KL 16 SEPT 10: SEMPENA sambut Hari Malaysia. Telah 47 tahun bergabung dalam Malaysia, kedudukan istimewa bumiputera di Sabah dan Sarawak masih tidak dipedulikan manakala kedudukan ekonomi rakyat di kedua-dua negeri itu juga masih menyedihkan, kata ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (gambar).
Bagaimanapun, menurut Lim, pada masa yang sama, ada "pihak-pihak tertentu" yang mengaut keuntungan besar daripada negeri itu tanpa mempedulikan nasib anak negeri.
"Di satu sudut, ada pihak di semenanjung yang berjuang mempertahankan kedudukan istimewa Bumiputera yang mereka anggap sebagai hak asasi dan dianggap tidak boleh dibincangkan sama sekali.
"Di satu sudut yang lain pula, para pejuang ini tidak mempedulikan kedudukan istimewa yang sama untuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak," katanya yang juga setiausaha agung DAP. Dalam satu kenyataan sempena sambutan hari Malaysia, Lim berkata, gagasan Malaysia diharap membawa kepada perpaduan yang lebih erat di kalangan rakyat melalui perkongsian dan pengagihan sumber yang lebih adil.
Katanya, jika kerajaan pusat benar-benar mahu menjamin dan melindungi keistimewaan Bumiputera, ia perlu memastikan pelaksanaan keadilan untuk semua Bumiputera tanpa mengira suku, kaum, agama dan kedudukan geografi. Sehubungan itu, tambahnya, kerajaan perlu memastikan Sabah dan Sarawak menikmati peluang-peluang yang sama seperti yang dinikmati oleh negeri-negeri di semenanjung.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) pula berkata setelah sekian lama Malaysia terbentuk, kita boleh lagi "menyapu sampah ke bawah tikar" dalam menangani pelbagai persoalan seperti isu urus tadbir kerajaan yang lemah. Katanya, perkara itu akan mengheret pelbagai isu rasuah, penyelewengan serta masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan serta prejudis kaum dan agama yang tebal.
"Setiap masalah yang muncul perlu dihadapi untuk penyelesaian tuntas. Ini hanya dapat dilakukan dengan penegasan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban," kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.
"Suka atau tidak, ia perlu dilakukan agar disiplin pengurusan ekonomi yang mapan dapat mengambil tempat." (Sumber Malaysiakini/AK)
2 comments:
kuman seberang laut nampak, gajah dok depan mata leh wat2 buta pulak. awat hampa pendatang dari melaka ni leh dok sibuk hal negeri orang pulak??? hampa ingat hampa jadik CM negeri kami ni, terjamin sangatkah kebajikan kami???
Hello Anonymous..Sabah dan Serawak bukan gajah depan mata tau, tapi Gunung Kinabalu depan mata pun tak nampak! Awak tak tahu ke? Sabah dan Serawak ni permata nilam beri makan semua rakyat dan pemimpin dari Perlis hingga Ke Johor tau! 85 peratus model pembangunan dari hasil bumi Sabah dan Serawak buat banyak kilang, buat bangunan pencakar langit neraka,...huh! Kalau melaka kurang pembangunan pun memang wajar bab dapat dana dari mana? Ini jika ikut logial dan perkara 20, gagasa. pembentukan malaysia.
Post a Comment