Ibu tak mengaku anak angkara ah long
JOHOR BARU, 3 Sept 10: Seorang ibu yang tidak tahan diganggu sekumpulan ah long yang memintanya membayar RM60,000 pinjaman yang dibuat oleh anak lelakinya, hari ini membuat keputusan memutuskan hubungan dengan anaknya itu.
Bong Swee Yin, 50, yang merupakan seorang peniaga, membuat tindakan itu kerana tidak tahan diganggu oleh peminjam wang haram itu yang mengarahnya membayar hutang anaknya (Mah Son Chai), selepas Mah melarikan diri dan gagal dihubungi sejak seminggu lalu.
“Kenapa cari saya, Mah Son Chai yang pinjam wang jadi mereka patut cari dia,” kata wanita itu yang ditemui di pejabat Ketua Timbalan Biro Pengaduan Awam MCA Johor Baharu, Michael Tay di sini hari ini.
Katanya sejak anaknya menghilangkan diri, pihak ah long telah dua kali mengganggu dan mengingatkannya bahawa bunga pinjaman akan bertambah jika hutang tidak dibayar.
“Saya benar-benar berharap dia akan pulang bagi menyelesaikan hutang tersebut,” kata Bong sebak.
Bong berkata anak sulung daripada tiga beradik yang berusia 25 tahun itu sememangnya sering membawa masalah kepadanya sejak kecil lagi.
Mah yang membesar tanpa kasih sayang ayahnya yang meninggal dunia kira-kira 20 tahun lalu tidak menamatkan pelajaran di sekolah menengah dan suka berjudi melalui internet.
“Saya nasihat dia jangan judi tapi dia suruh saya pergi mati.
“Saya tidak mahu ada apa-apa hubungan dengannya lagi, mulai hari ini dia bukan lagi anak saya,” katanya.
Bimbangkan keselamatannya, Bong juga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Johor Bahru Selatan hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan, ACP Zainuddin Yaacob mengesahkan menerima laporan itu dan membuat siasatan lanjut. — Bernama
Komen Blog Ibnu Hasyim: Sudah 53 tahun merdeka, ah long masih berkuasa mengganggu ketenteraman rakyat yang tak bersalah? Di mana salahnya? (AK)
up grade laman web yg cantik...dan tak berserabut serta 'menepati peredaran zaman'..tq
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteWehh...laman web pun dah dpt baju raya plak ni.
Tahniah tuan ....mmg cantik dan sejuk mata memandang..
Apa atau siapa sebenar nye di belakang ah long ni...???
ReplyDeleteTakkan lah pihak berkuasa terlalu lemah bila berdepan dgn ah long kalau tak de tangan ghaib yg mencengkam pasukan yg berkenaan.
Tapi sudah terang lagi bersuluh, rakyat sedia maklum akan perkara ini.Cuma mungkin pihak2 berkenaan masih cuba bermain dgn kata2 dan putar belit serta dalih demi kepentingan pihak2 tertentu.
T.kasih semua.
ReplyDeleteMaklum sambut raya..