"Debat bagi calon sayap pemuda seperti ini memang tidak pernah diadakan oleh mana-mana parti dan parti KEADILAN merupakan parti pertama yang melakukannya. Walaupun bukan secara rasmi dari pihak parti, tetapi acara seperti ini mesti dibudayakan. Inilah politik baru yang dibawa oleh KEADILAN yang dimulakan oleh orang muda," kata beliau.
Beliau yang turut mempengerusikan acara tersebut berharap melalui acara ini, ahli parti dapat menyalurkan pandangan mereka melalui program yang bukan sahaja berbentuk akademik, tetapi bersifat santai.
Baginya, program parti politik seperti ceramah yang secara tradisinya bersifat sehala, perlu diubah bagi mencapai hasrat pembentukan negara demokrasi sebenar.
Ketiga-tiga calon Ketua AMK Malaysia yang menawarkan diri bagi jawatan tersebut adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Badrul Hisham Shaharin aka CheGuBard, Bendahari KEADILAN Terengganu, Rafizi Ramli dan Ketua KEADILAN Cabang Parit Sulong, Hasmi Hashim.
Program yang lewat 30 minit itu, dirasmikan oleh Ketua AMK Perak, Abdul Yunus Jamhari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kurau.
Hasmi Hashim, bersama idea 'Gagasan Pencerahan' memulakan pidato dengan mengungkap semula makna dan harapan baru semenjak tercetusnya gerakan Reformasi.
Sebagai penulis dan budayawan muda, beliau menyarankan agar fungsi seni dan budaya tidak diketepikan dalam arus perjuangan, kerana golongan tersebut mempunyai peranan besar dalam perubahan.
"Kita jangan lupa, bahawa ahli politik besar juga adalah pemikir, budayawan dan penulis, seperti Presiden Soekarno dan Jose Rizal. Penulis zaman baru yang mahu ke depan dan penulis yang mahu menjadi besar adalah budayawan yang terjun dalam kancah masyarakat dan melihat kesusahan masyarakat," hujah beliau.
Rafizi dalam pidatonya menjelaskan keperluan anak muda untuk melihat kembali sejarah awal gerakan Reformasi, sebagai titik mula gerakan perubahan dan politik baru dalam sejarah di negara ini.
Beliau berpendapat, semangat kebersamaan itu perlu wujud dalam semua peringkat dan semua pihak dan kelompok mempunyai kaedah dan mekanisme tertentu dalam melaksanakan agenda reformasi dalam konteks masing-masing.
"Kita perlu ingat kepada pelajaran daripada apa yang terjadi dalam Revolusi Perancis. Gerakan yang dipelopori oleh golongan ilmiah dan intelek ini dilakukan bagi melaksanakan perubahan agar hak rakyat terus dijunjung. Rakyat telah faham dengan politik Barisan Nasional. Justeru, cabaran masa kini adalah berbeza dengan tahun 1998," kata Rafizi.
Sementara itu CheGubard dalam hujahnya mengemukakan keperluan pembentukan struktur organisasi yang mantap termasuk menyantuni golongan eksekutif sehingga kepada yang berada di jalanan.
Justeru, kebergantungan semata-mata kepada parti baginya akan gagal membentuk generasi muda yang mandiri.
"Struktur yang ada perlu diperkasakan. Rancangan bagi anak muda, terutamanya kepada mereka yang berada dalam negeri Pakatan Rakyat perlu digarap. Reformasi bukanlah sesuatu yang romantis, tetapi adalah realiti yang perlu dihadapi, kerana cabaran yang mendatang dalam masa yang terdekat adalah persaingan paling sengit, kerana kini kita berada dalam pusingan akhir," kata CheGuBard. (AK)
No comments:
Post a Comment