemunya dua pasukan, dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Yang dimaksud dengan hari Furqaan ialah hari pemisah antara kubu iman dan kubu kufur. Pertarungan antara iman dan kufur. Hari itu Allah menegaskan bahawa antara 'al-haq' dengan 'al-bathil' tidak akan bercampur lagi untuk selama-lamanya. Jika kubu kekufuran masih tetap saja melakukan kezaliman di muka bumi, khususnya terhadap kaum Muslimin, maka pertemuan di medan perang sukar dihindarkan! Hari Furqan adalah hari dimana Allah tegaskan bahawa al-haq itu pasti menang atas al-bathil, selama kubu al-haq itu sungguh-sungguh beriman kepadaNya.
Hari Furqan itu terjadi di wilayah Badar pada hari Jumaat 17 Ramadhan tahun ke 2 hijrah. Sebahagian mufassirin berpendapat, ayat ini mengsignalkan hari mula turun Al Qur’anul Karim pada malam 17 Ramadhan masa Rasul SAW berada di gua Hira’ sekitar 15 tahun sebelumnya. Sebab itu, kemenangan kaum Muslimin pada perang badar Kubra disebut sebagai awal kemenangan ideologi Islam atas ideologi kufur dan musyrik. Itu menang pertama.
Dua: Fathu Makkah yang terjadi pada tahun ke 8 Hijrah.
Fathu Makkah merupakan sebuah kemenangan besar ajaran tauhid dengan semua sistem syari’at atas ideologi, keyakinan, sistem hidup jahiliyah yang dipenuhi kekufuran, kemusyrikan dan kezaliman. Indikator kongkrit adalah dengan masuknya manusia berbondong-bondong ke dalam Islam.
Fathu Makkah adalah bukti tegaknya syariat Allah di muka bumi. Tidak ada lagi syari’at lain di negeri-negeri Islam dan masyarakat Islam selain syari’at Rabbul ‘Alamin. Semua sistem jahiliyah baik yang diciptakan sendiri mahupun peninggalan nenek moyang, telah hancur luluh berkeping-keping di hadapan syari’at Allah. Inilah kemenangan total dakwah Islam yang sebenarnya.
FirmanNya..
إِذَا جَاءَ نَصْرُ اللَّهِ وَالْفَتْحُ (1) وَرَأَيْتَ النَّاسَ يَدْخُلُونَ فِي دِينِ اللَّهِ أَفْوَاجًا (2) فَسَبِّحْ بِحَمْدِ رَبِّكَ وَاسْتَغْفِرْهُ إِنَّهُ كَانَ تَوَّابًا (3 [النصر/1-3]
"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepadaNya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."
Dalam surah An-Nashr ini, Allah menjelaskan kemenangan dakwah Islam dengan indikasi yang sangat jelas, iaitu berduyun-duyun masuk Islam dan menerima ajaran Islam sebagai manhajul hayah atau the way of life. Tegaknya hukum, aturan dan syari’at Allah di muka bumi yang dihuni kaum Muslimin. Sedang pemimpinnya adalah orang yang paling tinggi taqwa pada Allah. Tiada hal itu bererti belum menang lagi!
Kerana kemenangan itu bukanlah ketika orang beramai-ramai makin jauh dari nilai-nilai Islam. Atau malu menjadikan nilai-nilai Islam sebagai landasan perjuangan. Malu meninggikan syiar dan ajaran Allah Taala. Orang-orang seperti ini bukanlah orang yang sedang memperjuangkan Islam, melainkan berjuang untuk kepentingan duniawi ber'balutsalut'kan Islam.
Tiga: Ma'rakah (perang) Ain Jalut yang terjadi pada 24 bulan Ramadhan tahun 658 Hijrah.
Pada peperangan ini kaum Muslimin di bawah pimpinan seorang amir atau pemimpin yang sholih. Al-Muzhaffar Qutz yang berjaya menghancurkan pasukan Tartar di sebuah lembah di Negeri Palestin dikenal dengan nama Ain Jalut. Al-Muzhaffar menggunakan pendekatan 'bom syahid', bukan bukan bom bunuh diri seperti yang dilebelkan oleh puak-puak tidak siuman.
Ada peristiwa menarik mengenainya. Se waktu Al-Muzhaffar Qutz melihat moral tentera kaum Muslimin menurun akibat pukulan serangan luar biasa dari pasukan Tartar yang dikenal sangat tangguh lagi ganas itu, Al-Muzhaffar Qutz dengan idea bernas kreatif menciptakan yel-yel atau syi’ar. Al-Muzhafar memilih kata 'wa Islamah' bererti 'Oh Islamku'. Syi'ar yang mengingatkan tenteranya bahawa mereka bukanlah sedang mengejar harta kedudukan. Bukan pula sedang membela sejengkal tanah atas dasar nasionalisme.
Mereka kini sedang meperjuangkan Islam yang sudah diinjakpijak kesuciannya oleh pasukan Tartar penakluk Baghdad, ibu kota negara Islam waktu itu. Sebagai pemimpin dan panglima Mujahidin, Al-Muzhaffar Qutz bukan hanya melaungkan syi’ar yel-yel itu dari atas menara dan bangunan tinggi dengan membiarkan tenteranya bertempur mati-matian atas dasar menurut perintah dari al-qiyadah al-‘ulya atau pemimpin tertinggi... Tetapi beliau terus maju ke baris depan walau kudanya jatuh terkena panah musuh, dengan keyakinan yang kuat pada Allah, beliau terus menggempur musuh satu persatu.
"Jangan tuan bahayakan diri buat macam tu, kalau tuan mati bagaimana dengan Islam?" Kata tenteranya apabila melihat pimpinannya bertindak terus tanpa tunggangan. "Ini kuda kami, tuan tungganglah!"
"Saya sedang mencium aroma syurga, mengapa mesti lambat-lambat menujunya?" Jawab beliau walaupun tawaran itu agak logik. Itulah strategi 'bom syahid' seperti diamalkan oleh mujahidin-mujahidin sekarang, yang ternyata menakutkan musuh-nusuh Allah. Sebenarnya Islam itu memiliki Pelindung yang senantiasa menjaganya, walaupun majahidnya jadi syuhadak satu persatu. Telah meninggal Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali, namun, Allah tetap menegakkan dan memelihara agamaNya. Inilah tauladan seorang pemimpin sebenar.
Tidak silau dengan berbagai fasiliti duniawi, bila dan di manapun. Di bawah pemimpin seperti inilah mujahidin mampu mengalahkan dan menghancurkan pasukan Tartar dalam Ma`rakah Ain Jalut yang sangat terkenal itu.. dan dikenang sepanjang sejarah umat Islam yang tercium aroma harum semerbak sampai akhir zaman. Semua kemenangan dan pertolongan Allah kepada kaum Muslimin sepanjang sejarah Islam itu tidaklah datang tanpa sebab begitu sahaja. Perlu ada usaha mewujudkan sebab-sebab turunnya. Tentu ada rahsianya.
Apa Rahsianya?
Sekurang-kurangnya 5 sebab. Antaranya..
Satu: Kekuatan iman kepada Allah.
Allah berfirman..
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ آَمَنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ ثُمَّ لَمْ يَرْتَابُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أُولَئِكَ هُمُ الصَّادِقُونَ [الحجرات/15]
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. Mereka Itulah orang-orang yang benar."
Iman telah menciptakan banyak keajaiban. Sahabat Rasulullah SAW memenuhi hati mereka dengan iman dan merasakan betul lezatnya keimanan itu. Dengan kekuatan iman kepada Allah Rabbul `Alamin, jalan ladang dakwah yang terjal terasa menjadi mulus lulus, dan yang sulitpahit terasa mudah. Kerana iman dan pengenalannya yang benar tehadap Penciptanya, maka seorang Mukmin tidak mengenal putus asa. Dengan iman ia tidak pernah dilemahkan oleh gelombang fitnah dunia, harta dan jabatan.
Dengan iman ia tegas tegar laksana karang di laut, dan gunung di darat. Itulah yang sudah ditunjukkan oleh Shahabat-sahabat Nabi, Bilal bin Rabah, Khabbab bin Arts, keluarga Yasir, Khubaib bin Adi dan banyak lagi sahabat lain Ridhwanullahi `alaihim (RA). Kerana keimanan itulah Allah turunkan banyak pertolongan dan kemenangan kepada mereka mengatasi musuh-musuh mereka.
Sebagaimana Allah berjanji dalam kitabNya yang mulia..
إِنَّا لَنَنْصُرُ رُسُلَنَا وَالَّذِينَ آَمَنُوا فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ يَقُومُ الْأَشْهَادُ [غافر/51]
"Sesungguhnya Kami pasti menolong Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari kiamat)."
Kerana itu sudah sepatutnya kita mengharap petunjuk Allah, beriman kepadaNya dengan keimanan yang sungguh-sungguh. Sehingga kita dapat rasa nikmatnya yang akan mengangkat kita ke maqam tinggi dan mulia..
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ [آل عمران/139]
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati. Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman."
Benarlah Rasulullah SAW saat beliau bersabda, "Ada 3 hal yang apabila dimiliki oleh seseorang maka ia akan rasa manisnya iman;
(ii) jika ia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah dan
(iii) ia membenci kekufuran sebagaimana ia benci jika dilemparkan kedalam api"
Dua: Adanya tauladan baik (qudwah hasanah) dari seorang pemimpin.
Allah Ta`ala telah menjadikan RasulNya Muhammad SAW sebagai pemimpin umat manusia, memerintahkan beliau menjadi tauladan bagi mereka dalam semua segi kehidupan. Sebab itu, Allah juga memerintahkan kaum Muslimin untuk mencontohi beliau. Kemenangan dan kejayaan yang diperoleh kaum Muslimin sepanjang sejarahnya sangat ditentukan oleh tauladan yang diperlihatkan oleh pemimpin mereka.
Baik dalam ibadah, akhlaq dan perilaku, dalam zuhud dan warak terhadap dunia, tauladan dalam jihad dan pengorbanan, dalam memegang teguh prinsip, dalam sabar dan pemaaf atau lain-lain. Inilah yang diperlihatkan oleh Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali bin Abi Thalib RA sepeninggalan Rasul SAW. Kemudian diperlihatkan pula oleh Umar bin Abdil Aziz, Shalahuddin Al-Ayyubi, Al-Muzhaffar Qutz, Muhammad Al-Fatih.
Demikian pula yang diperlihatkan oleh pemimpin di masa kini seperti Imam Hasan Al-Banna, Sayyid Quthb, Mustafa As-Siba`i, Syaikh Abdullah `Azzam, Syekh Ahmad Yasin dan tokoh-tokoh lain yang menjadi teladan kebanggaan umat dan pemuda Islam masa ini. Kalau di Malaysia ada Ustaz Fadzil Mohd Noor, pemimpin PAS. Dengan contoh tauladan itulah umat bangkit, panji-panji Islam menjulang di seluruh pelosok negara, izzah Islam dan kaum Muslimin tegak, pertolongan dan bantuan Allah turun kepada mereka.
Contoh zaman ini, Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah...
Suatu hari utusan dari Duta Inggeris datang berkunjung ke Markaz Ikhwanul Muslimin untuk bertemu dengan Imam Hasan Al-Banna Rahimahullah. Utusan itu berkata kepada beliau, "Pemerintah Inggeris mempunyai program untuk membantu organisasi agama dan masyarakat.. Dan salah satu yang terpilih untuk dapat bantuan itu ialah organisasi tuan... Kami beri bantuan tidak bersyarat, ini cek sejumalah 10,000 pound untuk bantu jamaah Ikhwanul Muslimin"
"Kamu lebih perlu wang itu dari kami, kerana kamu sedang berperang.." kata Imam Al-Banna yang tersenyum mendengar tawaran itu.
Utusan Inggeris itu menambah lagi jumlah tawarannya, namun tetap ditolak. Sebahagian ahlinya kehairanan dan saling berbisik, "Fasal apa kita tak terima saja wang itu, kita guna untuk lawan mereka balik?"
Lalu Imam Al-Banna menjelaskan dengan tegas, "Sesungguhnya tangan yang sudah terbuka tidak mungkin lagi ditutup, tangan yang sudah menerima bantuan tidak akan mampu lagi memukul. Kita akan berjihad dengan harta dan jiwa kita sendiri, bukan dengan harta dan jiwa orang lain.."
Tiga: Cinta jihad dan mati syahid.
Jihad adalah amal paling utama di sisi Allah. Ia adalah puncak ajaran Islam (zarwatu sanamil Islam). Allah memuji para mujahid dengan pujian tinggi dan menjanjikan kepada mereka balasan yang melimpah-limpah di syurga. Di sana terdapat sesuatu yang belum pernah dilihat mata, belum pernah didengar telinga dan sesuatu yang belum pernah terlintas dalam benak manusia. Kaum Muslimin disepanjang sejarah bersepakat bahawa jihad adalah amal yang di syariatkan Allah sampai hari kiamat dan dipraktekkan oleh Sahabat, Tabi’in, Tabi’ittabi’in dan siapa saja setelah mendapat hidayah.
Dengan amal jihad ini kaum Muslimin menegakkan syariat Allah, menegakkan keadilan, membela kehormatan agama, tanah air dan diri mereka serta mengangkat kezaliman yang menimpa umat manusia. Dengannya kehormatan dibangunkan untuk ganti kehinaan. Kekuatan ditegakkan untuk ganti kelemahan. Keadilan ditegakkan untuk ganti kezaliman. Kaum Muslimin juga memahami tidak ada kematian yang lebih mulia dibanding orang yang mati syahid.
Seperti yang dijelaskan Allah SWT..
وَلَا تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ قُتِلُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَمْوَاتًا بَلْ أَحْيَاءٌ عِنْدَ رَبِّهِمْ يُرْزَقُونَ [آل عمران/169]
"Janganlah kamu mengira bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki."
Dalam sebuah peperangan, Rasulullah berkata kepada sahabatnya, "Bangkitlah kamu menuju syurga yang luasnya seluas langit dan bumi".
"Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi?" tanya Umair bin Hammam Al-Anshari RA.
"Ya!" jawab Rasulullah.
"Kalau begitu bagus, bagus.." sahut Umair.
"Mengapa kau kata bagus, bagus?" tanya Rasulullah.
"Ya Rasulallah, aku ingin menjadi penghuninya".
"Engkau salah satu penghuninya." Jawab Rasulullah.
Mendengar jawapan itu, waktu itu juga ia mengambil korma dalam bekas yang hendak dimakan, lalu berkata: "Kalau aku perhabis korma ini, lama lagi aku hidup..." Dilemparkan korma itu lalu terjun ke medan jihad.. dan Umair pun meraih syahid.
Dalam riwayat lain, sahabat Anas bin Malik RA berkata, " Abu Thalhah RA membaca surah Baro`ah, ketika sampai ayat :
انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُون َ (التوبة/41)
"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan mahupun berat, dan berjihadlah kamu dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui."
Setelah itu ia berkata, "Menurutku, Allah perintah kita untuk berangkat ke medan jihad, baik pemuda mahupun orang tua. Ya anakku! Persiap bekalku, untuk berangkat berjihad.."
"Semoga Allah rahmati ayah." Kata anak-anaknya. "Ayah telah ikut berperang bersama Rasulullah SAW hingga akhir hayat beliau. Bersama Umar hingga akhir hayat beliau.. Ayah! Biarlah kami pula yang berangkat sementara ayah tinggal di rumah"
"Tidak!" tegas Abu Thalhah, "Persiap bekal ayah untuk berangkat." Maka sahabat Rasulullah yang mulia inipun berangkat dan bertempur di lautan. Meninggal di tengah laut. Setelah 7 hari baru jumpa pulau untuk kuburkan jenazahnya. Rupanya setelah 7 hari itu jenazah Abu Thalhah masih tidak berubah dan tidak membusuk..
Empat: Cinta 'Balik kampung' di negara Akhirat
تِلْكَ الدَّارُ الْآَخِرَةُ نَجْعَلُهَا لِلَّذِينَ لَا يُرِيدُونَ عُلُوًّا فِي الْأَرْضِ وَلَا فَسَادًا وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِينَ [القصص/83]
"Negara akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak mahu sombong diri dan berbuat rosak di (muka) bumi.. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa."
Imam Ali bin Abi Thalib RA berkata, " Wahai dunia, perdayalah orang selain aku, wahai dunia, aku menjatuhkan thalaq tiga kepadamu. Setelah itu beliau membaca ayat diatas [Al-Qashash : 83]
Kenapa generasi Islam terdahulu berhasil menthalak tiga dunia? Di mata, fikiran dan hati mereka, ingin cepat-cepat 'balik kampung' di akhirat. Sejarah mengajarkan pada kita bahawa interaksi mereka dengan Al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Itulah kunci rahsianya. Dunia ini adalah tempat tinggal sementara. Tempat ujian, cubaan dan pada hakikatnya adalah ladang Akhirat. Tanam kebaikan hari ini untuk memetiknya esok di hari akhirat, bukan di dunia ini.
Contoh terdekat, pahala dan kebaikan di dunia bagai 'duit smpanan' untuk dibayar kepada sekatan laluan tol-tol di akhirat. Tiada duit macam mana nak lepas tol? Hidup kita ini adalah untuk akhirat, bukan untuk kehidupan dunia itu sendiri.
Allah menjelaskan..
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ [ الملك 2]
"Dzat yang menciptakan kematian dan kehidupan agar Dia mengujimu siapa dari kamu yang paling baik amalnya dan Dia Maha Perkasa lagi Maha pengampun."
Para sahabat sangat memahami hal tersebut. Oleh kerana mereka berjuang kuat membuang jauh-jauh dunia dari hati mereka, meski mereka memiliki harta dunia yang memenuhi bumi. Abu Bakar RA pernah membawa seluruh hartanya sebagai bekal kepada mujahidin dalam jihad fi sabilillah. Ketika Nabi SAW bertanya, “Mana baki yang tinggal untuk keluargamu?”
"Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan RasulNya” Jawab Abu Bakar.
Khalifah (Perdana Menteri kalau di Malaysia) Umar RA mengunjungi rumah Menteri Besarnya Abu Ubaidah binul Jarrah RA di Syam. Khalifah hanya melihat pedang, perisai dan tombak sahaja di rumah itu.
Ketika Rasul SAW menyiapkan dana untuk operasi tentera, Abdurrahman bin Auf RA pulang ke rumahnya dan segera kembali semula, katanya, “Ya Rasulallah, saya mempunyai wang 4,000 dinar.. 2,000 aku pinjamkan kepada Allah, dan 2,000 aku tinggalkan untuk keluargaku”.
"Semoga Allah berkahi yang kamu beri. Dan berkahi pula, apa yang kamu tinggalkan.“ Jawab Rasul.
Jadi kesimpulan dari kisah-kisah ini, kita lihat sahabat-sahabat Nabi SAW telah membebaskan diri dari kekuasaan dunia dengan segala daya tariknya. Mereka hanya tunduk, patuh, serah dirinya kepada Allah, dan cinta negeri akhirat. Maka Allah berkenan memuliakan mereka, menolong dan membantu mereka atasi musuh-musuhnya.
Kalau kita ingin meraih apa yang telah dicapai para sahabat Nabi, syaratnya adalah kita perlu membuang cinta dunia dari dalam hati kita sejauh-jauhnya. Kita memiliki dunia sebanyak hamparan padang pasir, kemudian kita bangun orientasi semua aktiviti kita untuk kepentingan akhirat sahaja.
Lima: Tolong agama Allah sungguh-sungguh.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ [محمد/7]
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu."
Rasulullah SAW bersabda :
تكـفـّلَ الله لمن جاهد فى سبيله لا يخرجه من بيته إلا الجهاد فى سبيله و تـَصْدِيقُ كلمتِه أن يدخله الجنة أو يَرُدّ َه إلى مسكنه بما نَالَ من أجرٍ أو غنيمةٍ [ الشيخان]
"Allah menjamin seseorang yang berjihad fi sabilillah. Keluar rumahnya tidak lain hanya bertujuan untuk berjihad.. Dan untuk membuktikan kebenaran janjiNya, bahawa Allah akan memasukkannya ke dalam syurga, atau mengembalikan ia ke rumahnya yang telah ditinggalkannya, dengan membawa pahala atau ghanimah yang ia dapat."
Bersungguh-sungguh membela agama Allah adalah salah satu akhlaq para sahabat yang menyebabkan mereka mendapat bantuan dan pertolongan Allah. Para sahabat mendengar sendiri Firman Allah dan sabda RasulNya. Melihat terus praktik Rasulullah tentang hal ini, seperti yang ditegaskan Allah dan Rasul-Nya dalam ayat dan hadits di atas.
Mereka menyaksikan Rasulullah secara terang-terangan mengamalkan perintah Allah. Aktiviti inilah yang sangat menyibukkan beliau siang dan malam, susah dan senang, di saat safar atau di rumah, bila dan di manapun. Kerana itu para sahabatpun bergerak menjalankan kewajiban ini, mereka curahkan seluruh perhatian untuk membela agama Allah. Mereka mencintainya, menyibukkan diri dengannya dan menjadi kesiasaan dalam cakap-cakap mereka semasa bangun, serta mimpi mereka semasa tidur..
Inilah salah satu gambaran kesungguhan mereka membela agama Allah. Mereka datang jauh dari Madinah ke Mesir untuk mendakwahkan Islam di benua hitam tersebut. Sahabat Amru binul Ash datang ke Mesir untuk mendakwahkan Islam kepada penduduknya. Menyelamatkan mereka dari jilatan api neraka dan meninggikan kalimat tauhid La Ilaha Illallah.
Penguasa Mesir dari bangsa Romawi yang berkuasa masa itu bernama Muqauqis. Dia sedar betul pertempuran dengan kaum Muslimin tidak dapat dielakkan lagi. Sebelum berlaku perang Muqauqis mengirim utusan kepada Amru binul Ash untuk berunding. Panglima Amru binul Ash mengutus 10 orang sahabat terkemuka yang dipimpin oleh Ubadah bin Shamit RA. Beliau adalah seorang yang sangat hitam, berpostur tinggi dan disegani.
Ketika utusan Muslimin itu sampai, Muqauqis agak takut dan berkata: "Jauhkan orang saya dari orang hitam ini (Maksudnya, Ubadah bin Shamit)! Dan suruh orang lain ke depan dan bercakap dengan saya."
"Lelaki ini adalah seorang sahabat Nabi yang mulia. Beliau adalah yang paling alim diantara kami. Beliau diangkat menjadi pemimpin kami dan kami diperintah untuk merujuk kepada perkataan dan pendapatnya. Bagi kami orang hitam atau putih sama saja, hanya taqwa dan amal sholih seseorang, yang unggul dari yang lainnya." Jawab delegasi Muslimin itu.
Ubadah berkata, setelah mendapat isyarat bercakap dari Muqauqis..
"Sesungguhnya dibelakang saya ada 1,000 orang lagi sahabat saya yang serupa dengan saya, bahkan mereka lebih hitam dibanding saya. Kalau kamu melihat mereka, kamu pasti lebih takut kepada mereka daripada saya.. Sungguh saya telah dilantik sebagai ketua dan saya telah meninggalkan semua kesenangan dunia. Namun demikian, dan segala puji hanya bagi Allah, saya tidak pernah takut berhadapan dengan 100 orang musuh meskipun mereka menyerang saya serentak
Sahabat-sahabat saya adalah orang-orang yang memiliki misi yang sama, iaitu jihad fi sabilillah demi tegaknya kalimat Allah. Demi Allah.. Tidak seorangpun di antara kami yang peduli apakah ia memiliki segudang emas atau hanya memiliki satu dirham saja. Sungguh bagi kami kenikmatan duniawi bukanlah sebuah kenikmatan dan kemegahannya bukanlah kebanggaan. Itulah prinsip yang diajarkan Allah dan RasulNya kepada kami"
Kata-kata lantang ini sangat berpengaruh dalam diri Muqauqis. Ia berkata kepada orang-orang sekelilingnya, "Saya yakin orang-orang ini akan menguasai seluruh negeri di muka bumi ini!"
Sambung Muqauqis lagi, "Saya telah dengar kata-kata tuan, cuma saya masih yakin tujuan tuan-tuan berperang hanyalah kerana kecintaan tuan terhadap dunia. Pasukan Romawi dengan jumlah sangat banyak telah bergerak untuk memerangi kamu dan kami lebih memilih berdamai dengan kamu. Kami akan memberikan 2 dinar kepada setiap tentera kamu. 100 dinar untuk setiap ketua kamu serta 1,000 dinar untuk Khalifah kamu. Ambillah semuanya! Dan kami tidak ingin melihat kamu dihancurkan oleh pasukan Romawi itu."
"Tuan! Jangan sekali-kali tertipu dengan orang sekeliling tuan." Jelas Ubadah bin Shamit. "Ancaman yang kamu ucapkan tidak akan menyurutkan langkah kami. Harta kamu yang melimpah ruah takkan membuat kami berpaling. Jika anda berperang hingga tetes darah kami terakhir, hal itu justru lebih baik bagi kami. Demi negeri akhirat kami dan itu lebih memungkinkan kami mendapatkan ridha Allah dan syurgaNya yang penuh kenikmatan..."
"Sepanjang hari, pagi dan petang setiap orang dari kami selalu berdoa memohon dengan penuh harap kepada Allah. Mengharap agar Dia anugerahkan syahid dan agar Allah tidak mengembalikan setiap kami ke tanah air atau kepada sanak keluarga kami.. Kamu hanya ada tiga pilihan. Masuk Islam, membayar jizyah atau perang. Inilah yang diperintahkan Khalifah dan ketua kami. Demikian pula yang diperintah oleh Allah dan RasulNya kepada kami.." Tegas Ubadah.
"Tidak adakah pilihan selain tiga hal itu?" Muqauqis bertanya.
Ubadah bin Shamit menunjukkan jari tangannya ke arah langit sambil berkata, " Demi Rabb langit, tidak ada lagi. Pilihlah salah satu dari ketiga hal itu untuk kamu."
Muqauqispun tunduk, tetapi para elite kepemimpinan lain tidak menerima. Akhirnya mereka terjun dalam peperangan dengan semangat orang-orang kalah. Ketika kaum Muslimin menguasai benteng-benteng mereka di bawah kumandang takbir, tahta kekaisaran Romawipun seolah berguncang hebat. Lalu, kesombangan bangsa Romawipun hancur di tangan mujahid Muslim yang menjual nyawa dan harta untuk agama Allah demi kepentingan akhirat mereka.
"Jika kaum ini berhadapan dengan gunung-gunung kokoh dan tinggi menjulang pun, niscaya mereka mampu melenyapkan gunung-gunung itu dari tempatnya" Komen Muqauqis.
Izzah Imaniyah seperti inilah yang mengangkat kaum Muslimin ke puncak kejayaan, dulu, sekarang, akan datang dan selamanya.
Sekian, catatan santai sempena menyambut Ramadhan kali ini. As-salamu 'alaikum.
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Ogos10, 10
izinkan saya post dlm fb sy...
ReplyDeleteSaya izinkan. Al-hamdulillah.
ReplyDeleteSaya izinkan. Al-hamdulillah.
ReplyDelete