“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram, sebabnya mereka bukan berjudi... mereka (hanya) mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.
“Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” kata beliau dalam satu kenyataan.
Oleh itu, Asri menjelaskan kesalahan akibat penjaan wang hasil perjudian ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.
“Sama dengan mereka yang mendapat gaji daripada kerajaan, atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi.
“Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi yang berniaga makanan,” kata beliau mengulas kontroversi terbaru terbabitkan kerajaan negeri Pulau Pinang yang berhadapan dengan serangan Umno bahawa pentadbiran negeri Pakatan Rakyat menggunakan sumber judi untuk membayar wang ihsan RM100 kepada warga emas.
Dalam kenyataann Jumaat lalu, Pemuda Umno mendakwa bahawa dana dari kelab lumba kuda digunakan sebagai sumber wang ihsan RM100 bagi warga emas negeri itu. Bagaimanapun ia dinafikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan mendakwaan kenyataan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican sehari sebelum itu sebagai “satu pembohongan.”
Lim berkata, wang ihsan adalah hasil penjimatan manakala sumbangan kelab kuda digunakan untuk membantu rakyat miskin tegar bukan Islam. Menurut Reezal, pihaknya mempunyai sepucuk surat, didakwa sebagai bukti bahawa kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan tegar di Pulau Pinang.
Surat tersebut yang dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri di Komtar, ditujukan kepada Pengurus Besar Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang, Leow Khin Ming berhubung baki sumbangan cek bernilai RM500,000 untuk program berkenaan.
Kira-kira seminggu itu beliau mendesak kerajaan negeri memberi penjelasan berhubung dakwaan sebuah blog bahawa dana bagi pemberian wang ihsan RM100 kepada warga emas di negeri ini adalah dari sumber hasil perjudian.
Dalam kenyaatan itu, Asri juga berkata, hakikatnya di Malaysia, wang judi digunakan oleh kerajaan Pulau Pinang dan juga kerajaan pusat.
“Berapa banyak cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.
“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat.
“Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga dari pelbagai sumber,” kata beliau sambil menegaskan judi adalah haram dan merosakkan masyarakat.
“Segala aktiviti yang menggalakkan judi hendaklah dicegah oleh semua kerajaan,” kata beliau lagi.
Komen Blog Ibnu Hasyim: Dengar itu, UMNO! Penjelasan bukan dari PAS, tetapi dari seorang ulama yang pernah ditabalkan sebagai mufti sebuah negeri BN/UMNO. Dalamkes ini, yang berdosa bukan rakyat, tetapi kerajaan Persektuan yang berkuasa menentukan perlembagaan negara.
Kalau kerajaan berdosa bererti melibatkan pemimpin-pemimpinnya. Apakah rakyat yang melantiknya juga berdosa? Yang penting, kali ini PRU 13 turunkan mereka. Sudah 50 tahun lebih kita beri peluang, pun tak boleh selesai masalah judi ini..
sokong!!! Lim Guang Eng adalah manusia paling suci sekali kat Malaysia!!! isu yang berlaku adalah semata2 kerana fitnah UM-NO! yang jeles dgn Penang yg semakin maju dibawah pemerintahan DAP & Guan Eng!!!
ReplyDeletekalau ditakdirkan PR menang Pilihanraya ke-13, tak syak lagi Lim Guan Eng adalah calon paling layak untuk jadi PM ke-7. Kerana dia satu2nya tokoh yang dihormati baik oleh DAP, PAS mahupun Keadilan. Anwar Ibrahim telah tercalar imej disebabkan kelemahannya menerajui PKR. Hadi Awang pula pengkhianat yang tunggu masa bersekongkol dgn UM-NO! untuk tubuhkn Kerajaan Perpaduan.
Sudah jelas TAK ADA SALAHNYA KERAJAAN PENANG GUNAKAN HASIL JUDI UNTUK BANTU GOLONGAN MISKIN!!! Apa salahnya walau diberi wang ehsan kepada Melayu di Tokong sekalipun??!!! what a bullshit played by the stupid UM-NO! people...
Lim Guan Eng as Prime Minister, Gobind Singh Deo as DPM. gandingan antara pakar akauntan & undang2 untuk menerajui Malaysia ke arah yang lebih baik!!!
HIDUP DAP!!!
HIDUP PAKATAN RAKYAT!!!
WELCOME NEW MALAYSIA!!!
Kejayaan semakin hampiri... =)
nampak sangat anon di atas ni penyokong umno... kesiannn diaa..
ReplyDeletememang orang umno pun anon 1:54 ni..
ReplyDeletenak wat cam ne.konpem melayu tulen la tu.mati esok dia ingat disoal apa bangsa dia kot...