Monday, August 30, 2010
Wakil Rakyat PAS Perlu Ziarah R/Ibadat B/Islam Pula.
MERU, 30 Ogos 10: WAKIL-WAKIL rakyat PAS disarankan perlu turun menziarahi rumah-rumah ibadat bukan Islam, menggandakan kegiatan, bukan sahaja di surau masjid sahaja bahkan menangani permasalahan kaum bukan Islam melalui rumah ibadat mereka, yang berada di dalam atau berhampiran kawasan wakil-wakil rakyat berkenaan.
Demikian hasil tinjauan dari Blog Ibnu Hasyim, yang menemui beberapa penduduk tempatan Selangor, ekoran dari Adun PAS Meru, Dr Rani Othman telah melawat Kuil Hindu Bukit Rajah baru-baru ini. Beliau berjumpa dan bercakap dengan para penganut agama itu yang sedang membuat ibadat seperti dilaporkan Harakahdaily.net, hari ini.
Melalui blognya, Dr Rani menulis, beliau mengunjungi kuil di Bukit Rajah dan mengambil kesempatan untuk memberikan gambaran sebenar tentang tasawwur dan keadilan Islam kepada masyarakat India yang berada di situ.
Tulisnya, "Sejarah membuktikan walaupun 12 kurun Islam menguasai negara Palestin contohnya, tetapi tidak ada seorang pun dari penganut agama Kristian dan Yahudi yang di paksa untuk menganut agama Islam sepanjang pemerintahan itu, melainkan ramai dari mereka yang menganut agama Islam adalah dari kerelaan hati mereka sendiri, apabila mereka dapat melihat sendiri keadilan dan akhlaq yang tinggi dikalangan orang-orang Islam," tulis beliau dalam blog Khidmat Meru itu.
Kalau kunjungan dan ucapan anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching telah menyebabkan Umno dan penguasa agama di Selangor melenting, bagaimana pula reaksi mereka kalau melihat Adun PAS pergi melawat kuil Hindu dan berucap di sana?
By ASYOK KUMAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
..kalau korang ke sabah dan tengok ramai yang bertudung (islam) menyaksikan sembahyang perkahwinan saudara/ahli keluarga atau kawan mereka dalam gereja, masyarakat/pemimpin agama/pemimpin politik tak rasa apa-apa pun. Tapi bayangkankan kalau masyarakat begini berlaku di semenanjung, rasanya bahang api panas dari Perlis hingga ke Johor pasti membakar semangat kalangan masyarakat biasa dan para pemimpin...(kecuali golongan yg benar-benar faham hal ilmu dunia dan akhirat - 1 dalam 1000 org belum tentu ada yg sedemikian rupa)..
Post a Comment