Wednesday, August 04, 2010

Sokong Longgarkan Perkahwinan Pelajar Bawah Umur -Dr Mohd Hasyim

Apakata Shahrizat?

KL. OGOS4 10: WEBLOG Ibnu Hasyim menyokong keputusan kerajaan negeri Melaka 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka untuk berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah.

Bagi tujuan berkenaan, semalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

"Ini baik dan sesuai dengan kehendak agama Islam. Bukan mengarut.. bukan kembali ke zaman silam, bahkan 'perkahwinan kanak-kanak' pun dibolehkan dalam agama, bukan seperti yang dituduh dan dipermai-mainkan oleh sebuah NGO kepada Reuter.." Kata editornya Dr Mohd Hasyim sebentar tadi.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Melaka sebelum ini mengumumkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung di Jasin yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri. Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkhawinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”.

Menurut perangkaan jumlah hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008. Sebelum ini blog Ibnu Hasyim menyiarkan berita 'Sekolah Hamil Anak Haram Akan Didirikan Di Melaka.' dan memberi komen..

"Tidak ada undang-undang melarang berzina, yakni boleh bila suka sama suka di Malaysia. Bila berlaku perzinahan, lahirlah anak. Kerana tidak mahu anak maka dibuanglah! Kalau hendak selesaikan masalah ini, adakan peraturan larangan berzina seperti yang ditetapkan oleh agama rasmi negara ini.

Adakan peraturan 'jangan dekati zina', yakni mencegah 'kemungkinan dekat dengan zina' yang melibatkan media kerajaan, suasana sekeliling dan lain-lain, bukan salahkan ibubapa sahaja. Ini yang kerajaan BN kena faham!"

By ASYOK KUMAR.

Lihat sebelum ini..

1 comment:

Anonymous said...

inilah kerajaan malaysia.. bertindak pakai kepala lutut.. dari dulu lagi aku perhatikan ..kementerian pendidikan bukan seperti institusi pendidikan. Aku rasa kebanyakan tindakan dan peraturan dibuat berasaskan kepentingan politik dan bukan untuk mendidik. Pendidikan memerlukan proses yang teratur lengkap dengan objektif dan matlamat . Pernahkah mereka terfikir apa kesannya terhadap 'sistem mendidik' dari segi revenuenya jika perkara perkara ini di amalkan..dibiarkan... akhirnya akan wujud 'masyarakat bercelaru' yang terdiri dari 'manusia berotak kambing' yang mudah di eksploitasi oleh para pemimpinnya untuk kepentingan mereka..Beginilah sistem pendidikan di urustadbir oleh kerajaan kini...yang lahir ialah ,masyarakat yang tiada kualiti seperti mat rempit , anak derhaka dan sebagainya.. pastu mula nak fikir cara cara mengatasi dengan tindakan tindakan yang bodoh...umpamanya seperti adakan litar untuk menangani isu rempi atau adakan sekolah hamil untuk yang terlajak..so... para pemikir sistem pendidikan.. amanahmu besar.. saham doasa anda tinggi jika anda mentadbir secara membabi buta... berundurlah kalau rasa tak mampu...kurang sikit dosa tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails