Thursday, August 12, 2010

Tok Guru Lancar Dinar & Dirham K'tan, RM100,000 Dibeli.

Tuan Guru menyampaikan logo dinar kepada peniaga yang menerima mata wang dinar dirham untuk jual beli.

KOTA BHARU, 12 Ogos 10: Selepas empat tahun Dinar Kelantan dilancarkan, hari ini di bawah kepemimpinan ulama sekali lagi dicetus sejarah apabila melancar pula matawang syariah, Dinar dan Dirham Kelantan. Pada majlis pelancaran itu, sejumlah RM100,000 telah dibeli orang ramai.

Majlis bersejarah itu disempurnakan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan Trade Centre (KTC). Program sempena Ramadan tersebut dianjurkan bersama Perbadanan Menteri Besar Kelantan dan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd.

Pada majlis perasmian terbabit Menteri Besar melakukan gimik pelancaran dengan menyimpan dinar dan dirham ke dalam sebuah mesin untuk simpanan Tabung Haji. Matawang Dinar dan Dirham Kelantan boleh digunakan untuk pembayaran gaji, zakat, mas kahwin dan perniagaan.

Pada 2006 kerajaan negeri melancarkan Dinar Kelantan dalam tiga bentuk iaitu satu dinar penuh berukuran 23 mm dengan berat 4.25 gm bernilai RM332.25. Selain itu separuh dinar bersaiz 20 mm (1.06 gm) bernilai RM176.76) dan suku dinar bersaiz 21 mm (0.5 gm) bernilai RM99.38. Kini nilaian dinar tersebut sudah meningkat berbanding ketika dilancarkan. Dinar tersebut mendapat sambutan menggalakkan untuk simpanan nilai dan mas kahwin.

Ibnu Hasyim bersama Ir Omar Vadillo CEO Kelantan Golden Trade semasa memberi penerangan mengenai Dinar Kelantan di Aceh.

Sementara itu, beberapa minggu lepas kerajaan Kelantan telah mengadakan kerjasama dua hala khususnya dalam bidang ekonomi dengan pemerintah wilayah autonomi Islam Acheh. Datuk Husam Musa selaku Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan dalam kunjungannya ke wilayah berkenaan turut menyampaikan taklimat berhubung pengoperasian Dinar Dirham serta perkembangan lain berkaitan pembangunan ekonomi Kelantan, di dewan pejabat Gabenor tersebut.

Beberapa minggu sebelumnya Datuk Husam juga turut memperkenalkan Dinar emas kelantan tersebut kepada Gabenor Negeri Xinjiang di negara China. (2MA)

Lihat sebelum ini...

2 comments:

dokpikiaq said...

semoga selamat n berjaya dunia akhirat..amennn...

Goldman said...

COD Pamp Suisse Lady Fortuna 10 gram.

Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi kami di goldman999.9@hotmail.com.

Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

Harga belian semula yang hebat.

Terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails