Hampir keseluruhan bangunan dan kedai-kedai di Bandar
Lihat, ada tulisan ‘Jawi Urumqi’ di kad pengenalan warganya.
“SILA ambil gambar!” kata YBDatuk Husam Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan yang menjadi ketua rombongan kami ke Negara
Mengapa sampai YB sendiri suruh ambil gambar? Pada saya,mungkin beliau lihat bandar tersebut tidak nampak macam berada negara
“Tulisan Jawi?”. Saya tanya, bila seorang kawan kami yang sama-sama baru sampai mengatakan begitu.
“Ya. Kalau tulisan Arab tentu boleh baca, ini huruf Arab, tetapi tak dapat dibaca. Macam tulisan Jawi di Malaysia. Bahkan ada juga perkataan yang sama dengan tulisan Jawi kita, seperti ejaan ‘khutub khanah’ dan lain-lain..” Jawabnya.
“Jadi, tulisan jawi Uighur la!” Kata saya.
Uighur atau Uygur, Uigur, Uyghur.. adalah salah satu suku minoriti resmi di Republik Rakyat
Suku Uighur bersama suku Hui menjadi suku utama pemeluk Islam di China. Namun ada perbedaan budaya dan
“Nak tahu tulisan, kena tahu bahasanya.” Kata pemandu kami di bandar
Melihat kepada banyaknya tulisan di kedai, bank, pejabat kerajaan hampir menyeluruh,termasuk gerai-gerai kecil, nampaknya tulisan jawi Uighur ini di negara
“Jawi Uighur di negeri Xianjiang, bagaimana sejarahnya?”
“Pada masa pra-Islam, bahasa Uighur ditulis dengan huruf Orkhon, yang serupa dengan huruf Runik. Sejak masuknya Islam ke dalam masyarakat Uighur pada abad ke 10 Masehi, semua penulisan memakai huruf Arab. Pemerintah Komunis
“Sehingga pada tahun 1983 huruf Arab diperkemaskan kembali, diperkenalkan sebagai satu-satunya sistem penulisan bagi Bahasa Uighur. Ditambah sedikit, sesuai dengan pengucapan lidah tempatan. Sedangkan masyarakat Uighur di negara-negara bekas
“Huruf Arab Uighur merupakan satu-satunya sistem penulisan huruf Arab yang paling mudah dibaca,” Sambungnya. “Bahkan penciptaan sistem baru ini dianggap sebagai salah satu sistem yang paling konsisten. Tidak seperti sistem penulisan pada Bahasa Arab, Bahasa Urdu, Bahasa Parsi dan Bahasa Pashtun dimana sistem bacanya tidak konsisten dengan penulisan. Jadi, memang mudah baca huruf Arab Uighur ini!”
“Bagaimana kesusasteraannya?” Seorang ahli rombongan kami bertanya.
“Oh, sangat kaya. Tidak hairan pada masa lalu kawasan Xinjiang Uighur yang dikenal dengan Turkestan Timur, merupakan salah satu pusat kebudayaan Islam di barat China, terkenal sejak zaman sebelum Masehi lagi sebagai ‘Lintasan Jalur Sutera’”
Kami juga sempat belajar bahasa bualan Uighur darinya. Antaranya, Yaxshimusiz?, Apa khabar? Ismingiz nime?, Siapa nama kamu? Mening ismim...., Nama saya..... Rehmet sizge: Terima kasih.
Tiba-tiba van kami singgah di Masjid di
“Sesiapa yang nak tukar wang
“Tuan, seorang Islam?”
“Tentu! Saya Islam.” Dia menunjukkan kad penganalannya. Rupa di kad pengenalannya ada tulisan Jawi Uigur. Terfikir saya, dalam kad pengenalan
“Ok, jom kita pergi solat!” Kawan kami mengajaknya solat bersam-sama di masjid.
“Silakan, saya tidak ikut. Badan saya masih tidak bersih.” Katanya,walaupun dia seorang lelaki.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 16alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
Kl Julai 19 2010.
Tulisan ini disiarkan oleh akhbar Harakah 29 Ogos 10
Siri ini...
- Tulisan Jawi Meluas Di Urumqi China.siri16
- Mengapa Cheng Ho, 4 Kali Melawat Palembang? siri15
- Masjid Cheng Ho & Masjid Di China siri14
- Cheng Ho Sudah Ke Amerika, Sebelum Columbus.. siri13
- Masjid Tertua Di Beijing, Dibina Tahun 996 Masehi siri12
- Beras Organik Tok Guru, Dibawa Ke China? siri11
- Turfan, Islam & Anggur siri 10
- Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang siri9
- Shopping Di Urumqi.. siri 8
- Urumqi: Jalan-Jalan P/Malam Temui P/Islam siri7
- Sarimah: Muslimah N/China, Nak Jodoh Orang M'sia? siri6
- Xinjiang, Melihat Titik Hitam Dari Langitsiri5
- Urumqi, Kota Istimewa Di China? siri 4
- Orang Cina Tolong Melayu, Cheng Ho Sebagai Lambang...siri3
- Datuk Husam Bergambar Dengan Gadis Beijing siri2
- Ke Arah Dagang Libatkan U/Islam China -Husam Musa siri1
8 comments:
Salam,
Satu je soalan Ana...
adaka kerajaan CHINA membenarkan ISLAM diamalkan seluasnya-luasnya,diberikan bantuan2 dsbnya seperti yang berlaku Di Malaysia..
Pada saya, China membenarkan perlaksanaan Islam selagi kuasa politik dan ekonomi mereka tidak tergugat.
Bantuan juga diberi, macam di Malaysia juga, asal politik UMNO tidak tergugat.
Pada saya, China membenarkan perlaksanaan Islam selagi kuasa politik dan ekonomi mereka tidak tergugat.
Bantuan juga diberi, macam di Malaysia juga, asal politik UMNO tidak tergugat.
Satu-satu bangsa itu menjadi maju kerana bertunjangkan tamadun, kebudayaan dan bahasanya. Lihat sahajalah bagaimana bangsa China tetap unggul dan peradabannya tidak luput ditelan masa, bangsanya terus maju walaupun zaman demi zaman telah berlalu.
Bangsa Jepun walaupun tulisannya (kanji) berasal atau dicedok daripada tulisan Cina, ia telah dipelihara dan dikembangkan dan diperkayakan. Buku-buku ilmiah dan bermacam-macam jenis buku dari barat telah dijermahkan kepada Bahasa Jepun(tulisan Kanji dan Kana)semenjak tahun 1800-an lagi.
Lihatlah bagaimana ianya telah mengangkat bangsa ini mejadi bangsa yang termaju dan cemerlang di Asia dan di dunia amnya.
Kesemua bangsa yang disebutkan di atas mempunyai tamadun, kebudayaan dan bahasa yang telah berkembang semenjak ribuan tahun dahulu.
Bangsa Melayu satu masa dahulu menjadi maju dalam bidang ekonomi , perniagaan dan perdagangan sehingga melangkaui negara China di sebelah timur dan di sebelah barat melangkaui benua kecil India hinggalah ke Semenanjung Arab melalui tamadun dan bahasanya juga.Juga kerana ilmuwan dan cendekiawannya berusaha menterjemahkan karya-karya ilmuwan Islam di Semenanjung Tanah Arab yang pada masa itu mempunyai budaya ilmu yang tinggi.
Malangnya dan begitu sedih sekali, apabila tulisan Jawi warisan bangsa(yang telah dimajukan, dipelihara dan dikembangkan oleh pakar-pakar bahasa, datuk dan nenek moyang kita hampir ribuan tahun dahulu) kini hampir tiada tempatnya di hati anak bangsa kita.
Cubalah suruh pelajar-pelajar sekolah rendah darjah enam membaca Jawi dan saya berani cakap 90% daripada mereka akan tergagap-gagap dan langsung ada yang tak pandai membaca Jawi langsung.
Pupus tulisan bangsa itu maka akan mundurlah sesuatu bangsa itu. Kekuatan sesuatu bangsa itu saya berani katakan berakarkan daripada tulisan dan bahasanya.
Kalau kita lihat pada tahun 60-an dan era 70-an bahasa Jawi digunakan dengan meluas walaupun bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar, bangsa kita sedang bangkit selepas Mei 1969, kemajuan bangsa giat diusahakan oleh para-para pemimpin kita, sehinggakan rombongan Kerajaan Korea Selatan datang dan belajar bagaimana kita mencapai kemajuan pembangunan yang singkat bermula daripada merdeka (1957)hinggalah ke tahun 70-an
Memang tak dinafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan perdagangan, ekonomi, sains dan teknologi dunia, tetapi mengenepikan bahasa dan tulisan sendiri akan menyebabkan bangsa kita kehilangan jatidiri dan semangat.
Di manakah kesedaran pemimpin(yang membesar dalam era 40, 50, 60 dan 70an) kita yang sebenar-benarnya wujud di zaman mereka kebanggaan terhadap bahasa melayu dan tulisan Jawi?
Walaupun pemimpin ini bangga dengan kebolehan mereka bertutur bahasa Inggeris kerana mereka berpendidikan Inggeris tetapi mereka semacam lupa bahawa merekalah anak-anak yang membesar dalam zaman dan persekitaran tulisan Jawi(bahasa Melayu) . Tidakkah Tun Dr Mahathir semasa belianya menampal poster menentang Inggeris dengan bahasa Jawi di Pulau Pinang satu masa dahulu?
Medium kemerdekaan bangsa kita ialah tulisan Jawi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana Dato Onn masuk ke kampung-kampung, desa-desa pendalaman dengan sepanduk(banner)bertuliskan tulisan Jawi mengajak rakyat jelata membantah dan menolak Malayan Union?
Tidakkah dengan tulisan Jawi Melayu ini jugalah yang menyatukan rakyata Jelata menolak Malayan Union dan seterusnya membawa kepada perpaduan hinggalah tercapainya Kemerdekaan?
Sekian dan Wassalam
Rahman Hashim
http://blog.mystar-ab.com
Bangsa Melayu satu masa dahulu menjadi maju dalam bidang ekonomi , perniagaan dan perdagangan sehingga melangkaui negara China di sebelah timur dan di sebelah barat melangkaui benua kecil India hinggalah ke Semenanjung Arab melalui tamadun dan bahasanya juga.Juga kerana ilmuwan dan cendekiawannya berusaha menterjemahkan karya-karya ilmuwan Islam di Semenanjung Tanah Arab yang pada masa itu mempunyai budaya ilmu yang tinggi.
Medium kemerdekaan bangsa kita ialah tulisan Jawi. Masihkah kita ingat lagi bagaimana Dato Onn masuk ke kampung-kampung, desa-desa pendalaman dengan sepanduk(banner)bertuliskan tulisan Jawi mengajak rakyat jelata membantah dan menolak Malayan Union?
Memang tak dinafikan kepentingan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perhubungan perdagangan, ekonomi, sains dan teknologi dunia, tetapi mengenepikan bahasa dan tulisan sendiri akan menyebabkan bangsa kita kehilangan jatidiri dan semangat.
Malangnya dan begitu sedih sekali, apabila tulisan Jawi warisan bangsa(yang telah dimajukan, dipelihara dan dikembangkan oleh pakar-pakar bahasa, datuk dan nenek moyang kita hampir ribuan tahun dahulu) kini hampir tiada tempatnya di hati anak bangsa kita.
Post a Comment