Sunday, September 05, 2010
2 Beranak Dibunuh, Tok Guru Lawat & Sumbang Peribadi
TUMPAT, 5 Sept 10: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa dukacita di atas peristiwa yang menimpa keluarga mangsa Allahyarhamuha Norliza Ishak dan anaknya Amyrul Aiman Mohd Yusof, 11 yang mati dibunuh Khamis lalu.
Menurutnya, sepatutnya bulan Ramadan bulan mulia yang juga bulan kebesaran bagi umat Islam tidak seharusnya peristiwa berkenaan berlaku.
"Namun kerana membelakangkan ajaran Islam, mereka sanggup melakukan perkara itu walaupun dengan membunuh,"ujarnya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa di Kampung Pulau Kerbau, Palekbang, dekat sini.
Tuan Guru juga turut berharap keluarga magsa bersabar menghadapi ujian Allah yang amat besar itu. Sempena kunjungan itu, beliau menyampaikan sumbangan peribadi kepada suami Norliza , Mohd Yusof Awang Besar.
"Saya ucapkan terima kasih pada Tuan Guru kerana meluangkan masa menziarahi kami dan bertanya khabar walaupun sentiasa sibuk dengan tugas harian," ujar Yusof yang tidak menduga Tuan Guru akan berkunjung ke rumahnya.
Akhbar semalam melaporkan badan kedua-dua mangsa diikat dengan tali serta pita pelekat, manakala mulut ditutup dengan kain sarung ketika ditemui di rumah mereka. Mayat mereka ditemui kira-kira jam 10 pagi keesokan harinya oleh rakan dan pihak pengurusan bangunan yang melakukan pemeriksaan selepas mangsa tidak hadir mengajar di sekolah Kebangsaan Port Dickson.
Allahyarham pernah menjalani kursus di Maktab Perguruan Taman Melewar, Negeri Sembilan. Suaminya Yusof, yang berada di Kaherah, Mesir tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra semalam kira-kira 4.30 pagi bukan untuk beraya bersama keluarga, sebaliknya untuk menguruskan jenazah isteri dan anak.
Jenazah dua beranak itu disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pinang, disini semalam.(AK)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment