KL. Ogos 1 10: Polis mengempur dan menahan 30 peserta kempen nyalaan lilin di Padang Timur di sini malam ini, program yang diadakan untuk mendesak agar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan di Petaling Jaya.
Empat orang lagi ditahan di Pulau Pinang dan seorang di Ipoh. Antara mereka yang ditahan di sini ialah Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) Syed Ibrahim Syed Noh dan ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shaharin — menyertai kempen itu yang dianjurkan sempena lima dekad kerajaan menguatkuasakan ISA.
Daripada 30 orang yang ditahan di Petaling Jaya, 22 adalah lelaki dan lapan perempuan. Mereka ditahan oleh sepasukan lebih 30 anggota Pasukan Simpanan Persekutuan. Kempen itu bermula pada pukul 8 malam di Padang Timur, serentak di beberapa lokasi di seluruh negara.
Sementara itu di Pasir Salak, Perak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini dan seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.
Tangkapan turut dilakukan terhadap mereka yang memakai pakaian beridentitikan penganjur program. Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah. Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya sebagaimana yang dijadualkan. Wan Rohaimi adalah peguam yang memenangkan kes saman Felda oleh para peneroka Kemahang 3.
Pihak polis mengetatkan kawalan sekitar kawasan itu termasuk mengadakan sekatan jalan raya sekitar jam 3.00 petang bagi menghalang orang ramai daripada memasuki tapak himpunan. Dua buah trak Black Maria turut kelihatan berada di situ.
Anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga sudah berada berhampiran kawasan himpunan itu. Para hadirin termasuk mereka yang keluar pada waktu rehat sebelum ini juga tidak dapat memasuki kawasan itu khususnya bagi mengikuti majlis penutup yang dijangka dirasmikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu petang ini.
Ekoran situasi itu, Mohamad Sabu juga terhalang daripada merasmikan majlis penutup itu. Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyifatkan himpunan kali pertama itu mencapai matlamat melalui pembentangan dua kertas kerja. Pembentang termasuk oleh aktivis Felcra Lubok Sireh, Razi Mustafa serta ucaptama oleh Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan ulasan isu oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim.
Beliau berkata, ekoran tindakan pihak keselamatan yang mengepung kawasan himpunan, suasana yang tidak mengizinkan, 30 orang telah ditangkap, nasib orang awam dan para peniaga membimbangkan, maka majlis ceramah perdana pada malam ini yang melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub dan Mohamad Sabu dibatalkan.
Polis terus menggempur, melibatkan lebih 60 ditahan setakat ini. (AK)
No comments:
Post a Comment