Sunday, September 12, 2010

3 Penyelewengan Golongan Otoriti Pelestin -Ismail Haneyya

AHAD 12 SEPT 10: Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haneyya, mengutuk Pastor Terry Jones yang menyeru membakar Quran di Negara Florida, AS. Beliau menambah, respon pemerintah Palestin untuk peristiwa ini adalah mempersiapkan 40,000 penghafal Quran.

Haneyya mengatakan dalam khotbah Idul Fitrinya bahawa proyek Zionis terus menyusut dan kemenangan rakyat Palestin lebih dekat dari yang mereka fikirkan. Menurut beliau lagi, golongaan Otoriti Palestin di Ramallah telah melakukan tiga dosa (penyelewengan) selama bulan Ramadhan.

Satu, melakukan rundingan langsung dengan penjajah Israel, padahal rundingan itu jelas ditolak dan tidak diamanatkan oleh rakyat Palestin sama sekali apalagi rundingan itu dilakukan atas nama mereka.

Dua, golongan Otoriti Palestin telah melakukan perang terhadap agama dan masjid-masjid, yang mana langkah tersebut ditolak oleh rakyat Palestin.

Tiga, memburu pejuang di Tebing Barat, menekankan rakyat Palestin yang menolak tindakan golongan Otoriti Palestin itu.

Dalam kesempatan ini, Hanniya mengucapkan selamat Idul Fitri kepada orang-orang Arab dan umat Islam umumnya. "Salam khusus kepada keluarga syuhada, tawanan dan mereka yang luka, serta rumahnya di hancurkan Israel."

Haniyya menyeru kunjungan ke keluarga syuhada, tawanan yang terluka kerana itu akan meningkatkan kepaduan dan memperkuat ketabahan keluarga-keluarga tersebut. (Sumber Era Muslim dll/AK)

1 comment:

  1. Keep in mind that what is true for you is not necessarily accurate for others.
    A individual can apply singing to develop their pitch.
    Allow them to say something they want to in their own phrases.


    Here is my weblog ... Psychic Source Network

    ReplyDelete