CALIFORNIA OGOS 4 10: 'WHERE Islam Meets America'. Itulah motto Universiti Islam pertama di California, AS dimiliki orang Islam, Zaytuna College di Berkeley, California yang akan memulai perkuliahan perdana bagi mahasiswanya muslim panas ini.
Berasaskan Islam, situasi Zaytuna Colloge tidak jauh berbeda dengan suasana kampus di California pada umumnya. Cuma, tempat duduk untuk mahasiswi dan mahasiswanya dalam satu ruangan tidak bercampur baur, tetapi dipisah dengan posisi saling berhadapan. Majoriti mahasiswi mengenakan jilbab, mahasiswa berjanggut dan pakai kopiah. Kuliah guna bahasa Arab.
Zaytuna College menyelenggarakan kelas bahasa Arab selama muslim panas, sebagai persiapan sebelum pembukaan resmi. Di universiti ini, mahasiswa akan menerima beragam mata kuliah umum yang ada di AS, seperti sejarah, antroplogi, filsafat, sastera dan ilmu politik. Tetapi kurikulum utama adalah studi Islam dan Al-Quran.
"Kami ingin persembahkan Islam sesuai dengan yang berlaku di Amerika," kata Imam Zaid Shakir, pendiri Zaytuna bergelar profesor. Menurutnya, meski di AS terdapat banyak komuniti Muslim, masyarakat AS umumnya masih merasa asing dengan ajaran Islam.
"Mereka akan dilatih dan dididik di sini, memahami nuansa dan komplek masyarakat kami. Mereka merasa tenang dengan ke'Amerika'an dan keIslaman mereka," lanjut Imam Shakir.
Guru yang mengajarkan studi Islam, kata Shakir, berasal dari negara seperti Pakistan, Yaman dan Mesir. Dalam pengelolaannya, Zaytuna mencontohi universiti berasaskan agama lebih dulu, dan yang berjaya di AS, seperti Harvard dan Yale. Walaupun begitu, masih ada kebimbangan kehadiran Zaytuna College akan memicu ketakutan di kalangan warga AS.
Dr. Michael Higgins yang mempelajari hubungan agama dengan pendidikan tinggi mengatakan, kebimbangan itu disebabkan ada persepsi makin meningkat di tengah masyarakat di AS terutama pasaca serangan 11 September 2001, bahawa Islam kononnya adalah agama yang mengajar dan membenarkan tindakan kekerasan serta tidak bertimbang rasa.
Tetapi Imam Shakir yakin hanya segelintir orang sahaja di AS yang bimbang dengan kehadiran Zaytuna. "Jika kita dapat buktikan kemampuan kita, mereka yang mengkritik akan diam. Bola ada di tangan kita," ujar Imam Shakir.
Salah seorang mahasiswa di Zaytuna. Dustin Craun mengatakan, sudah tiba masanya komuniti Muslim melakukan sesuatu kerana Islamofobia makin menguat di kalangan masyarakat AS.
Craun, seorang mualaf menambah, ia melanjutkan pendidikannya ke Zaytuna kerana pendidikan yang ia lalui di universiti tradisional di AS tidak memberi sesuatu yang asas bagi kehidupannya. "Keindahan ajaran Islam adalah agama ini mengajarkan keseimbangan antara fikiran, hati dan jiwa kita," kata Craun yang masih berusia 30 tahun. (Era Muslim/2MA)
1 comment:
Salam tuan,
mohon linkkkan blog hamba dengan blog tuan. Terima kasih.
Post a Comment