KL 26 SEPT 10: SETELAH separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden. Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.
Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan. Sementara tiga calon lagi - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing mendapat satu pencalonan.
Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan: Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92 Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8
Timbalan presiden Azmin Ali - 58 Datuk Zaid Ibrahim - 25 Mustaffa Kamil Ayub - 13 Tian Chua - 2 Belum layak Fuziah Salleh - 1 Tan Sri Khalid Ibrahim - 1
Naib Presiden Fuziah Salleh - 45 Shamsul Iskandar Md Akin - 33 Mustaffa Kamil Ayub - 29 Datuk Mansor Othman - 25 Lee Boon Chye - 22 R Sivarasa - 17 Tian Chua - 16 N Gobalakrishnan - 13 Nurul Izzah Anwar - 11 Tan Sri Khalid Ibrahim - 11 Azmin Ali - 11 Ansari Abdullah - 10 Datuk Jeffrey Kitingan - 9 Datuk Chua Jui Meng - 9 Xavier Jayakumar - 6 Mohd Noor Manuty - 6 Datuk Zaid Ibrahim - 6 S Manikavasagam - 5 Yahya Shaari - 4 Abdullah Sani - 4 Suresh Kumar - 4 Saifuddin Nasution - 3 Badrul Amin Baharon - 2 Yusmadi Yusoff - 2 Jimi Donald - 2 Belum layak bertanding Zamri Yusof - 1 James Ghani - 1 Saiman Marzuki - 1 Kamarul Baharin Abbas - 1 Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Ada pelayar blog yang bertanya bagaimana pandangan dan sikap kami mengenai pemilihan PKR ini? Kami jawab..
Pertama, untuk menghormati semangat PAKATAN bagi menjamin kekekalan dan kekebalan pakatan, terutama bersama PAS.. maka pilihlah pemimpin Islamnya, yang betul-betul faham agama, tidak menganut atau memberi ruang kepada berkembangnya ajaran sesat dalam PKR. Contohnya seperti ajaran sesat Islam Liberal yang telah dilarang di negara ini, kalau ada... Kedua? .. kita sambung lain kali, ada masa lagi.
Apa pandangan penduduk Ukay Bistari di Hulu Kelang terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa ini ?
ReplyDelete