Sunday, September 05, 2010

Benarkah Iklan Tv3 Ini Didik Kanak-kanak Jadi Syirik?


KL 5 Sept 10: Dewan Pemuda PAS Pusat dikatakan akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita. Bantahan tersebut akan dihantar pada Isnin ini, 6 September 2010.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini juga dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

"Ia sangat mengguris perasaan dan sensitiiti ummat Islam," kata Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan.

Sehubungan itu, Dewan Pemuda PAS katanya menggesa agar TV3 segera membatalkan penyiaran iklan tersebut.

"Kalaupun pihak mereka mahu mempromosikan 1 Malaysia , janganlah keterlaluan sehingga mengenepikan persoalan sensitif mengenai agama dan pegangan hidup ummat Islam," katanya lagi.

Selain itu mereka mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan Syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam. Manakala Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim) pula digesa memantau iklan, filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam sepanjang perayaan ini.

"Nampaknya tidak memadai iklan atau filem ditapis oleh pihak Finas jika perkara-perkara yang menjejas nama baik Islam masih terus berleluasa di dalam media elektronik negara kita," katanya.

Sementara itu, iklan tersebut juga mendapat kritikan hebat umat Islam di laman FaceBook yang mandakwa TV3 sengaja mahu membangkitkan kemarahan orang Islam. Mereka juga mendakwa, iklan tersebut adalah yang paling rendah nilai dalam sejarah iklan TV3. (AK)

4 comments:

Anonymous said...

bukan..iklan itu buat kanak2 tak paham erti raya dan makin kuat la nak berangan...tak pa la kot..budak2 mmg patut berangan...ahahahahahahaah

apa2 pun..iklan tv3 pasal raya ni mmg dah tak da modal dah..mntang2 yasmin ahmad dah mninggal..

tu la nk 1malaysia sangat... ahahaha

Hani Azrai said...

tu lah dia klau golongan cerdik pandai yg faham hukum hakam dlm islam dah tak wujud dlm finas & tv3.. i mean, bende yg nyata dan jelas yg anak2 kite sendiri boleh nampak tp org2 atas kt finas and tv3 tak nampak.. sangat musykil...

nk sgt konsep 1 malaysia.. ambik!!

Anonymous said...

mcm tak percaye.. iklan ni dah menjatuhkan reputasi TV#.. jeng jeng jeng!! padan muke

Anonymous said...

Iklan tu. taklah sampai bawak syirik. Cuma dikhuatiri akan memberikan persepsi yang kurang tapat & jelas di kalangan kanak-kanak ngan orang yang bukan muslim.

Apapun....iklan bukannya hanya merupakan 'duta kecil' sesuatu produk malah lebih daripada itu itu. Bagus teguran memberi tu.... demi kebaikan semua pihak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails