Thursday, September 09, 2010

20,000 Berhimpun Imarahkan Zakat Hak Rakyar Miskin..


Puluhan ribu berhimpun untuk mendapatkan duit zakat di luar kilang Gudang Garam di Kediri, Indonesia semalam.

Agensi: 20,000 berhimpun untuk dapatkan RM3.45

KEDIRI: Kira-kira 20,000 penduduk dari pelbagai daerah di Jawa Timur berhimpun untuk mendapatkan duit zakat yang diedarkan oleh pihak pengurusan syarikat rokok Gudang Garam di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Puluhan ribu penduduk itu berhimpun di luar kilang rokok itu sejak awal pagi lagi.

Menurut seorang pegawai bahagian perhubungan masyarakat polis di sini, bilangan penduduk yang datang untuk mendapatkan wang zakat itu lebih ramai daripada tahun lalu. "Mereka (penduduk yang datang) berasal dari berbagai daerah di Jawa Timur seperti Nganjuk, Jombang, Trenggalek, dan daerah lain," katanya.

Dia menyatakan pihak polis menempatkan kira-kira 700 anggota keselamatan untuk mengawasi ketenteraman. Kebanyakan penduduk yang mahu mendapatkan duit zakat itu termasuk kanak-kanak dan orang tua. Mereka berhimpun untuk mendapatkan wang antara 10,000 rupiah (RM3.45) hingga 20,000 rupiah (RM6.90).

Anggota-anggota keselamatan terpaksa membahagikan-bahagikan penduduk itu menjadi sejumlah kumpulan kecil. Seorang penduduk, Suprih berkata, dia mahu menggunakan wang zakat itu untuk membeli barang keperluan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dia sanggup membawa seorang anaknya berusia satu setengah tahun ke lokasi pengedaran duit zakat kerana tidak ada orang yang menjaganya jika dia ditinggalkan di rumah. - Lapor Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Berita di atas adakah menggambarkan Islam itu baik atau sebaliknya, samada di mata kita atau dimata bukan Islam? Tetapi yang jelas konsep zakat, antaranya adalah seperti berikut.

"Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu membersihkan dan menyucikan mereka dan mendoalah untuk mereka." (At-Taubah [9]: 103).

Jadi, zakat merupakan rukun Islam yang bercorak sosial-ekonomi. Selain itu, zakat merupakan pokok ajaran Islam sebagaimana syahadat, shalat, puasa, dan haji. Zakat juga merupakan ibadah berdimensi vertikal (hablum minallah) dan sekaligus horizontal (hablum minnas).

Zakat adalah kewajiban bagi setiap Muslim dalam bentuk mengeluarkan harta bagi orang orang yang telah memenuhi batas minimal harta (nishab) dan telah sampai pada batas kepemilikannya (haul) untuk diberikan kepada orang-orang yang berhak menerimanya (mustahik).

Untuk mendorong kesadaran zakat, seseorang harus mengetahui rahsia di balik kewajiban zakat tersebut.

Pertama, zakat membersihkan jiwa dari sifat kikir atau kedekut. Kikir adalah tabiat manusia (Al-Ma'arij [70]: 19), yang harus diuji. Kikir merupakan salah satu sifat yang dapat merusak kehidupan manusia. "Tiga hal yang akan merusak manusia: kikir yang dituruti, hawa nafsu yang diikuti, dan manusia memandang hebat akan dirinya." (HR Thabrani).

Kedua, mengobati hati dari cinta dunia. Terlalu larut dalam kecintaan dunia, dapat memalingkan jiwa dari kecintaan kepada Allah SWT dan takut akan akhirat. Zakat akan melatih seseorang mau untuk menandingi fitnah harta dan berinfak dengannya semata kerana Allah SWT.

Ketiga, mengembangkan kekayaan batin. Seseorang yang mengeluarkan zakat akan menumbuhkan semangat optimistik dan menambah kekayaan jiwa. Dengan zakat bererti seseorang telah mampu menekan sifat egoismenya.

Keempat, mengembangkan harta. Secara lahiriah, zakat mengurangi harta dengan mengeluarkan sebahagiannya. Tetapi, orang yang mengerti tentang zakat akan memahami bahawa di balik pengurangan bersifat zahir, hakikatnya akan bertambah dan berkembang.
Sesungguhnya harta yang diberikan itu akan kembali berlipat ganda. (QS Arrum [30]: 39).

Kelima, menarik simpati masyarakat. Zakat dapat mengikat antara orang kaya dan masyarakatnya, dengan ikatan yang kuat, penuh kecintaan, persaudaraan, dan tolong-menolong. Apabila manusia mengetahui ada orang yang memberikan kebaikan, maka secara naluriah mereka akan senang, dan jiwa mereka pasti akan tertarik kepadanya.

"Secara otomatik hati akan tertarik untuk mencintai orang yang berbuat baik kepadanya dan membenci orang yang berbuat jahat kepadanya." (HR Ibnu Adi). Untuk itu, kini saatnya umat Islam mengusahakan potensi zakat, terutama zakat mal, agar kehidupan bermasyarakat semakin baik bagi mengurangi jurang hidup antara si kaya dan si miskin.

Masih jarang kita dengar pemimpin-pemimpin politik atau raja-raja di negara umat Islam mengisytiharkan harta dan kekayaannya dan mengagihkan zakatnya kepada rakyat. Cuba bayangkan berapa banyak kemewahan mereka, rumah-rumah yang lebih dari keperluan, sehingga jamban pun dibuat dari emas tulin dan lain-lain.. Di mana zakat mereka atau 'hak rakyat dalam harta mereka' disalurkan? Wallahu a'lam.

Lima Rahasia di Balik Zakat

2 comments:

Anonymous said...

Moral dari post ini ialah, hisaplah rokok gudang garam. Gudang garam bayar zakat. Rokok marlboro, dunhill, dan sebagainya tak bayar zakat.

Anonymous said...

Asalamualaikum,
Duit dari punca haram tidak ada hak untuk berzakat.
Sama seperti Lim Goh Tong keluarkan zakat
atau Ananda Krishnan tokey mulba kuda dan Vincent Tan tokey 4 digit keluarkan zakat. Atau anak Tuanku Jaafar NS Lembaga Pengarah Carlberg keluarkan zakat dari kilang arak. Atau anak Mahathir keluarkan zakat bagi pihak San Miguel kilang beer di Filipina.
Atau tokey babi di Sepang dan Bukit Pelanduk keluarkan zakat untuk orang Islam miskin di kawasannya.
Indonesia memang tidak ada sistem khusus Majlis Agama Islam yang khusus mengendali kutipan zakat dan pembahagian zakat. Negara tu memang tonggang langgang dalam hal zakat dan juga hal penentuan Ramadhan dan Syawal.
Tidak ada tangkapan terhadap mereka yang raya awal atau puasa awal.
Dan memang tidak ada tingakapan terhadap yang makan di khalayak ramai pun terutama di Jakarta dan pulau Jawa.
Yang paling penting kita semua tunaikan zakat fitrah dan zakat-zakat lain mengikut nisab dan kepada yang berhak.
Soal wang kutipan disalahguna oleh pihak tertentu bukan lagi tanggunjawab kita. Kita boleh bangkitkan jika telah jelas kesilapan agihan ini. Wallahualam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails