KOTA BARU, 28 Ogos — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mempertahankan tindakan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat Surau Al-Huda, Kajang Sentral, Ahad lepas.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Parlimen tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.
“Tidak salah orang bukan Islam termasuk wanita masuk dalam masjid sama ada untuk berucap atau apa sahaja asalkan berpakaian sopan bagi bukan Islam dan menutup aurat bagi orang Islam,” kata Nik Aziz (gambar) kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas tindakan Anggota Parlimen DAP itu yang menyampaikan sumbangan dan tazkirah di ruang solat utama surau terbabit.
Tindakan Teo itu menimbulkan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menitahkan Majlis Agama Islam Selangor menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas pengurusan surau tersebut.
Mengulas lanjut, Nik Abdul Aziz berkata tindakan itu dilihat ganjil kerana umat Islam sekarang terlalu jahil dengan agama sedangkan pada zaman Nabi Muhammad SAW baginda mengajak orang kafir Quraisy tinggal di dalam masjid termasuk dibenar tidur, makan dan minum.
“Cuma apa yang dilihat (benda) itu sebagai pelik di zaman ini menunjukkan umat Islam kita terlalu jahil dengan agama,” katanya.
Nik Abdul Aziz sebelum itu hadir berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 174 penghuni rumah anak yatim Puteri Harapan Taman Sabariah. — Bernama
3 comments:
hmm.. aku tak tau la..pandai betul DAP (orang kafir) ni punya strategi nak pecah belahkan Islam kat Malaysia ni.. Diaorang ni macam Yahudi, strategi cukup kemas dan tersusun, memang alasan nak bagi bantuan kepada surau. Yang kita ni dek kerana sumbangan yang tak seberapa sanggup bercakaran. Kalau kat Indonesia dek kerana secupak beras agama Islam sanggup digadaikan.
Akhir sekali orang Islam yang berpecah belah. Yang ni kata boleh & yang ni kata tak boleh walaupun dengan hujjah & dalil yang kuat.
Aku menyeru mari kita sama-sama buat Solat Istiharah untuk Allah bagi kita petunjuk jalan kebenaran, rak kira pemerintah atau pembangkang yang betul. Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
Aku tak menyokong mana-mana parti BN atau PR tapi demi kepentingan agama Islam yang semakin berpecah belah dek strategi yang begitu halus dilakukan oleh musuh-musuh Islam yang nak tengok kita berpecah belah, satu demi satu isu dimainkan sehingga kita berpecah belah senangkan mereka dalam hati berkata 'PADN MUKA KO ORANG ISLAM'.
Wahai Umat Islam, sedarlah dan bangkitlah dari tidur. Kita sekarang sedang dilagakan, saling caci-mencaci.
Akhir sekali aku ada satu Hadith yang perlu kita semua renungkan, Hadith tersebut berbunyi begini:
Diceritakan oleh Abu Hurairah r.a. bahara Rasulullah S.A.W. bersabda "Apabila umat-umatku mementingkan hanya dunia maka hati mereka luputlah dari mencintai Islam; dan apabila mereka berhenti daripada mendakwah kebenaran, maka luputlah mereka itu dari rahmat Allah; dan apabila mereka caci-mencaci catu sama lain, mereka tidak akan lagi dipandang Allah" (Riwayat al-Tirmizi).
Wahai umat Islam kat Malaysia, sedarlah kita sekarang ini sedang diperkotak katikkan oleh orang kafir. Barsatulah berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.
Wallahua'lam..
Memang betul apa yg di kata olehn TGNA.Malah rasul saw pun dah sebut Islam akan kembali 'dagang'.Sesapa yg mau kembali kpd Islam yg syumul akan di lihat dagang atau pelik...........maka beruntung lah mereka yg dagang@pelik@sedikit.
Kpd Wes ....hujjah hipokrit tu mungkin sesuai kalau di tahun2 60an hingga ke tahun 80an dulu.Sudah terang lagi bersuluh siapa dia pemecah umat Islam dan melayu juga rakyat Malaysia seluruh nye.
Kaedah utk mengekalkan kuasa tinggalan penjajah tu kini di teruskan oleh umno yg ditubuhkan oleh para talibarut penjajah.
Mungkin ko masih hidup di bawah tempurung kaca ko tu.Namun rakyat yg telah lama membebaskan diri dari belenggu pemikiran penjajah tidak dpt menerima hujjah lemah dan lawak tu.
Asalamualaikum,
Banyak yang melatah. Banyak yang membuka pekung di dada sendiri.
Ada yang kata Pengarah JAIS mengharamkan orang bukan Islam masuk mesjid tapi mereka lupa mereka memberi hadiah Maah Hijrah dan Maulud Nabi kepada bukan Islam.
Mereka juga lupa mereka mengucapkan salam kepada Islam.
Hahathir sendiri pernah mengarahkan agar diubah Asalamualaikum kepada salam sejahtera.
Najib pulak kepada salam satu Malaysia. Bukankah ini doak kepada bukan Islam???
Orang bukan Islam tidak boleh masuk mesjid????
Kenapa bapa Sultan sekarang bawak masuk Ratu Inggeris dalam mesjid Negeri Selangor masa orang solat Asar satu masa dulu?
Sedangkan kewajipan semua adalah solah berjemaah dan BUKAN tengok orang bersolat jemaah.
Satu lagi yang lebih menarik, orang bukan Islam tidak memakai tudung kepala masuk mesjid.
Bagaimana dengan wanita Islam yang tidak menutup aurat pulak yang ditayangkan di dalam tv. Digembar gemburkan sebagai budak penyanyi sama macam zaman jahiliyyah?
Kenapa Mufti Perak tidak membuat teguran terbuka pada bini Sultan dan Raja Muda dan Raja diHilir Perak yang tidak menutup aurat?
Di manakah maruah diri mufti Perak?
Bukankah ini sifat bacul dan serupa macam ulamak Suuk yang kerap kali disebut dalam AlQuran dan Hadith Nabi Sallahualaiwassalam?
Bukankah aurat wanita itu lebih penting dari bercakap soal kerajaan UMNO?
Apa guna mengaku seorang mufti bila anda mengeluarkan fatwa bodoh?
Tidak kah anda takut apabila anda dibangkitkan di padang mahsyar kelak berupa keldai dan bangkai busuk?
Bukankah ini ciri-ciri orang munafik?
Bukan Islam dah masuk ke dalam masjid lebih ramai lagi di zaman Rasulullah Sallahualaiwassalam
Dan Rasulullah sendiri meminta puak nasrani yang ingin beribadat dengan caranya melakukannya di dalam mesjid. Ini berlaku di Medinah. Negara Islam yang pertama.
Orang-orang yang menghalang orang bukan Islam datang bercakap dan menyampaikan hadiah dalam mesijid perlu menghantar memorandum perang kepada Amerika Syarikat dahulu apabila Presiden dan ahli kabinetnya telah masuk dan bercakap dalam mesjid.
Dan Prince Charles sendiri masuk dalam mesjid di UK.
Mana dia PEKASAM semasa wanita Islam dilarang memakai tudung di Perancis dan beberapa negara Eropah?
Mana dia Putri UMNO???
Mana dia kaum Ibu atau Wanita UMNO?
Mana dia Pemuda dan Putra UMNO?
Kenapa Sharizat yang pernah bersekolah di AlMashoor Pulau Pinang tidak mengamalkan apa yang dia pelajari dulu?
Kenapa tak bercakap pasal lelaki Melayu dayus yang tak datang ke mesjid?
Yang makan dan minum di kedai tepi mesjid masa azan dialungkan?
Bukankah ini sebenarnya manusia pekak dan tuli sebagai hadith Nabi dan ayat2 dalam AlQuran sendiri.
Baiklah muhasabah diri dan lihat adakah kita telah datang solat di mesjid sebelum bercakap tentang apa juga sekalipun.
Post a Comment