Monday, September 27, 2010

Dedahkan Video Paderi Hina Islam, Mengapa Sekarang?

Editor IH


Utusan Malaysia dedahkan: Desak siasat klip video paderi hina Islam

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Seorang penulis blog menggesa pihak berkuasa menyiasat kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Zainol Abideen yang juga Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA) berkata, paderi yang didakwa bernama Benjamin Stephen itu dikatakan menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak.

"Apakah yang ditunggu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri sehingga paderi berkenaan masih lagi tidak dikenakan tindakan?

"Adakah pihak berkuasa perlu menunggu umat Islam hilang kesabaran dan bertindak sendiri sebelum mengambil tindakan?" katanya dalam blog http://mahaguru58.blogspot.com di sini.

Dalam pada itu, semakan Utusan Malaysia terhadap salah satu klip video selama 10 minit itu, mendapati Benjamin menyampaikan ceramah dalam bahasa Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai ajaran pelik dan bodoh oleh Nabi Muhammad.

Antaranya, dia mendakwa, Rasulullah sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada 23 isteri baginda berusia enam tahun.

Dia yang mendakwa dilahirkan sebagai orang Melayu berkata, kaum itu dilarang membela anjing kerana menurut Islam malaikat amat takut dan tidak akan melawat rumah yang penghuninya membela haiwan berkenaan.

Dakwaan lain, adalah dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Mengapa baru sekarang, pihak-pihak berkenaan dedahkan? Perkara ini berlaku sudah lama. Lihat ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails