Tuesday, August 03, 2010

Sidang DUN Perak Pun Bermula... Kecoh Lagi?



IPOH OGOS 3 10
: PERSIDANGAN Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis. Polis telah mengadakan kawalan di sekitar laluan masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan sejak awal pagi tadi.

Persidangan bermula pada 10 pagi. Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan semua ADUN BN, DAP, PKR, PAS dan Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing. Speaker Datuk R Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula. Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh.

Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk. Ganesan juga mengingkat semua ADUN bahawa mereka perlu menghormati keputusannya selaku yang dipertua dan menghormati segala etika dan tatasusila dewan ketika berdebat.

Beliau sejurus itu mengarahkan kamera Nga Kor Ming dirampas apabila mendapati ADUN Pantai Remis itu merakamkan sidang dewan. Rakan-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar. (2MA)

1 comment:

  1. I would like to exchange links with your site www.ibnuhasyim.com
    Is this possible?

    ReplyDelete